Ihram
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ihram
menurut syarak ialah memulai ibadah haji dan menahan daripada
melakukan perkara-perkara yang ditentukan Allah selama memakai ihram
itu. Memakai ihram hendaklah dimulai dari miqat iaitu tempat yang telah
ditetapkan bagi memakai pakaian ihram.
Ittiba’ ialah perbuatan
seorang lelaki yang berihram meletakkan pertengahan kain selepangnya di
bawah ketiak kanannya dan dua hujung kain itu di atas bahu kirinya.
Perbuatan ini adalah sunat bagi
orang-orang lelaki mengikut pendapat mazhab Imam As-Shafie, Hanafi,
Ahmad dan jumhur ulama’. Ini adalah berdasarkan hadis yang telah
diriwayatkan oleh Ya’li bin Umaiyah:
“Sesungguhnya Nabi SAW telah bertawaf dalam keadaan ittiba’ dan memakai
burad. Burad pula adalah sejenis kain bulu berwarna hitam.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darini, AlBaihaqi dan At-Tirmidzi, disahihkan hadis ini oleh At-Tirmidzi)
Firman Allah SWT: “Hai
anak Adam sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi
aurat dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang
paling baik.” – (Al-A’ra: 26).
.
.
Adab Ihram
Disunatkan sebelum memakai ihram melakukan perkara-perkara berikut :- Memotong kuku,
- Merapikan misai, janggut dan menyikat rambut,
- Mencukur bulu ketiak dan ari-ari.
- Mandi sunat ihram dan berwuduk.
- Solat sunat Ihram dua rakaat.
- Memakai haruman.
- Memakai dua helai kain putih yang tidak berjahit.
- Setelah memakai ihram perbanyakkan membaca talbiah.
.
a. Niat Mandi Sunat Ihram
.
.
b. Niat Solat Sunat Ihram
Lakukan Solat Sunat Ihram 2 rakaat kerana Allah.Rakaat Pertama : Al-Fatihah dan Al-Kafirun
Rakaat Kedua : Al-Fatihah dan Al- Ikhlas
Setelah Solat Sunat Ihram maka maka pasanglah niat Ihram.
.
.
Larangan Ihram
- Memakai pakaian berjahit.
- Menutup kepala bagi lelaki.
- Menutup muka dan kedua tapak tangan bagi perempuan.
- Memakai bau-bauan, krim dan minyak rambut.
- Memendekkan kuku tangan dan kaki.
- Mencabut atau mencukur rambut.
- Melakukan akad nikah.
- Bercumbu-cumbuan atau bersetubuh.
- Menyakiti, memburu atau membunuh haiwan darat.
- Memotong atau mencabut tanaman di tanah suci.
- Bergaduh atau bermusuhan.
.
.
PERHATIAN:Lakukan perkara-perkara di atas sebelum berniat Ihram. Jika sudah berniat ihram maka tidak boleh lagi memotong kuku, menggunting rambut, memakai minyak wangi, minyak rambut dan sebagainya.
Artikel Seterusnya Klik Tajuk-Tajuk Di Bawah…
IHRAM (Klik Di Sini)
MIQAT (Klik Di Sini)
TAHALUL (Klik Di Sini)
TAWAF (Klik Di Sini)
SAIE / SA'I (Klik Di Sini)
WUKUF DI ARAFAH (Klik Di Sini)
DOA MALAM ARAFAH (Klik Di Sini)
MABIT DI MUDZALIFAH (Klik Di Sini)
MELONTAR (Klik Di Sini)
DAM (Klik Di Sini)
2014@abdkadiralhamid
0 Response to "Ihram"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip