Seorang penuntut ilmu, istimewa yang mengaji fiqh mazhab Syafi`i, pasti kenal dengan sebuah kitab himpunan fatwa yang dinamakan"Bughyatul Mustarsyidin". Kitab ini adalah antara karya al-Habib `Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin `Umar al-Masyhur rahimahumullah ulama yang diberi julukan sebagai `Allaamah Hadhramaut, Faqih Hadhramaut, Rais Hadhramaut, Abu Tarim dan
 beragam lain laqab kemuliaan dan penghormatan. Beliau dilahirkan di Kota
 Tarim pada 29 Sya'ban 1250H. Ayahanda beliau, Habib Muhammad al-Masyhur
 adalah seorang `alim yang khumul, manakala bunda beliau adalah Syarifah
 Syaikhah binti `Abdur Rahman bin `Ali al-Haddad, seorang wanita yang 
sholehah lagi berilmu tinggi. Dalam keluarga yang penuh keshalihan dan 
ilmu inilah al-Habib `Abdur Rahman dibesarkan. Selain kepada kedua orang
 tuanya, beliau menuntut ilmu dengan para ulama lain di Tarim, antaranya
 dengan al-Habib `Umar bin Hasan al-Haddad, Habib Muhammad bin Ibrahim 
BilFaqih, Habib Muhsin bin `Alwi as-Saqqaf, Syaikh Muhammad bin 
`Abdullah BaSaudan dan Habib `Abdullah bin Husain bin Thahir rahimahumullah. Di tangan Habib `Umar bin Hasan al-Haddad, sempat beliau mengaji kitab-kitab sebesar Minhaj Imam an-Nawawi, Tuhfah Imam Ibnu Hajar dan Shahih Imam al-Bukhari.
 Beliau turut mendalami pengajian tasawwufnya dengan Habib Hasan bin 
Shaleh al-Bahr, Habib Abu Bakar bin `Abdullah al-Aththas dan Habib Ahmad
 bin Muhammad al-Muhdhar rahimahumullah.
Habib `Abdur Rahman al-Masyhur
Habib `Abdur Rahman termasuk penuntut yang tinggi kesungguhan dalam 
mencari pengetahuan. Selama di Tarim, beliau mengikuti 12 mata pelajaran
 daripada guru-gurunya dengan berpandukan 12 syarah kitab dan 7 
hasyiahnya. Sering juga beliau berulang alik ke Seiwun dengan berjalan 
kaki semata-mata untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh 
guru-gurunya di sana. Tidak hanya Tarim dan Seiwun, Habib `Abdur Rahman 
telah menjelajah berbagai pelosok Hadhramaut dan al-Haramain demi 
mencari ilmu sehingga beliau menjadi seorang yang benar-benar alim dalam
 berbagai cabang ilmu seperti tawhid, fiqh, tasawwuf, hadits, tafsir, 
falak dan ilmu-ilmu alat, sekalipun usia beliau masih tergolong muda 
belia. 
Ketika guru beliau, Habib Ahmad bin `Ali al-Junaid, wafat, beliau 
dilantik untuk menggantikan posisi gurunya. Pengajian-pengajiannya 
dilaksanakan di berbagai tempat di Tarim. Di kediamannya sendiri turut 
diadakan majlis-majlis taklim umum dan khusus. Juga beliau diamanahkan 
untuk menjadi mudir pertama bagi Rubath Tarim yang masyhur itu. Beliau 
menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk berkhidmat kepada umat. 
Kalau tidak berdakwah dan mengajar, beliau sentiasa menyibukkan dirinya 
dengan menulis, merumuskan fatwa atau mentelaah segala kitab. Beliau 
juga menulis jadwal shalat untuk kegunaan masyarakat.
Ibadah beliau juga luar biasa. Sejak kecil lagi beliau sudah bangun malam untuk beribadah kepada Yang Maha Esa. Amalan -amalan sunnat, baik berupa shalat maupun puasa, sentiasa menjadi wiridnya selain bacaan al-Quran, zikir dan shalawat. Shalat fardhunya sentiasa berjemaah, bahkan beliau telah menjalankan tugas menjadi imam di Masjid Syaikh `Ali bin Abu Bakar as-Sakran selama 40 tahun. Di masjid tersebut jualah tempat beliau sering beruzlah dan berkhalwat untuk beberapa waktu. Kitab Bughyatul Mustarsyidin itu ditulisnya ketika sedang menjalani khalwat di masjid tersebut. Selain Bughyah, beliau mempunyai beberapa karya lain, antaranya, Ikhtisar Fatawi Ibnu Ziyad dan Syamsudz Dzahirah.
Ibadah beliau juga luar biasa. Sejak kecil lagi beliau sudah bangun malam untuk beribadah kepada Yang Maha Esa. Amalan -amalan sunnat, baik berupa shalat maupun puasa, sentiasa menjadi wiridnya selain bacaan al-Quran, zikir dan shalawat. Shalat fardhunya sentiasa berjemaah, bahkan beliau telah menjalankan tugas menjadi imam di Masjid Syaikh `Ali bin Abu Bakar as-Sakran selama 40 tahun. Di masjid tersebut jualah tempat beliau sering beruzlah dan berkhalwat untuk beberapa waktu. Kitab Bughyatul Mustarsyidin itu ditulisnya ketika sedang menjalani khalwat di masjid tersebut. Selain Bughyah, beliau mempunyai beberapa karya lain, antaranya, Ikhtisar Fatawi Ibnu Ziyad dan Syamsudz Dzahirah.
Habib `Abdur Rahman al-Masyhur juga berjaya mencetak murid-murid yang 
menjadi ulama besar seperti Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, Habib 
Muhammad bin Hasan `Aidid, Habib `Abdullah bin `Alwi al-Habsyi, Habib 
`Abdullah bin `Umar asy-Syathiri, Habib `Abdul Bari bin Syaikh 
al-`Adyrus, Habib Ahmad bin `Abdur Rahman as-Saqqaf, Habib `Alwi bin 
`Abdullah bin Syihab, Habib `Ali bin `Abdur Rahman al-Masyhur dan Habib 
`Alwi bin Abdur Rahman al-Masyhur.
Habib `Abdur Rahman al-Masyhur tutup usia pada hari Jumaat, 15 Shafar 
1320H dan dimakamkan pada kesokan harinya. Beliau dimakamkan di 
permakaman Zanbal setelah shalat jenazahnya diimamkan oleh anakanda 
beliau, Habib `Ali bin `Abdur Rahman al-Masyhur. Semoga beliau dirahmati
 sentiasa oleh Yang Maha Esa dan diberi sebaik-baik balasan di sana 
....aaamiiin....al-Fatihah.
2014@abdkadiralhamid 

0 Response to "Manaqib Mufti Tarim, Habib `Abdur Rahman al-Masyhur"
Posting Komentar
Silahkan komentar yg positip