Menyambut Bulan Rajab !
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Alhamdulillah… Segala puji dan
setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala yang telah
memberikan kita limpahan nikmat-Nya… Ya Allah, Ya Rabbi! Sesungguhnya
Dikau Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, walaupun hamba-hamba-Mu
sentiasa lupa kepada-Mu dan sering mengingkari perintah-Mu serta
melengahkan perintah-Mu tapi Dikau tidak pernah melupakan mereka, masih
mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Dikau
sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Dikau redhai…
.
Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan
Allah Ta’ala yang serba indah ini sebagai hamba-Nya. Akan tetapi, adakah
kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah
Subhanallah Wa Ta’ala kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah.
Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang
kita lakukan kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala semakin hari semakin
berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi
ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. kita
tetap berdosa.
.
Bulan Rejab bakal menyusul selepas
Maghrib malam ini. Bila dah masuk Bulan Rejab maka masa akan berlalu
begitu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Oleh itu, ayuh kita istqamah beramal sepanjang Bulan Rejab
ini dengan beristighfar, bertaubat dan berdoa kepada Allah Subhanallah
Wa Ta’ala dengan harapan agar Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu
dengan Ramadhan dan mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan selama
ini. InsyaAllah.
.
Sama-sama kita perbanyak doa dan zikir:
.
Allah Subhanallah Wa Ta’ala telah
memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu
bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram,
Rejab, Zulkaedah dan bulan Zulhijjah.
.
Rasulullah SAW juga bersabda:
اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ
“Bulan
Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang
menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang
dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban
adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Sesiapa yang
berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh redha Allah,
dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”
.
Allah telah memberikan kita pelbagai cara
untuk kita beristighfar dan bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan
dan dosa-dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kita
lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Di dalam bulan Rejab yang
mulia ini, terdapat satu Doa Istighfar Bulan Rejab yang boleh kita
amalkan untuk bertaubat atas segala kesalah yang telah kita lakukan.
.
Nota: Sesiapa yang belum qadha puasa tu
cepat-cepatlah ganti. Berdoalah semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan
dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa, qiam dan yang
seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
Artikel Berkaitan:
5. Kelebihan Bulan Rajab (Klik Di Sini)
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
2014@abdkadiralhamid
0 Response to "Menyambut Bulan Rajab !"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip