Kisah Penciptaan Ruh Muhammad SAW
Saat Allah Subhanahu wa Ta’ala mengeluarkan keputusan Ilahiah untuk
mewujudkan makhluq, Ia pun menciptakan Haqiqat Muhammadaniyyah (Realiti
Muhammad –Nuur Muhammad) dari Cahaya-Nya. Ia Subhanahu wa Ta’ala
kemudian menciptakan dari Haqiqat ini keseluruhan alam, baik alam atas
mahupun bawah. Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian memberitahu Muhammad
akan Kenabiannya, sementara saat itu Adam masih belum berbentuk apa-apa
kecuali berupa ruh dan badan. Kemudian darinya (dari Muhammad) keluar
tercipta sumber-sumber dari ruh, yang membuat beliau lebih luhur
dibandingkan seluruh makhluq ciptaan lainnya, dan menjadikannya pula
ayah dari semua makhluq yang wujud. Dalam Sahih Muslim, Nabi (SAW)
bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menulis Taqdir seluruh
makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Allah adalah berbeda
dari tahun manusia, peny.) sebelum Ia menciptakan Langit dan Bumi, dan
`Arasy-Nya berada di atas Air, dan di antara hal-hal yang telah tertulis
dalam ad-Dzikir, yang merupakan Umm al-Kitab (induk Kitab), adalah
bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam adalah Penutup para Nabi.
Al Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam bersabda, “Menurut Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat.”
Al Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam bersabda, “Menurut Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat.”
Maysara al-Dhabbi (ra) berkata bahawa ia bertanya pada Nabi sall-Allahu
‘alayhi wasallam, “Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?”
Beliau sall-Allahu ‘alayhi wasallam menjawab, “Ketika Adam masih di
antara ruh dan badannya.”
Suhail bin Salih Al-Hamadani berkata, “Aku bertanya pada Abu Ja’far
Muhammad ibn `Ali radiy-Allahu ‘anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad
sall-Allahu ‘alayhi wasallam bisa mendahului nabi-nabi lain sedangkan
beliau akan diutus paling akhir?” Abu Ja’far radiy-Allahu ‘anhu menjawab
bahawa ketika Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan menyuruh
mereka bersaksi tentang Diri-Nya (menjawab pertanyaan-Nya, `Bukankah Aku
ini Tuhanmu?’), Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam-lah yang pertama
menjawab `Ya!’ Kerana itu, beliau mendahului seluruh nabi-nabi,
sekalipun beliau diutus paling akhir.”
Al-Syaikh Taqiyu d-Diin Al-Subki mengomentari hadits ini dengan
mengatakan bahawa kerana Allah Ta’ala menciptakan arwah (jamak dari ruh)
sebelum tubuh fisik, perkataan Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam
“Aku adalah seorang Nabi,” ini mengacu pada roh suci beliau, mengacu
pada hakikat beliau; dan akal fikiran kita tak mampu memahami
hakikat-hakikat ini. Tak seorang pun memahaminya kecuali Dia yang
menciptakannya, dan mereka yang telah Allah dukung dengan Nur Ilahiah.
Jadi, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengurniakan kenabian pada ruh
Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam bahkan sebelum penciptaan Adam; yang
Ia telah ciptakan ruh itu, dan Ia limpahkan barakah tak berhingga atas
ciptaan ini, dengan menuliskan nama Muhammad sall-Allahu ‘alayhi
wasallam pada `Arasy Ilahiah, dan memberitahu para Malaikat dan lainnya
akan penghargaan-Nya yang tinggi bagi beliau (sall-Allahu ‘alayhi
wasallam). Dus, Haqiqat Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam telah
wujud sejak saat itu, meski tubuh ragawinya baru diciptakan kemudian.
Al Syi’bi meriwayatkan bahawa seorang laki-laki bertanya, “Ya
RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?” Beliau menjawab, “ketika
Adam masih di antara roh dan badannya, ketika janji dibuat atasku.”
Kerana itulah, beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah yang pertama
diciptakan di antara para Nabi, dan yang terakhir diutus.
Diriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah
satu-satunya yang diciptakan keluar dari sulbi Adam sebelum ruh Adam
ditiupkan pada badannya, kerana beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam)
adalah sebab dari diciptakannya manusia, beliau (sall-Allahu ‘alayhi
wasallam) adalah junjungan mereka, substansi mereka, ekstraksi mereka,
dan mahkota dari kalung mereka.
`Ali ibn Abi Thalib karram-Allahu wajhahu dan Ibn `Abbas radiy-Allahu
‘anhu keduanya meriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam)
bersabda, “Allah tak pernah mengutus seorang nabi, dari Adam dan
seterusnya, melainkan sang Nabi itu harus melakukan perjanjian
dengan-Nya berkenaan dengan Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam):
seandainya Muhammad (SAW) diutus di masa hidup sang Nabi itu, maka ia
harus beriman pada beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dan mendukung
beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), dan Nabi itu pun harus mengambil
janji yang serupa dari ummatnya.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah SWT menciptakan Nur Nabi kita Muhammad
sall-Allahu ‘alayhi wasallam, Ia Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan
padanya untuk memandang pada nur-nur dari Nabi-nabi lainnya. Cahaya
beliau melingkupi cahaya mereka semua, dan Allah SWT membuat mereka
berbicara, dan mereka pun berkata, “Wahai, Tuhan kami, siapakah yang
meliputi diri kami dengan cahayanya?” Allah Subhanahu wa Ta’ala
menjawab, “Ini adalah cahaya dari Muhammad ibn `Abdullah; jika kalian
beriman padanya akan Kujadikan kalian sebagai nabi-nabi.” Mereka
menjawab, “Kami beriman padanya dan pada kenabiannya.” Allah berfirman,
“Apakah Aku menjadi saksimu?” Mereka menjawab, “Ya.” Allah berfirman,
“Apakah kalian setuju, dan mengambil perjanjian dengan-Ku ini sebagai
mengikat dirimu?” Mereka menjawab, “Kami setuju.” Allah berfirman, “Maka
saksikanlah (hai para Nabi), dan Aku menjadi saksi (pula)
bersamamu.”(QS 3:81).
Inilah makna dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala. “Dan (ingatlah),
ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: `Sungguh, apa saja
yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang
kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya
kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.’” (QS
3:81).
Syaikh Taqiyyud Diin al-Subki mengatakan, “Dalam ayat mulia ini, tampak
jelas penghormatan kepada Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dan pujian
atas kemuliaannya. Ayat ini juga menunjukkan bahawa seandainya beliau
diutus di zaman Nabi-nabi lain itu, maka risalah da’wah beliau pun harus
diikuti oleh mereka. Kerana itulah, kenabiannya dan risalahnya adalah
universal dan umum bagi seluruh ciptaan dari masa Adam hingga hari
Pembalasan, dan seluruh Nabi beserta ummat mereka adalah termasuk pula
dalam ummat beliau sall-Allahu ‘alayhi wasallam. Jadi, sabda sayyidina
Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), “Aku telah diutus bagi seluruh
ummat manusia,” bukan hanya ditujukan bagi orang-orang di zaman beliau
hingga Hari Pembalasan, tapi juga meliputi mereka yang hidup sebelumnya.
Hal ini menjelaskan lebih jauh perkataan beliau, “Aku adalah seorang
Nabi ketika Adam masih di antara ruh dan badannya.” Berpijak dari hal
ini, Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah Nabi dari para nabi,
sebagaimana telah pula jelas saat malam Isra’ Mi’raj, saat mana para
Nabi melakukan salat berjama’ah di belakang beliau (yang bertindak
selaku Imam). Keunggulan beliau ini akan menjadi jelas nanti di Akhirat,
saat seluruh Nabi akan berkumpul di bawah bendera beliau.
Allahumma salli afdalas salaati ‘ala habiibikal Mushtofa Sayyidina Muhammadin wa ‘ala aalihi wasahbihi wasallaam
abdkadiralhamid@2013
abdkadiralhamid@2013
Makasih ya sob infonya udah share, sangat bermanfaat sekali ...................
ReplyDeletebisnistiket.co.id