//

AKHLAK PARA ULAMA ALAWIYYIN


 
Seorang yang mengamalkan Tarikat al-Alawiyah akan menjauhkan diri dari sifat-sifat besarkan diri. Misalnya ulamanya tidak akan berusaha untuk berjumpa raja, dan menjauhkan diri daripada mengharap daripada mereka, akan tetapi raja yang saleh biasanya akan mencari mereka.
 
Dalam sesuatu majlis yang dihadiri banyak ulama, biasanya setiap ulama akan memuji yang lain, tidak dirinya sendiri. Kalau dirinya dipuji, pujian itu tidak akan membuatkan besar diri sama sekali, malahan akan menjadikannya lebih tawaduk.
 
Pada waktu sembahyang, tidak semestinya yang paling alim akan menjadi imam. Asalkan cukup syarat-syaratnya, yang tertua diantara mereka di utamakan. Ini adalah selaras dengan pesanan Nabi s.a.w. sebagaimana tersebut di sahih al-Bukhari dalam kitab al-Salah:
 
وَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْيُؤَذِّنْ أَحَدُكُمْ، وَلْيَؤُمَّكُمْ أَكْبَرُكُمْ
(رواه البخاري)

Artinya:
“Apabila tiba waktu untuk sembahyang, maka hendaklah seorang diatara kamu azan dan yang tertua di antara kamu menjadi imam” (H.R. Bukhari).


AL-Imam Ahmad bin Zein Al-Habsyi bertanya kepada gurunya yakni Imamul Haddad; “Apakah jalan para kaum Alawiyin ?” Beliau menjawab dengan singkat: 

“Jalan mereka adalah lima:
  1. I l m u
  2. Amal
  3. Al-Khauf (takut kepada Allah)
  4. A l w a r a
  5. Ikhlas

    ( “Katakan Inilah Jalanku” : Ceramah Al-Habib Jindan bin Novel bin Jindan tentang Tarikat Alawiyah, menjelang penutupan Mubes Rabitah Alawiyah 1427 H/2006 M di Jakarta dalam buku yang diterbitkan oleh Yayasan Al-Fachriayah, hal:19)
I l m u : seorang yang mengamalkan Tarikat al-Alawiyah harus berilmu sebelum beramal. Misalnya sebelum berpuasa mestilah belajar hukum puasa. Sebelum menunaikan fardu Haji, mestilah belajar hukum haji. Ilmu yang dimaksudkan bukannya Ilmu yang banyak tetapi setakat beramal dengan sempurna. Kalau seorang pergi ke Makkah untuk menunaikan fardu haji, bagaimana dia dapat menyempurnakan hajinya dengan sempurna ? Ilmu itu perlu untuk beramal dengan sempurna.
Amal. Mesti rajin dalam beramal. Melakukan segala kebaikan. Banyak beribadah seperti bersedekah, suka membantu, memberi nasihat dan mengambil berat hal ehwal keluarga dan masyarakatnya.
Tarikat ini lebih mementingkan amalan daripada percakapan. Sebab itulah apabila ditanya tentang Tarikat al- Alawiyah ada diantara ulamanya berkata: “Lihatlah kepada amalan mereka dan janganlah melihat apa yang mereka katakan.”
Mereka yang berpegang teguh dengan Tarikat al-Alawiyah akan sentiasa menjaga kesempurnaan amal mereka terhadap Allah. Mereka tidak menasihati seseorang tanpa dirinya mengerjakannya terlebih dahulu. Mereka sentiasa takut jika termasuk dalam golongan sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran di surah al-Baqarah ayat 44. 
 
(Tarikat al-Alawiyah, Syed Hassan bin Muhammad bin Salim al-Attas, Masjid Ba’alawi, Singapura, 28hb Rabiul Akhir 1422 H, 19hb Julai 2001.
Artinya:
أَتَأْمُرُوْنَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُوْنَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُوْنَ
(البقرة: 44)
    Maksudnya: “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan dirimu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal.” (Al- Baqarah: 44)
     
Al-Khauf : Takut kepada Allah, takut melanggar segala perintah Allah, dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Wara’ : Menjauhkan diri dari segala perkara yang meragukan (syubhat), contohnya Anas bin Malik berkata : “Nabi s.a.w. menemui buah kurma di jalan, maka Nabi s.a.w. bersabda:” Seandainya saya tidak kuatir bahwa kurma itu termasuk sedekah, niscaya saya makan.” (H.R.Bukhari dan Muslim).

Ikhlas : Melakukan sesuatu pekerjaan karena Allah sahaja, bukan disebabkan oleh yang lainnya.
 
Tarikat al-Alawiyah adalah tarikat yang paling senang diamalkan tanpa syarat-syarat tertentu. Ia berpegang teguh kepada empat perkara: 
( 1).I l m u,  
(2) Amal  
(3) Takhalli 
(4) Tahalli
(Alwi bin Tahir, Uqud al-Almas, m.s.61,62,&64)
  1. I l m u
  2. Amal
  3. Takhalli berarti menjauhkan diri daripada melakukan segala dosa, maksiat, hasad, dengki, malas dan lain-lainnya perkara yang dilarang Allah.
  4. Tahalli berarti menghias diri dengan segala sifat-sifat yang baik, seperti ikhlas, rajin, menyempurnakan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. denan banyak sembahyang, berpuasa, beerwirid, dsb.

    Mereka yang mengamalkan empat perkara ini berarti mengamalkan Tarikat Al-Alawiyah. Oleh yang demikian, ramai yang mengikuti Tarikat Al-Alawiyah tanpa menyadarinya, karena Tarikat al-Alawiyah tidak menentukan syarat kepada pengikut-pengikutnya dan tidak menzahirkan bahwa mereka pengikut Tarikat Al-Alawiyah, karena yang penting adalah amalan dan keikhlasan seseorang itu terhadap Allah s.w.t.

     
    KESIMPULAN
  1. Tarikat Ahlul Bait ialah jalan atau petunjuk dalam melakukan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh Rasulallah s.a.w. dan dilanjutkan oleh Fatimah Azzahra (putri kesayangan beliau), dilanjutkan oleh Imam Ali bin Abi Thalib, dan sterusnya diamalkan oleh cucunda kesayangan Nabi s.a.w. Hasan dan Husein, dan zuriatnya.

  1. Tarikat al-Alawiyah adalah Tarikat Ahlul Bait. Tarikat ini, dinamakan oleh Al-Faqih al-Mukaddam dengan nama “Tarikat Al-Alawiyah” sempena nama datuknya Alawi bin Ubaydillah bin Ahmad al-Muhajir. Tarikat ini diasaskan oleh keturunan Saidina Husein dari Imam al-Muhajir di Hadhramaut yang bermazhab Syafi’i. Tarikat Al-Alawiyah mempunya lima pegangan yaitu Ilmu, Amal, Alkhouf (takut kepada Allah), Al-Wara’ (menghindarkan diri dari segala yang meragukan) dan Ikhlas (beramal karena Allah sahaja). Mereka banyak bersembahyang, berpuasa, dan berwirid (membaca zikir dan do’a-do’a diketika pagi ataupun petang), menjauhkan diri daripada melakukan segala dosa, maksiat, hasad, dengki, malas dan lain-lain perkara yang dilarang Allah), dan menghias diri dengan amalan yang mulia. Tarikat Ahlu al-Bait al-Alawiyah mementingkan amalan dengan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

  1. Oleh karena itu marilah kita berdo’a kepada Allah S.W.T. semoga seluruh zuriat Rasulallah s.a.w. dan seluruh Ummat Islam mencontohi perjalanan Rasulallah s.a.w. serta Ahlul Baitnya, dalam menegak, mempertahan, dan mengembangkan Islam. Marilah kita berusaha menambah Ilmu Pengetahuan yang berguna di dunia dan di akhirat, melakukan Amal Soleh sebanyak-banyaknya, takut hanya kepada Allah s.w.t. dan beramal dengan Ikhlas karena Allah sahaja. Berusahalah membersihkan diri dari noda dan dosa, dan menghiasi diri dengan amalan yang berguna untuk Islam dan ummat seluruhnya, dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah dan amalan para Ahlul Bait dan leluhur mereka.

  1. Saya harapkan kepada semua Ummat Islam, khasnya zuriat Rasulallah s.a.w. supaya memberikan contoh teladan yang sebaik-baiknya mengikut jejak dan contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulallah s.a.w. dan Ahlul Baitnya.

  1. Amalan dan contoh teladan yang baik dan terpuji sebagaimana telah dibuktikan oleh junjungan kita Nabi s.a.w. dan Ahlul Baitnya, Insya Allah akan membuat kita hidup bahagia didunia dan di akhirat, dan jadilah kita sebaik-baiknya ummat.



abdkadiralhamid@2015

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AKHLAK PARA ULAMA ALAWIYYIN"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip