Simbolik Ibadah Haji
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
SIMBOLIK RUKUN DAN WAJIB HAJI
Haji ada sejarah tersendiri di sebaliknya. Tanpa menunaikan satu daripada Rukun atau Wajib Haji, ibadat haji yang dilakukan akan terbatal atau perlu dikenakan denda (dam).
Syarat itu mempunyai simbolik, hikmah dan rahsia peribadatannya atau peringatan kepada jemaah haji. Antaranya adalah:
RUKUN
|
SEJARAH
|
HIKMAH
|
(1)
Memakai
Ihram
|
. Manusia dilahirkan tanpa pakaian dan matinya dikafan dengan kain putih tidak berjahit. | a. Dapat melahirkan sifat taqwa dan tawaduk.
b. Dapat mewujudkan persamaan dan mengadakan perdamaian di antara manusia dari pelbagai darjat, fahaman dan negara. c. Pakaian yang menyerupai kain kapan, mengingatkan kepada kematian dan bekalan yang akan dibawa ketika menghadap Allah SWT di akhirat. d. Manusia diutuskan bertujuan menjadi khalifah memakmurkan bumi dengan memelihara segala makhluk. e. Menyedari bahawa hiasan terpenting dan dinilai Allah adalah hiasan rohani. |
(2)
7 kali Saie
|
Siti Hajar berusaha mencari air bagi anaknya Nabi Ismail a.s. dengan berlari berulang-alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah. Setelah bertawakal, akhirnya Allah memberikan nikmat air zam-zam dari perut bumi di tempat Nabi Ismail menghentak-hentakkan kakinya. | a. Dapat menyingkirkan kesalahan dan diampunkan dosa.
b. Menggalakkan setiap insan agar sentiasa berikhtiar dan berusaha. c. Saie bererti usaha, maka manusia harus berusaha dalam menjalani kehidupannya. d. Manusia jangan mudah putus asa dan harus sentiasa rajin berusaha dan diakhiri dengan bertawakal kepada Allah SWT. |
(3)
Wukuf di
Arafah
|
-Tempat pertama Allah menerima taubat hamba-Nya.
-Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah terbuang ke dua penjuru dunia. - Nabi Muhammad saw menyampaikan khutbah terakhir yang mengingatkan Muslimin berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah serta semua manusia adalah sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. |
a. Tempat paling mustajab memohon doa.
b. Padang Arafah yang berbahang panas dan terik mengingatkan umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar. c. Tempat menginsafi dan bermuha-sabah diri sejauh manakah persiapan kita untuk mene-mui Allah Rabbul Jalil. d. Tempat jemaah haji mengenal Allah dengan merendahkan diri ber-ibadat dan berdoa secara khusyuk. e. Bersyukur pada Allah kerana terus diberikan kesempatan di bumi ini. |
(4)
Tawaf
|
.
-Pusat tumpuan manusia dan binaan yang pertama didirikan di bumi. - Malaikat juga bertawaf mengelilingi Baitul Makmur yang terletak bersetentangan di atas langit Baitullah bumi. |
a. Simbol pengakuan sebagai hamba Allah, ketaatan dan keikhlasan kepada-Nya.
b. Meningkat kesatuan yang menghimpun kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia. c. Perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan hidup di dunia bagi mendapatkan keredaan Allah SWT. d. Di hadapan Kaabah, semua melakukan ibadat yang sama dengan bertawaf dan solat pada arah yang sama bagi memperoleh reda Illahi. |
(5)
Melontar
Jamrah
|
Ketika Nabi Ibrahim diberi wahyu menyembelih puteranya, Nabi Ismail berhampiran lereng gunung di Mina, telah muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim dan Siti Hajar supaya membatalkan niatnya. | . Menerusi peristiwa inilah umat Islam diwajibkan melontar Jamrah menggunakan kerikil kecil, sebagai simbol mengusir iblis dan syaitan dari dalam diri manusia. |
(6)
Tahalul
.
|
. Nabi SAW bertahalul dengan menggunting atau mencukur rambut sebagai tanda tamatnya amalan haji. | . Simbolik Tahalul adalah manusia harus patuh dalam melakukan perkara yang dibolehkan syariat dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah dan Rasul-Nya. |
Artikel Seterusnya Klik Tajuk-Tajuk Di Bawah…
IHRAM (Klik Di Sini)
MIQAT (Klik Di Sini)
TAHALUL (Klik Di Sini)
TAWAF (Klik Di Sini)
SAIE / SA'I (Klik Di Sini)
WUKUF DI ARAFAH (Klik Di Sini)
DOA MALAM ARAFAH (Klik Di Sini)
MABIT DI MUDZALIFAH (Klik Di Sini)
MELONTAR (Klik Di Sini)
DAM (Klik Di Sini)
2014@abdkadiralhamid
0 Response to "Simbolik Ibadah Haji"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip