Solat Sunat Tawaf
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Solat Sunat Tawaf ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang sebagai tanda kesyukuran, setiap kali selepas selesai dengan yakin bertawaf tujuh pusingan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh, dia berkata:
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَافَ بِالْبَيْتِ سَبْعًا ثُمَّ صَلَّى خَلْفَ الْمَقَامِ رَكْعَتَيْنِ. وَطَافَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ. وَقَالَ: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ.
“Suatu
ketika Rasulullah ﷺ tiba dan melakukan tawaf di Baitullah sebanyak
tujuh pusingan lalu solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim kemudian
saie di antara Shafa dan Marwah. Lalu dia (Ibnu ‘Umar) berkata: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik.” (al-Ahzaab 33 : 21) – [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim r.a.]
.
.
.
A. Cara Melaksanakan Solat Sunat Tawaf
.
Apabila selesai berwudhuk, lakukanlah Solat Sunat Ihram dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah سبحانه وتعال semata-mata.
.
1. Niat
.
Lafaz dan niat Solat Sunat Tawaf ialah:
.
2. Bacaan Surah
.
Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah:
.
a) Raka’at pertama:
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)
b) Raka’at kedua:
Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad)
.
3. Cara Melakukan Solat Tawaf
.
Cara melaksanakan Solat Sunat Tawaf adalah sama dengan solat sunat dua raka’at biasa yang lain. Berikut adalah ringkasan cara-cara mendirikannya:
.
a. Rakaat Pertama
i. Berniat untuk melakukan Solat Sunat Tawaf
ii. Takbiratul Ihram
iii. Doa Iftitah
iv. Membaca Surah Al-Fatihah
v. Membaca Surah Al-Quran
vi. Rukuk
vii. Iktidal
viii. Sujud pertama
ix. Duduk di antara dua sujud
x. Sujud kedua
xi. Bangun untuk ke rakaat kedua
.
.
i. Ulang (iv – x) seperti pada rakaat pertama, bermula dari
membaca Al-Fatihah sehingga Sujud kedua.
ii. Duduk untuk Tahiyyat Akhir
iii. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
iv. Berdoa.
.
.
.
B. DOA SELEPAS SOLAT TAWAF
.
Setelah
selesai melakukan Ibadah Tawaf dan solat sunat, bacalah apa-apa doa
yang baik di tempat solat tersebut, sekurang-kurangnya doa ringkas
berikut:~
.
1. Doa selepas setiap kali selesai bertawaf dan solat sunatnya.
.
2. Doa selepas Tawaf terakhir sebelum meninggalkan Makkah.
.
.
.
Kemudian sebaik-baiknya diikuti dengan meminum air zam-zam sambil berdoa.
Adab Dan Doa Minum Air Zam-Zam (Klik disini)
.
.
D. TEMPAT PERLAKSANAAN SOLAT TAWAF
.
Seseorang yangmelaksanakan samada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan melakukan Solat Sunat Tawaf di sisi Baitullah. Solat ini tidak semestinya pada tempat atau masa tertentu, ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dalam Masjidil Haramdi Makkah.
Adalah lebih afdal sekiranya Solat Sunat Tawaf
ini dapat dilakukan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim yang
terletak berdekatan dengan pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.
Multazam
merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa maka seandainya dapat
didirikan solat Tawaf di situ maka hendaklah seseorang itu mengambil
peluang untuk memperbanyakan doa ketika sujud mahupun setelah membaca
tasyahhud akhir sebelum memberi salam ke kanan.
Sekiranya
terdapat kesukaran untuk melaksanakan Solat Sunat Tawaf di Maqam
Ibrahim, maka diperbolehkan untuk mengerjakannya berhampiran Hijr
Ismailatau di bawah pancuran Emas atau di mana-mana kawasan dalam
Masjidil Haram mahupun di luarnya.
.
.
.
E. NOTA:
1. Bagi jemaah yang berulang alik antara tempat penginapan dengan Masjid Haram, mereka mempunyai pilihan sama ada melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid atau Tawaf Tahiyatul Bait ketika masuk ke dalamnya.
2. Jika jemaah mahu melakukan Tawaf Tahiyatul Bait, afdalnya dia berbuat demikian. Sekiranya dia melakukan Solat Sunat Tawaf selepas itu, dia turut mendapat pahala sunat Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
3. Jika jemaah tidak mahu melakukan Tawaf Tahiyatul Bat, lakukanlah Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
4. Kadang-kadang
ketika melakukan tawaf, muazzin menyeru untuk bersolat jenazah. Dalam
masalah ini, adalah afdal jemaah meneruskan tawaf jika tawafnya itu
tawaf wajib. Jika tawafnya itu tawaf sunat, adalah afdal dia turut sama
menunaikan solat jenazah tersebut.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel
Seterusnya Klik Tajuk-Tajuk Di Bawah…
Solat Sunat Aidil Adha
Solat Sunat Aidil Fitri
Solat Sunat Asyura
Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Istikharah
Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)
Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari)
Solat Sunat Lailatul Qadar
Solat Sunat Musafir
Solat Sunat Nikah
Solat Sunat Nisfu Syaaban
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tawaf
Solat Sunat Witir
Solat Sunat Wuduk
Sholat Muthalaq
SOLAT ISTISQA’
SOLAT JENAZAH
.
وَالسَّلاَمْ2014@abdkadiralhamid
0 Response to "Solat Sunat Tawaf"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip