Cara Mudah Dikabulkan Doa
- Mengawal makan dengan memakan sekadar perlu sahaja.
 - Memakai pakaian yang perlu sahaja dan tidak berlebihan.
 - Mengawal tidur, dengan tidak tidur secara berlebihan.
 - Mengawal percakapan dengan perkara yang baik-baik sahaja.
 - Selalu merendah diri, menjaga dan memelihara hawa nafsu, pancaindera dan anggota badan daripada terjerumus kepada perbuatan dosa.
 
.
.
Golongan Mustajab Doa
Allah Maha Pemurah lagi Adil. Ada 
golongan manusia yang doanya mudah dikabulkan. Keistimewaan ini diberi 
oleh Allah dengan sebab-sebab tertentu kepada golongan manusia tertentu 
juga. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang sentiasa 
menghampirkan diri kepada Allah (bertakarub).
Baginda SAW ada bersabda: “Dan
 apabila hamba-Ku sentiasa mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan 
amalan-amalan sunat sehinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku 
menyintainya, jadilah Aku pendengarnya dan matanya yang digunakan untuk 
melihat dan tangannya yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu dan 
kakinya digunakan untuk berjalan. Dan sesungguhnya jika dia meminta 
kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonannya dan jika dia meminta 
perlindungan kepada-Ku, nescaya aku lindungi akan dia.”
.
Antara golongan lain yang mustajab doanya dan diterima Allah ialah:- Orang sakit.
 - Raja yang adil.
 - Orang yang dizalimi.
 - Orang-orang soleh dan solehah.
 - Doa ibu bapa untuk anak-anaknya.
 - Anak yang taat kepada ibu bapanya.
 - Orang-orang yang berbuka puasa.
 - Orang yang berakhlak mahmudah seperti ikhlas dan jujur.
 
0 Response to "Cara Mudah Dikabulkan Doa"
Posting Komentar
Silahkan komentar yg positip