Puasa Rajab
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Bersabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya
dalam syurga itu ada sebatang sungai yang disebutkan sungai Rejab,
airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, sesiapa
yang berpuasa satu hari pada Rejab, Allah akan memberinya minum daripada sungai itu.” (HR. Imam Baihaqi)
.
Adapun puasa sunnah pada bula Rajab
banyak hadits-hadits Rasulullah SAW yang menganjurkan untuk melakukannya
karena mempunyai nilai pahala ganda.
Diriwayatkan oleh Tsauban bahwa ia pada
suatu ketika berjalan bersama Rasul saw melewati suatu kuburan di mana
Rasulullah saw berhenti sejenak dan menagis tersedu-sedu. “Kenapa enkau menangis ya Rasulullah?” tanya Tsauban, lalu Rasulullah bersabda : “Aku
berdoa untuk mereka yang sedang disiksa kuburnya maka diringankanlah
siksanya oleh Allah. Coba mereka berpuasa satu hari dan tidak tidur satu
malam dalam bulan Rajab, mereka tidak akan disiksa dalam kuburnya.”
.
GANJARAN PUASA REJAB
.
Antara lain-lain ganjaran dan kehebatan ibadah puasa di dalam Bulan Rejab adalah:
.
1. Orang yang berpuasa dan berselawat
dalam bulan Rejab, di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai
yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis
dari madu dan lebih dingin dari salji, dan baunya lebih harum daripada
kasturi.
2. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
3. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan
Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000
tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70
hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam
kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke
langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat
ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
4. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti
berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah
seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
5. Setiap sehari berpuasa di bulan Rejab
seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti
beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai
dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari
seribu kali.
.
.
.
SEDEKAH
.
Dalam bulan yang lain setiap amalan
kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan
Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
.
Rasulullah SAW menerangkan tentang kelebihan bersedekah Rejab dalam beberapa hadis Baginda:
.
1. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
2. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab
seperti sedekah seribu dinar, dituliskan bagi setiap helai bulu romanya
seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan
serta dijauhkan daripada api neraka.
3. Sesiapa melapangkan kekeruhan,
kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah
kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Artikel Berkaitan:
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
2014@abdkadiralhamid
0 Response to "Puasa Rajab"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip