//

KEUTAMAAN MELAZIMKAN SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI


KEUTAMAAN MELAZIMKAN KALIMAT

"سبحان الله و بحمده"

“Diceritakan oleh Al-Imam Al-Quthub Al-Habib Hasan bin 'Abdullah bin Alwi Al-Haddad rahimahUllah (putra imam haddad) bahwa sepanjang tempoh 40 hari sebelum wafatnya Al-Imam Al-Quthbl'Irsyad Al'Ghautsul'Ibad Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad rahimahUllah, Beliau banyak berzikir dengan dua kalimah tasbih tersebut.


Pasti pilihan Imam al-Haddad untuk memperbanyakkan hari-hari akhirnya di muka bumi yang fana ini dengan ucapan tersebut punya rahsia yang tertentu. Sesungguhnya, dua lafaz tasbih tersebut merupakan suatu lafaz zikir yang jami` menghimpunkan ganjaran dan balasan yang tidak terkira-kira.

Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad rahimahUllah
Al-Imam Al-Alamah Al-Arifbillah Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha Al-Haddad rahimahUllah, Menulis dalam karya beliau "Miftaahul Jannah" pada halaman 146 penjelasan berikut:-

“Dan kubentangkan kepada pembaca karanganku ini akan satu faedah yang telah aku perolehi daripada sebahagian awliya` mengenai ucapan zikir 

"سبحان الله و بحمده ".
Beliau menyatakan seperti berikut: ”Sesungguhnya penghayatan kepada makna " و بحمده " memasukkan orang yang berzikir dengannya ke lapangan ma'rifah yang luas, yang dengannya diketahui akan rahsia penggandaan dan pertambahan amalan-amalan dan keberkatannya. Yang sedemikian itu adalah kerana dhomir (gantinama) pada kalimah " و بحمده " kembali kepada Allah jalla wa 'ala. Maka apabila engkau melafazkan
 " سبحان الله و بحمده ", yang engkau maksudkan ialah "Aku mensucikanNya dengan pujianNya (yakni aku memuji Allah dengan pujian Allah bagi diriNya)", dan adalah pujianNya bagi DiriNya itu qadim (tiada permulaan) kerana Allah bersifat dengan Qidam dan kekal abadi dengan keabadianNya (yakni berkekalan selama-lamanya kerana Allah bersifat kekal abadi tiada kesudahan). Ini menjadikan ucapan tersebut tiada dapat dihinggakan bilangannya (bersifat "infinity") dan tiada dibatasi sebarang had batasan. Maka dengan ucapan tersebut, engkau memuji Allah dengan pujianNya sendiri bagi diriNya (yakni puji Qadim bagi Qadim) dan bukannya engkau memujinya dengan pujian engkau sendiri.”

abdkadiralhamid@2016

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Wirid Imam Nawawi Wirid Imam Nawawi بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ . بِسْـمِ اللهِ اَللهُ اَكْبَرُ، أقُوْلُ عَلَى نَفْسِيْ وَعَلَى دِيْنِيْ وَعَلَ… Read More...
  • Ratib Al-Haddad الرَاتِب الشَّهِير Ratib Al-Haddad  Susunan الإمام القطب عبد الله بن علوي الحداد Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin A… Read More...
  • Wirdul Latif  الوِرْدُ الْلَطِيف في أَذكَارِ الصَّباحِ وَالْمَساَءِ Wirdul-Latif Zikir Pagi Dan Petang Susunan الإمام القطب ع… Read More...
  • Sekilas tentang Ratib al-Aththas Sekilas tentang Ratib al-Aththas Makna Ratib Perkataan Ratib mempunyai banyak arti. Ratib yang dimaksudkan di sini berasal dari perk… Read More...
  • WIRID AS-SAKRAN WIRID AS-SAKRAN   TERJEMAHAN :    Terjemahan doa Al Imam Al Hafidh Al Musnid Abubakar Assakran bin … Read More...

0 Response to "KEUTAMAAN MELAZIMKAN SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI"

Posting Komentar

Silahkan komentar yg positip