Tawaf
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Tawaf bererti mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali,
dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Perbuatan Tawaf diambil
daripada peristiwa ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim AS
memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan
mengelilinginya tujuh kali. Tawaf Haji mesti disertai dengan Wukuf di Arafah.
.
.
Jenis-jenis Tawaf
- Tawaf Qudum – Tawaf selamat datang.
- Tawaf Ifadah – Rukun.( a. haji b. Umrah)
- Tawaf Nazar – Perjanjian.
- Tawaf Tahallul – Penebusan.
- Tawaf Sunat – Ziarah.
- Tawaf Wada’ – Tawaf selamat tinggal.
.
.
Syarat Sah Tawaf
- Suci dari najis dan hadas.
- Menutup aurat dan berwuduk.
- Memulakan tawaf di sudut Hajarul Aswad.
- Berniat tawaf jika tawaf Wada’ / Sunat / Nazar.
- Tawaf di dalam masjid dengan niat ibadah.
- Bahu kiri sentiasa menghala ke Kaabah.
- Tidak menyentuh mana-mana bahagian Kaabah.
- Cukup 7 kali keliling dengan sempurna dan yakin.
- Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan
Menurut Mazhab Syafii, tidak batal wuduk ketika bersentuh antara bukan mahram yang tidak berserta dengan syahwat (bernafsu).
.
.
Sunat-sunat Tawaf
- Berpakaian putih dan berittibagh (mendedahkan bahu kanan lelaki).
- Berjalan kaki
- Berturut-turut 7 pusingan.
- Tawaf dengan khusyuk / tawadhuk
- Berzikir atau berdoa pada setiap pusingan.
- Mengucup atau Istilam (melambai-lambai) Hajarul Aswad.
- Melambai tangan (Istilam) ketika di penjuru Yamani.
- Melakukan ramal (berlari anak) pada tiga pusingan pertama.
- Berdoa selepas Tawaf di Multazam atau Hijir Ismail.
- Solat sunat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim atau Hijir Ismail.
- Meminum air zam-zam sebanyak mungkin selepas tawaf.
.
Artikel Seterusnya Klik Tajuk-Tajuk Di Bawah…IHRAM (Klik Di Sini)
MIQAT (Klik Di Sini)
TAHALUL (Klik Di Sini)
TAWAF (Klik Di Sini)
SAIE / SA'I (Klik Di Sini)
WUKUF DI ARAFAH (Klik Di Sini)
DOA MALAM ARAFAH (Klik Di Sini)
MABIT DI MUDZALIFAH (Klik Di Sini)
MELONTAR (Klik Di Sini)
DAM (Klik Di Sini)
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
2014@abdkadiralhamid
0 Response to "Tawaf "
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip