Iblis Meraung Kesakitan
Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi rahimahullah pernah menyatakan bahawa:
Peristiwa mawlid Junjungan Nabi Muhammad SAW adalah peristiwa yang paling besar sepanjang sejarah. Bahkan lebih besar dari peristiwa diciptanya seluruh alam, kerana baginda datang dengan ajaran Allah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Tiada keraguan bahawa lahirnya
Junjungan Nabi SAW ke dunia ini adalah sebagai pembawa rahmat bagi
sekalian alam. Maka sudah pasti dan semestinya segala isi alam ini
bergembira dan bersukacita dengan kehadiran Rahmat bagi sekalian alam
ini. Hanya golongan yang dilaknat Allah SWT sahaja yang tidak merasa
gembira dengan dengan hadirnya Rahmat tersebut kerana mereka telah
dijauhkan daripada segala rahmat. Oleh itu, tidak pelik jika Iblis dan
konco - konconya daripada kalangan syaitan bersedih dan berduka dengan
kelahiran Junjungan Nabi SAW, sehingga diriwayatkan bahawa Iblis
terkutuk meraung - raung kesedihan atas lahirnya Junjungan Nabi SAW.
Imam Ibnu Katsir rahimahullah menukilkan dalam karya beliau, al-Bidayah
wan Nihayah, jilid 2, halaman 166, bahawa Imam as-Suhaili rahimahullah
menceritakan yang Iblis telah meraung kesedihan pada 4 ketika:
(1) ketika dia dia dilaknat Allah SWT;
(2) ketika dia dihalau;
(3) ketika Junjungan Nabi SAW dilahirkan dan
(4) ketika surah al-Fatihah diturunkan.
Oleh itu, sayogianya kita menjauhi perbuatan Iblis yang benci dan berdukacita dengan kelahiran Junjungan Nabi SAW. Kita hendaklah sentiasa bergembira dan memperingati akan kelahiran Junjungan Nabi SAW sebagai tahadduts bin ni'matillah dalam rangka mensyukuri rahmat dan nikmat Allah yang besar kepada kita. Mudah-mudahan hidup dan mati kita diberkatiNya sentiasa.
abdkadiralhamid@2015

0 Response to "Iblis Meraung Kesakitan"
Posting Komentar
Silahkan komentar yg positip