Melontar Jamrah

Melontar Jamrah



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jemaah haji akan terus berada dan bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijah (hari-hari Tasyriq) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah.
.
.

Tiga Jamrah

Al-Jamrah bermaksud tempat melontar batu di Mina. Terdapat tiga tempat melontar:
  1. Al-Jamratul Sughra (kecil) / Ula (pertama)
  2. Al-Jamratul Wusta (sederhana) / Thani (kedua)
  3. Al-Jamratul Kubra (besar) / Uqba (terakhir).
.
.

Melontar

  1. Melontar setiap ketiga-tiga jamrah itu dengan tujuh biji batu.
  2. Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  3. Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
  4. Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
.
.

Syarat-Syarat Melontar

  1. Niat melontar jamrah tidak tersasar daripada tujuan sebenar.
  2. Hendaklah melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap jamrah.
  3. Hendaklah melontar dengan menggunakan batu atau jenis-jenisnya.
  4. Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan jamrah dengan yakin.
  5. Hendaklah melontar dengan gaya merejam, bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang.
  6. Hendaklah melontar dengan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut.
  7. Hendaklah melontar dengan tertib turutan, dimulai dari Jamratul Ula kemudian Jamratul Wusta dan diakhiri di Jamratul Aqabah.
  8. Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12 melainkan sudah melontar bagi hari yang ke 11. Begitu juga tidak sah melontar untuk hari ke 13 kecuali setelah melontar hari ke 12.
  9. Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga jamrah untuk dirinya sendiri.
.
.

Melontar Jamratul Aqabah Pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar)


Waktu afdal – pada waktu Duha 10 Zulhijjah
Waktu diharuskan – Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
.
.

Melontar Jamarat Pada 11, 12 Dan 13 Zulhijjah Di Mina (Hari-Hari Tasyriq)

.

1.  Melontar Jamarat Pada 11 Zulhijjah


Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
.
.

2.  Melontar Jamarat Pada 12 Zulhijjah


Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
.
.

3.  Melontar Jamarat Pada 13 Zulhijjah


Waktu afdal - Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah
Waktu diharuskan - Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
.
.
Selepas solat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan hari-hari Tasyriq, mereka yang berkemampuan sama ada di Makkah atau di seluruh bumi Allah ini disunat menjalankan ibadah korban bagi mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
.
Selesai melontar, jemaah haji akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun diikuti bersaie antara Bukit Safa dan Marwah sebelum bertahlul (bergunting rambut) bagi mereka yang membuat Haji Tamatuk.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



2014@abdkadiralhamid

Subscribe to receive free email updates: