"Sesungguhnya amalan zikir dan wirid selepas solat padanya terdapat
faedah-faedah yang agung, manfaat-manfaat yang hebat dan
kebaikan-kebaikan yang banyak. Maka dituntut keatas kita supaya tidak
meninggalkannya atau menganggapnya sebagai amalan yang remeh dan
mengambil mudah dari beramal dengannya atau menyibukkan diri dari
mengamalkannya dengan syahwat, jenaka dan dunia yang fana'.
Adapun sesungguhnya syaitan itu sangat berminat untuk mengingatkan
manusia tentang urusan-urusan dunia mereka selepas daripada solat supaya
manusia akan segera bangun meninggalkan solat dan majlis tanpa sempat
mereka menyempurnakan zikir dan wirid kepada kepada Allah Jalla wa
'Alaa. Maka berhati-hatilah kepada sesiapa yang gemar meninggalkan zikir
dan wirid sesudah solat.
Zikir dan wirid selepas solat akan mendatangkan kebaikan dan kegembiraan serta ia juga mampu meluaskan rezeki kita, menghampirkan diri kita dengan Sang Pencipta, menunaikan hajat-hajat kita dan mempermudahkan keinginan-keinginan kita".
abdkadiralhamid@2015

0 Response to "Habis Sholat, Jangan Langsung Berdiri...!!!"
Posting Komentar
Silahkan komentar yg positip