Solat Sunat Musafir

Solat Sunat Musafir



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.
 .
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

ما خلف أحد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد السفر

“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”
(Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-Arobiy)
 .
Dalam hadis lain dari Sahabat Anas RA disebutkan:

وعن أنس قال كان النبي صلى الله عليه وسلم لا ينزل منزلا إلا ودعه بركعتين

Dari sahabat Anas berkata: “Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam  tidaklah tinggal di suatu tempat tinggal kecuali Baginda meninggalkannya dengan dua rakaat.”
 .
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ

 وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.” 
(H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)
 .
Sekiranya seseorang itu ingin memulakan perjalanan yang melebihi 2 marhalah (96 kilometer); Maka disunatkan baginya mendirikan solat sunat Musafir dua rakaat. Pada umumnya cara melakukan Solat Sunat Musafir adalah sama seperti solat-solat sunat biasa yang lain.
 .
.
.

Cara Melakukan Solat Sunat Musafir

.
  1. Lafaz niatnya:-
.
 2.  Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah: 

Rakaat pertama:  Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua:   Al-Ikhlas Surah atau An-Naas
 ,
 3.  Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.
      Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)
 .
 4.  Akhirnya baca doa melakukan perjalanan (musafir) berikut:

Maknanya:-

Ya Allah! Dengan pertolongan-Mu daku melawan musuh, dengan pertolongan-Mu daku menjelajah dan dengan pertolongan-Mu daku berjalan. Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu akan kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini serta apa yang Dikau redhai dari segala perbuatan. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan perdekatkanlah mana yang jauh. Ya Allah! Dikaulah yang sebenarnya menyertai daku dalam perjalanan ini dan pengganti (wakil) kepada keluarga dan harta yang ditinggalkan. Kerana itu sertakanlah dalam perjalananku ini, keselamatan dan kesehatan, dan tinggalkanlah pada keluarga dan hartaku kebaikan. Ya Allah! Sesungguhnya daku berlindung dengan-Mu daripada kesukaran perjalanan, kejemuan pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak pinak. Semua yang kembali, semua orang yang bertaubat dan semua orang yang beribadat, kepada Tuhan kami mereka memuji, dengan Rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!

 .
 5.  Doa memulakan perjalanan
Setelah berada di dalam kenderaan, sebelum berlepas, bacalah doa berikut;
 .

Atau;

.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


2014@abdkadiralhamid

Subscribe to receive free email updates: