//

NABI SAW, ASAS TARIKAT AHLUL BAIT



Pernah ketika seruan Islam telah mendapat kejayaan yang cemerlang, dan kekayaan ummat Islam telah melimpah ruah. Ketika itu Umar ibnu Khattab datang berziarah kerumah Nabi s.a.w.. Umar mendapati Nabi s.a.w. sedang tidur diatas sehelai tikar dari jalinan daun kurma, sehingga berbekas bahagian tubuh baginda ketika tidur ditikar tersebut. Keadaan dirumah Rasulallah S.A.W. amat sederhana, tiada perhiasan, tiada perkakas mewah, dan yang tegantung didinding, guriba tempat air, sebagai persediaan ketika nabi s.a.w.berwudhu’.
 
Saidina Umar amat terharu, sehingga bercucuran air matanya, Rasulallah s.a.w. menegur Umar:” Apa yang menyebabkan air matamu bercucuran wahai Umar ? Umar menjawab ”Bagaimana saya tidak terharu ya Rasulallah, hanya begini keadaan yang kudapati dalam rumah tuan, tiada perabot rumah, tiada kekayaan, padahal seluruh kunci masyrik dan magrib telah tergenggam ditangan tuan dan kekayaan telah melimpah ruah.
 
Nabi s.a.w. menjawab:”Aku ini adalah Pesuruh Allah. Aku ini bukanlah seorang Kaisar dari Romawi atau seorang Kisra dari Parsi, mereka menuntut dunia, dan aku menuntut akhirat.”
 
Pada suatu hari Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. dan menyampaikan salam Allah s.w.t. kepada Nabi s.a.w. seraya bertanya:” Mana yang engkau suka ya Muhammad, menjadi seorang Nabi yang kaya raya seperti Nabi Sulaiman a.s. atau menjaadi Nabi yang menderita papa seperti Nabi Ayyub a.s.. Nabi menjawab: “Aku lebih suka kenyang sehari dan lapar sehari.” Jika kenyang aku bersyukur pada Tuhanku, Jika lapar aku bersabar atas cobaan Tuhanku.”
 
Pernah disatu hari ketika Nabi s.a.w. tidur keletihan diatas sehelai tikar daun kurma, sehingga berbekas pada tubuh Baginda. Ibnu Mas’ud seorang sahabat setia kepada Nabi s.a.w. mencucurkan air matanya, karena seorang yang memiliki hampir seluruh Jazirah Arab dan dimuliakan Allah s.w.t., demikian keadaan Nabi s.a.w. kehidupannya Nabi s.a.w. yang sangat sederhana, lalu Ibnu Mas’ud ingin mencarikan bantal, untuk Nabi meletakkan kepalanya. Nabi melihat kepada Ibnu Mas’ud, seraya bersabda: “Tidak ada hajatku untuk itu, aku ini seumpama seorang musafir ditengah-tengah padang pasir yang luas dalam panas terik yang bukan kepalang. Aku menemui sebuah pohon yang rindang. Oleh karena aku letih, aku rebahkan diriku sesaat untuk istirahat dengan niat kemudian aku berjalan lagi kembali menuju tujuanku menemui Tuhanku (Pengantar Ilmu Tharikat oleh:H.Abubakar Aceh).
 
Demikianlah kehidupan Nabi s.a.w., sebagai seorang sufi, dan menjadi contoh teladan dan menjadi amalan Ahlul Bait dan diamalkan pula oleh zuriat mereka sedaya upaya mereka. Meskipun mereka memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah, kehidupan mereka tetap sederhana, dan kekayan mereka itu mereka gunakan dijalan Allah, menolong fakir miskin, yatim piatu, dan mereka yang memerlukan pertulungan lainnya, bukannya hanya untuk kepentingan diri peribadi sahaja.
 
Jika kita mengamalkan tarikat ahlul bait Rasulullah s.a.w., maka kita mestilah sanggup membuktikan bahwa, segala apa yang kita miliki, baik Imu Pengetahuan, harta kekayaan yang kita kumpulkan, dan lain-lainnya, digunakan disamping keperluan diri dan keluarga, juga digunakan untuk kepentingan Islam dan ummat seluruhnya. Semua harta kekayaan dan kemewahan hidup, disatu masa akan kita tinggalkan yang menemani kita di alam Barzah dan diakhirat nanti, hanyalah apa yang telah kita gunakan di jalan Allah.
Allah berfirman:
 
يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُوْنَ إِلاَّ مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ
(الشعراء: 88)

“(yaitu) di hari harta dan anak-anakmu tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih” (al-Syu’ara`: 88).
 
Rasulallah s.a.w. sebelum menghadapi pekerjaan besar yang menggemparkan dunia, baginda telah melatih dirinya dalam kehidupan kerohanian. Sebelum Nabi s.a.w.dilantik sebagai Pesuruh Allah, baginda suka menyisihkan diri, sendirian di gua hira’ baginda melakukan ibadah, bertafakkur, berdo’a dan berzikir semata-mata mengingat Allah dengan ikhlas dan sempurna, sehingga terputus hubungan dengan yang lainnya selain Allah s.w.t.
Ketika itu turunlah wahyu yang pertama :
 
ِاقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ. خَلَقَ اْلإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ. اِقْرَأْ وَرَبُّكَ اْلأَكْرَمُ. الَّذِيْ عَلَّمَ بِالْقَلَمِ. عَلَّمَ اْلإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
(العلق:1-5)

Maksudnya:
Bacalah dengan nama Tuhanmu, yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia, yang mengajarkan manusia dari Qalam. Mengajarkan manusia apa yang mereka belum mengetahuinya.”
(al-Alaq: 1-5)
 
Sendi kekuatan Nabi s.a.w.adalah dalam hidup kerohanian dijalan Allah, sebagai kekuatan bathin. Kehidupan beliau ini menjadi contoh teladan dan dilanjutkan pula oleh Ahlul Bait (keluarga Nabi s.a.w.) dan keturunan Nabi s.a.w. lainnya, semampu mereka.
 
FATIMAH AZZAHRA
Beliau dijuluki Saydatun Nisa`i al-Alamin. Ayahnya Muhammad SAW, ibunya Khatidah al-Kubra. Dilahirkan di Makkah pada Jum’at Jumada Tsani. Wafat pada hari Selasa 3 Jumada Tsani tahun 11 Hijrah. Dimakamkan di Baqi, Madinah. Mempunyai 2 anak laki-laki (Hasan dan Husein) dan 2 anak perempuan (Zainab dan Ummu Kultsum).
Siti Fatimah Azzahra putri kesayangan Rasullallah s.a.w., hidup zuhud dan tekun beribadah, karena pengabdiannya kepada Allah s.w.t adalah menjadi contoh teladan bagi seluruh ummat Islam. Karena pengabdian dan penyerahan dirinya kepada Allah s.w.t. maka beliau terkenal dengan sebutan “Al-Batul” orang yang sangat tekun beribadah.
Asma binti Umais, berkata:”Pada suatu hari aku berada dirumah siti Fatimah. Ketika itu siti Fatimah memakai seuntai kalung pemberian suaminya Imam Ali bin Abi Thalib, hasil pembahagian barang ranimah yang diterimanya. Ketika itu Rasulallah s.a.w. datang kerumah Fatimah. Ketika Rasulallah s.a.w. melihat kalung yang dipakainya, baginda bersabda:” Hai anakku, apakah engkau bangga disebut orang putri Muhammad, sedangkan engkau sendiri memakai jababirah?” (perhiasan yang biasa dipakai wanita bangsawan.)” Pada waktu itu juga, siti Fatimah melepaskan kalungnya untuk dijual. Hasil penjualan kalung tersebut ia membeli seorang hamba sahaya yang kemudian hamba sahaya itu dimerdekakannya. Ketika Rasulallah s.a.w. mendengarnya, baginda sungguh gembira.
 
Alhasan putra siti Fatimah Azzahra mengatakan:”Tiap malam Jum’at aku melihat ibuku berada di mihrabnya. Ia terus menerus beruku’ dan bersujud hingga cahaya pagi mulai terang. Aku juga mendengar ibuku selalu berdo’a untuk seluruh mukminin dan mukminat, menyebutkan sebahagian nama-nama mereka dan banyak berdoa’ untuk mereka. Ia tidak berdoa apa-apa untuk dirinya sendiri. Aku pernah bertanya :”Apa sebab ibu tidak berdo’a bagi diri ibu sendiri ? Seperti ibu berdoa untuk orang lain? Ibu hanya menjawab:”Tetangga dulu, baru keluarga sendiri……”6
 
Seorang ahli sufi terkenal Hasan Al-Basri pernah mengatakan:” Dalam ummat ini, tidak ada wanita yang tekun beribadah, melebihi Siti Fatimah Azzahra, ia terus menerus solat hingga kakinya bengkak.”7
 

  1. ALI BIN ABI THALIB
    Kehidupan Zuhudnya
Amirul mukminin Ali bin Abi Thalib dijuluki Abu al-Hasan atau Abu Thurab, ibunya Fatimah binti Asad. Dilahirkan di Makkah, hari Juma’at 13 Rajab. Wafat dalam usia 63 tahun pada malam Jum’at 21 Ramadan 40 H, ditikam oleh Abdurrahman ibnu Muljam. Dikebumikan di Najaf as-Syarif.
Saidina Ali bin Abi Thalib k.w. dibesarkan dalam asuhan Rasulallah s.a.w; beliau adalah pemuda yang pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Muhammad s.a.w. Ketika baginda diangkat sebagai Nabi dan Rasul pada hari Isnin, keesokan harinya Imam Ali bin Abi Thalib memeluk Islam, ketika itu usia Imam Ali 10 tahun. Siti Khadijah wanita yang pertama masuk Islam (sila rujuk buku Imamul Muhtadin Saidina Ali bin Abi Thalib k.w., karangan H.M.Al Hamid Al-Husaini, hal 37-41)
 
Tentang Dunia dan Kehidupan di Dalamnya.
……. Didalam surat Imam Ali k.w. yang dikirimkan kepada Utsman bin Hunaif al-Ansari belliau mengingatkan Utsman bin Hunaif antara lain :”Demi Allah tiada secuil emas atau perak dari dunia kamu, yang pernah kusimpan. Tidak ada harta apapun darinya pernah kutabung. Tiada sepotong bajupun telah kusiapkan pengganti pakaianku yang lusuh. Tiada sejengkal tanahpun yang kumiliki. Dan tiada kuambil untuk diriku lebih dari makanan seekor keledai yang renta. Sungguh dunia ini dalam pandanganku lebih rapuh dan lebih remeh daripada sebatang ‘afshah ( sejenis tumbuhan yang pahit buahnya.)

………..Wahai dunia, pergilah kemana saja kau kehendaki. Aku telah melepaskan diri dari cengkeramanmu, mehindar dari perangkapmu, dan menjauh dari jurang kehancuranmu. Dimanakah kini orang-orang yang pernah kau tipu dengan permainanmu ? Dimanakah bangsa-bangsa yang telah kau perdayakan dengan hiasan-hiasanmu ? Itulah mereka yang tergadai dalam kuburan sebagai pengisi lubang-lubang lahad !
Demi Allah seandainya kau –wahai dunia- adalah manusia yang tampak nyata, berjiwa berperasaan, niscaya akan kulaksanakan hukuman atas dirimu, sebagai balasan atas hamba-hamba yang telah kau kelabui dengan angan-angan kosong. Atau bangsa-bangsa yang kau jerumuskan kedalam jurang-jurang kehancuran. Atau raja-raja yang kau halau kedalam kebinasaan dan kau masukkan kepusat-pusat bala’ dan kesulitan, tanpa kesempatan untuk kembali lagi. Sungguh barangsiapa menjejakkan kakinya dijalanmu pasti akan tergelincir. Barangsiapa berlayar disamuderamu pasti akan tenggelam. Adapun mereka yang berkelit dari jeratan tali-talimu, pasti akan berjaya. Dan orang yang selamat darimu tak kan peduli betapun sempit kediamannya. Baginya dunia hanya sebagai hari yang hamper berlalu.
Aku bersumpah demi Allah, kecuali bila Ia menghendaki yang lain, benar-benar aku akan melatih nafsuku dengan seberat-berat latihan sehingga membuatnya sangat bersukacita, bila berhasil melihat sekerat roti untuk makanannya, dan merasa puas dengan secuil garam sebagai lauknya. Dan akan kujadikan mataku kering kehabisan airnya laksana mata air yang telah surut sumbernya.

Berbahagialah setiap jiwa yang telah menunaikan kewajiban terhadap Tuhannya, dan bersabar dalam pendritaannya. Menolak lelap matanya dimalam hari, sehingga apabila kantuk telah menguasainya, ia jadikan tanah tempat berbaring dan tangannya sendiri sebagai bantal. Merasa betah ditengah sekelompok hamba-amba Allah yang sentiasa terjaga dimalam hari karena resah memikirkan tempat mereka dikembalikan kelak. Tubuh mereka jauh dari pembaringan, bibir mereka berguman berzikir dengan nama Tuhan-Nya, sehingga dosa mereka lenyap disebabkan istirfar yang berkepanjangan……..Mereka itulah Hisbullah, dan sesungguhnya Hisbullah itulah orang-orang yang beroleh kejayaan…(QS 58:22). Bertaqwalah kepada Allah wahai ibn Hunaif, cukupkan dirimu dengan beberapa kerat roti saja agar kau diselamatkan dari jilatan api neraka ! ( Mutiara Nahjul Balagah :Muhammad al- Baqir ; hal:95-96)
Kehidupan Imam Ali adalah kehidupan Zuhud orang yang mengenal Allah, bukannya Zuhud karena terpaksa ataupun zuhudnya orang yang berputus asa. Saidina Ali k.w.,mengingatkan kita semua:”Janganlah ada seorang diantara kamu yang mengharap selain keridhaan Allah s.w.t. dan janganlah takut selain kepada perbuatan dosa…” beliau juga mengingatkan:”Barangsiapa yang baik bathinnya, Allah pasti menjadikan baik lahirnya”. “Sabar adalah keberanian……”Hindarilah soal-soal yang dapat mendatangkan kesedihan dengan kekuatan tekad bersabar dan dengan keyakinan yang baik.”Hendaklah kamu sentiasa bertakwa kepada Allah dengan ketaqwaan seorang yang berakal, dan hatinya senantiasa sibuk berfikir. Bertaqwalah seperti ketakwaan orang yang bila mendengar kebenaran ia menundukkan kepala, bila berbuat kesalahan ia mengaku, bila merasa takut karena kurang berbuat kebajikan ia segera berbuat kebajikan, dan bila telah sadar dari kesalahan, ia segera bertaubat.
 
Imam Ali k.w. orang yang paling tekun beribadah. Pada dahinya terdapat kulit tebal kehitam-hitaman menandakan banyaknya sujud yang dilakukan siang dan malam. Diwaktu malam, digunakannya untuk banyak-banyak menunaikan solat sunnah, mendekatkan diri kepada Allah dengan perasaan rendah, tunduk dan khusyu’. Dengan ketekunannya beribadah seperti itu imam Ali menjadi orang yang berakhlak mulia, berperangai lembut, dan berperilaku halus.8
Siap Berkorban Apa Saja Untuk Jalan Allah
Memandangkan ancaman musuh menjadi-jadi, maka Abu Thalib (ayahanda Imam Ali bin Abi Thalib) merasa kuatir atas keselamatan Nabi s.a.w., oleh itu beliau selalu berpesan supaya anandanya Ali k.w. supaya sentiasa menemani Nabi s.a.w, terutama sekali bila keadaan gawat. Oleh karena itu untuk menghindari penculikan atau pembunuhan yang mungkin dilakukan secara tiba-tiba dimalam hari, maka Abu Thalib mengarahkan anandanya Ali bin Abi Thalib, tidur ditempat tidur Rasulallah s.a.w. Sesuai dengan pesanan ayahandanya sebelum wafat, Imam Ali bin Abi Thalib, terutama pada malam Hijrah, Imam Ali secara sukarela tidur, ditempat tidur Rasulallah s.a.w.9
 
Banyak kata-kata nasihat yang ditinggalkan oleh saidina Ali bin Abi Thalib antaranya beliau berkata:” Barangsiapa yang memperbaiki bathinnya, Allah akan memperbaiki lahirnya. Barangsiapa berbuat demi kemaslahatan agamanya, Allah akan mempermudah baginya urusan dunianya. Barangsiapa menjaga hubungan dirinya dengan Allah, maka Allah akan memudahkan urusannya dengan orang lain.”10



3. IMAM HASAN BIN ALI
Nabi s.a.w. sering bersabda :”Hasan dan Husein adalah anak-anakku” dalam al-Quran Allah berfirman:
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَك مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَ أَبْنَاءَکمْ وَ نِساءَنَا وَ نِساءَکُمْ وَ أَنفُسنَا وَ أَنفُسکُمْ ثُمَّ نَبْتهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَت اللَّهِ عَلى الْکذِبِينَ
(آل عمران:61)
Maksudnya: “ Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkanmu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, istri-istri kami dan istri-istrimu, diri kami dan dirimu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpa kepada orang-orang yang dusta. (Ali Imran:61)
 
Begitulah kedekatan nasab Hasan dan Husein dengan Rasulallah s.a.w., semenjak beliau dilahirkan hingga berusia 7 tahun. Hasan mendapat kasih sayang dan didikan langsung dari Rasulallah s.a.w.,sehingga beliau dikenal sebagai seorang yang ramah, cerdas, murah hati, pemberani, serta berpengetahuan luas tentang seluruh kandungan setiap wahyu yang diturunkan.
Dalam kesalehannya, beliau dikenal sebagai orang selalu bersujud dan sangat khusyuk dalam shalatnya, ketika beruduk beliau gemetar dan di saat shalat pipinya basah oleh air mata dan wajahnya pucat karena takut kepada Allah s.w.t..
Dalam belas kasih sayangnya, beliau di kenal sebagai orang yang tidak segan untuk duduk dengan pengemis dan para gelandangan yang bertanya tentang masaalah agama kepadanya.
Banyak kata-kata Hikmah yang beliau tinggalkan, antaranya saidina Hasan bin Ali pernah ditanya tentang arti dermawan. Lalu beliau menjawab: ”Kebaikan yaitu memberi sebelum diminta, dan tidak diikuti oleh ungkitan.” Kesombongan menyebabkan hancurnya agama, dan karenanya Iblis dilaknat. Rasa tamak adalah musuhnya jiwa, dan karenanya Adam dikeluarkan dari surga. Hasad dengki adalah pusat keburukan, yang karenanya Qabil membunuh Habil.”11

 
  1. IMAM HUSEIN BIN ALI
    Lambang Kepahlawanan
Di tengah kebahagiaan dan kerukunan keluarga Fatimah Az-Zahra lahirlah seorang bayi yang akan memperjuangkan kelanjutan misi Rasullah s.a.w., iaitu Husein bin Ali bin Abi Thalib yang diputrakan pada hari Khamis 5 Sya’ban tahun 4 H dan syahid di Padang Karbala Irak, pada 10 Muharram 61 H . 
 
Berkata Al-Imam Al-Akbar Dr.Abdul Halim Mahmud Syekhul Azhar:

“Sesungguhnya nasab saidi,na Husein hampir saja terputus, seandainya bukan karena anugerah Allah. Anugerah Allah inilah yang mengekalkan keturunannya. Pada mereka terdapat keharuman Rasulallah s.a.w., pada mereka terdapat juga orang-orang yang akhlaknya pemurah, berani, dan hati yang penuh dengan keimanan serta ruh yang selalu memandang keatas, tidak disibukkan oleh dunia dengan segala perhisannya yang membuatnya menjadi ingin kekal di dunia dan menuruti hawa nafsunya. Tidak sekali-kali tidak, sesungguhnya jiwa mereka dihiasi teladan yang tinggi dan kekal disertai kepahlawanan dalam bentuknya yang terbaik dan bersama kebenaran dimanapun mereka berada. Sesungguhnya jiwa mereka seumpama orang yang membantu orang yang berjuang dijalan kebaikan, yaitu di jalan Allah.”12
 
Saidina Husein sungguh telah memasuki suatu pertempuran menentang orang yang bathil dan mendapatkan syahidnya disana. Pertempuran ini banyak mengalirkan darah orang-orang yang bersamanya dan sisanya ditawan. 13 Ramai keluarga Al –Husein yang gugur sebagai pahlawan dan serikandi dalam menegakkan kebenaran dan keadilan dan menentang kezaliman.
 
KATA-KATA HIKMAH SAIDINA HUSEIN BIN ALI
“Andai dunia ini masih di anggap berharga, bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia. Andai rezeki itu sudah terbagi berdasarkan ketentuan, maka tinggalkanlah rasa rakus terhadap dunia. Andai harta yang dikumpulkan akan di tinggalkan, mengapa harus kikir terhadap barang yang akan ditinggalkan. Segolongan manusia menyembah Allah karena ingin keuntungan, maka itu ibadahnya pedagang. Segolongan menusia menyembah Allah, karena rasa takut kepadaNya, maka itu ibadahnya kaum budak. Segolongan menyembah Allah karena bersyukur atas nikmatNya, maka itulah penyembahan orang yang merdeka. Itulah sebaik-baik ibadah”.

abdkadiralhamid@2015

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NABI SAW, ASAS TARIKAT AHLUL BAIT"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip