//

FADHILAT, CARA & DOA AZAN

FADHILAT, CARA & DOA  AZAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


A. Keistimewaan Dan Kelebihan Seruan Azan



LAFAZ AZAN

Lafaz Azan atau Bang terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz Kalimah Tauhid di akhir azan hanya sekali sahaja. Susunan 15 kalimah seruan azan tersebut adalah:-

 LAFAZ SERUAN AZAN DAN TERJEMAHAN rumi
.
* Pada Azan Subuh, selepas lafaz; حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ(“Haiyaalal falah” – Marilah menuju kejayaan), hendaklah ditambahkan bacaan berikut 2 kali:
 azan subuh SQ
.

Fadhilat Dan Kelebihan Lafaz Azan


Banyak fadhilat dan kelebihan melaungkan azan. Daripada sabda Rasulullah    : “Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak ulama telah menyatakan melaungkan azan mempunyai beberapa kelebihan yang besar, di antaranya:
1. Seruan azan adalah sebagai tanda untuk mengajak umat Islam agar bersegera menunaikan solat.

2. Lantunan azan yang indah itu boleh mengwujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa seseorang.

3. Laungan azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.

4. Muazzin diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.

5. Muazzin dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.

6. Beroleh pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.

7. Amalan bacaaan pujian azan dapat menjadi seperti persiapan untuk masuk ke matlamat utama,

8. Lafaz azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar keagungan Islam.

9. Berazan dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah سبحانه وتعالى, maka dosa-dosa akan diampuni dan dijamin Syurga.

10. Mendengar seruan azan akan dapat menyaksikan amalan baik di hari kiamat.

11. Menyebabkan Iblis dan syaitan lari bertempiaran apabila terdengar laungan azan.


Rasulullah    bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).


B. FADHILAT DAN CARA MENJAWAB LAFAZ  SERUAN AZAN



.
Menjawab lafaz seruan Azan dan Iqamat hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara setiap kalimah. Dalam solat jemaah, cukup cuma seorang sahaja seperti bilal (muadzin) yang melaungkannya lafaz dan seruan azan, tidak perlu lagi orang lain mengumandangkan. Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut atau menjawab seruan Azan tersebut mengikut sama sebagaimana yang dilafazkan oleh muazzin.
.

Bagaimana Lafaz Jawapan Ketika Mendengar Seruan Azan

.
Diriwayatkan hadis daripada Malik daripada Zuhri dari ‘Ata’ bin Yazid dari Abi Said al-Khudri (ra) berkata: “Bahawasanya Rasulallah bersabda: Apabila mendengar kamu panggilan Azan, maka sebutlah seumpama apa yang dilafazkan oleh muazin.” (Hadith an-Nasa’i)

Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan muazzin (orang yang mengumandangkan azan) itu.”
.

Ketika mendengar seruan Azan yang dilaungkan oleh bilal (muadzin), kita hendaklah mengikuti atau menjawab sama sebagaimana diucapkan oleh muazzin dalam Azan tersebut dengan secara perlahan dan satu persatu sehingga ke akhir, kecuali berbeza jawapannya pada 3 kalimah berikut:
.
1.  Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :
Jawab Azan 1.
2.  Dan lafaz kalimah berikut:

Jawab Azan 2.

Kedua-dua seruan di atas, hendaklah dijawab dengan lafaz:
Jawab Azan 3.
.
3.  Ketika Azan Subuh, apabila muazzin mengucapkan lafaz :
Kita hendaklah menjawab dengan lafaz :
 Jawab Azan 5
.
Atau boleh dijawab dengan lafaz yang lebih lengkap :
Jawab Azan 6
.
.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut :

“Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan azan sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya….”
.
.

C. FADHILAT MENJAWAB LAFAZ DAN SERUAN AZAN


1.      Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.”     (Riwayat Imam Muslim).

2.      Menjawab dan menyahut seruan azan amat dituntut dalam Islam, sehingga Rasulullah memberi amaran: “Sekiranya dituangkan cairan timah panas  ke dalam telinga seseorang itu adalah lebih baik baginya daripada ia mendengar azan tetapi tidak menjawab dan menyahutnya.”  (Riwayat Abu Hurairah r.a.)

3.      Rasulullah    bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).
.
.



DOA SELEPAS AZAN


Doa Selepas Azan adalah suatu sunnah dan apabila telah selesai azan yang dikumandangkan oleh mu’azzin, setiap Muslim yang mendengar azan tersebut hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan.

Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa. Terlebih dahulu hendaklah dibaca 1 – 3 kali selawat sebelum membaca doa selepas azan:
 selawat nabi ringkas
.
.
Kemudian bacalah doa selepas azan berikut:

 Doa Selepas Azan dan Iqamat SQ
.
Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.” (Riwayat Imam Muslim).


Artikel Berkaitan:

  1. FADHILAT, CARA & DOA  AZAN
  2. CARA IQAMAH YANG BETUL DAN SEMPURNA


2014@abdkadiralhamid

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "FADHILAT, CARA & DOA AZAN"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip