//

Siapa Bilang Nasab Rasulullah tdk bermanfaat?

Kemuliaan dan Keturunan Rasulullah s.a.w. Tidak Akan Terputus Di Dunia dan Di Akhirat

(Siapa Bilang Nasab Rasulullah tdk bermanfaat?)


Nabi s.a.w. membantah anggapan orang yang mengatakan bahawa tali kekeluargaannya tidak memberi manfaat, bahkan menguatkan manfaat tersebut dengan sumpah yang mana sabdanya: "Demi Allah sesungguhnya tali kekeluargaanku tetap bersambung di dunia dan di akhirat".
 


Maka jelas bahawa dari keterangan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. di atas bahawa itrah beliau adalah keterununan Saiyidina Al-Hasan dan Saiyidina Al-Husain r.a. dan bahawasanya keturunan ini akan kekal sebagaimana kekalnya Al-Qur'an sehingga kedua datang pada hari kiamat di Telaga Haudhnya. Sesungguhnya Al-Mahdi berasal dari keturunan suci ini yang sentiasa terbukti dengan jelas tanpa ada keraguan di dalamnya, laksana Al-Qur'an yang terang, jelas dan terbukti kebenarannya. Kemudian bahawasanya nasab Rasulullah s.a.w. tidak akan terputus di dunia mahupun di akhirat, siapa yang mengingkarinya maka ia telah mengingkari kewajipan beragama, menentang Allah dan mendustakan hadis-hadis sahih mutawatir yang datang dari Rasulullah s.a.w.


Dalil :

FASAL KEEMPAT:



1. Dari Abi Said Al-Khudri r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkhutbah di atas mimbar:



مَ بَالُ أَقْوَامٍ يَقُوْلُوْنَ: إِنَّ رَحْمَ رَسُوْلِ اللهِ لاَ تَنْفَعُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. بَلَى. إِنَّ رَحْمِيْ مَوْصُوْلَةٌ فِى الدُّنْيَا وَاْلأَخِرَةِ


"Mengapa masih ada sebilangan kaum yang mengatakan bahawa tali kekeluargaan Rasulullah s.a.w tidak menguntungkan kaumnya pada hari kiamat. Sungguh demi Allah bahawasanya tali kekeluargaan akan tetap tersambung di dunia mahupun di akhirat. Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku akan mendahului kamu sampai di Telaga Haudh"

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim dalam sahihnya, dan Al-Baihaqi dan Tabarani dalam kitab Al-Kabir.



2. Al-Bazzar meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Telah meninggal dunia seorang puteri Safiah binti Abdul Muttalib r.a. kemudian beliau bercerita yang kesudahannya beliau katakan: Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri, setelah mengucapkan hamdalah dan memuji kepada Allah lalu bersabda:



"Mengapa masih ada sebilangan kaum yang menuduh bahawa hubungan kerabatku tidak akan memberi manfaat, ketahuilah bahawa semua kemuliaan dan keturunan akan terputus pada hari kiamat kecuali kemuliaan dan keturunanku dan sesungguhnya tali kekeluargaanku akan tetap bersambung di dunia mahupun di akhirat",


Hadis ini disahihkan oleh Al-Hafiz As-Sakhawi dan Ibnu Hajar dan disebutkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dari tiga jalur.


abdkadiralhamid@2014

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Siapa Bilang Nasab Rasulullah tdk bermanfaat?"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip