//

PENGERTIAN AALI (KELUARGA) Oleh Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff



PEMBAHASAN KEDUA

PENGERTIAN AALI (KELUARGA) DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH DEFINISI


Di antara beberapa makna Aali dalam bahasa adalah pengikut-pengikutnya, misalnya dikatakan Aali seorang lelaki yakni pengikut-pengikut dan wali-walinya, biasanya dipergunakan untuk sesuatu yang mempunyai kemuliaan, tidak boleh dikatakan Aali tukang sepatu tetapi ahli (keluarga) tukang sepatu.(1)
Terkadang kata Ahli digunakan sebagai persamaan kata Aali tetapi kata Ahli menjadi lebih khusus apabila digunakan untuk pengertian isteri, seperti firman Allah Ta'ala yang ditujukan kepada isteri Nabi Ibrahim a.s. tatkala ia berkata :

72  يَاوَيْلَتَا ءَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوْزٌ...هود:
"Adakah aku akan melahirkan anak, sedang aku adalah seorang perempuan yang sangat tua?"

رَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ... هود: 73
"Rahmat Allah dan keberkatan-Nya adalah untuk kami, hai penghuni rumah"
dan sabda Rasulullah s.a.w.:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِى
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, akulah orang yang paling baik terhadap keluargaku (isteri-isterinya).(2)"

 

PENGERTIAN AALI DALAM ISTILAH FIKIH

Para ahli fikah tidak sepakat dalam memberikan makna Aali. Karena itu berbeda pula mereka dalam memberi hukum. Hanafi, Maliki dan Hambali telah mengatakan bahawa aali dan Ahli adalah sama maknanya, namun masing-masing di antara mereka memberi ketentuan yang berlainan.
Hanafi berpendapat bahawa Ahli Bait seseorang, Aali dan jenisnya adalah satu, iaitu setiap orang yang mempunyai pertalian nasab, sekalipun kepada ayahnya yang paling jauh (moyang) dalam Islam, yaitu orang yang hidup pada zaman Islam, sama ada ia masuk Islam atau tidak.(3) Dan ada pula yang mensyaratkan Islamnya ayah atau datuk yang paling tinggi.(4) Maka semua anak yang dinasabkan kepada ayah ini termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak adalah ahli keluarganya.(5)
Maliki berpendapat bahawa kata Aali adalah orang yang mendapat asobah dan setiap orang yang mendapat asobah dan setiap orang perempuan jika ia bergabung dengan lelaki maka ia menjadi asobah.(6)
Hambali berpendapat bahawa Aali seseorang dan Ahli Baitnya, kaumnya, keturunan dan kerabatnya adalah sama maknanya.(7)
Syafi'e berpendapat bahawa Aali seseorang adalah kerabat dan keluarga yang ditanggung nafkahnya, sedangkan Ahli Baitnya adalah kerabat dan isterinya.(8)
Aali juga mempunyai pengertian yang khas dalam kalimat selawat kepada Nabi s.a.w. Pendapat terbanyak mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan mereka itu adalah kerabat baginda s.a.w. yang diharamkan kepada mereka menerima sedekah dan ada pula yang mengatakan yakni semua umatnya yang menerima seruan baginda s.a.w. Malik cenderung pada pendapat ini dan juga Al-Azhari, sedangkan Baihaqi menolak pendapat ini.
Pendapat yang benar dalam mazhab Syafi'e bahawa mereka itu adalah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib, begitulah ditegaskan oleh Syafi'e dalam Harmalah yang dikutip dari Al-Azhari dan Baihaqi, kemudian diputuskan oleh majoriti sahabat-sahabat baginda.
Sebahagian berpendapat bahawa pengertian Aali adalah setiap orang mukmin yang bertakwa dengan mengambil dalil dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurmuzah Nafe' Assulmi dari Anas dari Nabi s.a.w., bahawasanya beliau ditanya: "Siapakah Aali Muhammad itu?" Baginda menjawab: "Setiap mukmin yang bertakwa", tetapi Baihaqi mengatakan bahawa hadis ini daif (lemah) dan tidak boleh dijadikan hujah, kerana Abu Hurmuzah didustakan oleh Yahya Bin Ma'in dan didaifkan oleh Ahmad dan selainnya dari para hafiz.
Kemudian Syafi'e, Baihaqi dan sahabat-sahabat dari mazhab Syafi'e berpendapat bahawa Aali itu adalah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

إِنَّ الصَّدَقَةَ لاَ تَحِلُّ لِمُحَمَّدٍ وَ ِلآلِ مُحَمَّدٍ
"Sesungguh sedekah diharamkan kepada Muhammad dan juga kepada Aali Muhammad", diriwayatkan oleh Muslim.
Saya berpendapat seandainya Aali itu setiap orang mukmin yang bertakwa nescaya zakat tidak dibolehkan dan diharamkan kepada mereka sebagaimana diharamkan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib, tetapi tidak pernah ada orang berpendapat demikian.(9)
Kedua, bahawa itrah (anak keturunan) yang dinasabkan kepada baginda s.a.w. mereka itu adalah anak-anak dan keturunan Fatimah r.a., demikian disebutkan oleh Azhari dan lain-lain.(10)

1) Al-Qamus Al-Muhit.
2) Riwayat Tirmizi dalam Manaqib
3) Al-Is'af Fi Ahkam Al-Auqaf
4) Ibnu Abidin, 3/439 cetakan pertama
5) Al-Is'af
6) Al-Syarh Al-Kabir Wa Hasyiah Ad-Dasuqi, 4/43, 93, 94, 432, cetakan Isa Al-Halabi
7) Kassyaf Al-Qina', 4/242 cetakan Al-Ibad As-Sunnah Al-Muhammadiyah
8) Nihayah Al-Muhtaj, 6/82 Mustafa Al-Halabi, Hasyiyah Al-Qalyubi, 3/17 cetakan Al-Halabi
9) Al-Majmuk -- Syarah Al-Muhazzab Lin-Nawani, juz 3 ms. 449
10) Al-Majmuk Lin-Nawawi, 3 ms. 448 cetakan Al-Irsyad


Sumber :


SEBUAH KAJIAN MENGENAI NASAB SADAH BANI ALAWI  
Oleh Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff






Klik Juga :



 

4. PERNYATAAN PARA AHLI SEJARAH, NASAB DAN BIOGRAFI TENTANG KETURUNAN AL-MUHAJIR AHMAD BIN ISA - Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff


5.  AALI BA'ALAWI ATAU BANI ALAWI Oleh Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff


6. BANTAHAN DAN PENJELASAN TENTANG NASAB BA ALAWI - Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff


7. PENGERTIAN AALI (KELUARGA) Oleh Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff


8. Kebenaran Nasab Keturunan Nabi Oleh Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff


 9. NASAB YANG TIDAK TERPUTUS DI DUNIA MAUPUN DI AKHIRAT - Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff


10. SEKILAS MENGENAI ILMU NASAB DAN KEDUDUKANNYA DALAM SYARIAH ISLAMIYAH - Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff

 

 


abdkadiralhamid@2014

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PENGERTIAN AALI (KELUARGA) Oleh Al-Habib Seggaf Ali Al-Kaff"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip