Kalam Salaf : Kelebihan Duduk Bersama Para Auliya dan Sholihin atau Membaca Karangan Mereka
Ini adalah sebutir mutiara daripada
kumpulan mutiara ucapan dan wasiat dari al-'Arifbillah al-Quthb al-Habib Ahmad
bin Hasan al-Atthas [1] رضي
الله عنه sewaktu beliau berada di kota Tarim pada
suatu majlis yang dihadiri oleh banyak orang dari golongan Saadah Bani Alawi
dan lainnya. Setelah selesai pembacaan kitab dan qasidah daripada kalam salaf
(para leluhur ahlulbait terdahulu), beliau رضي الله عنه berkata:
Majlis-majlis seperti ini adalah
merupakan hidangan bagi arwaah yang bertebaran dan merupakan asroor
(rahasia-rahasia) yang berterbangan. Semua yang hadhir akan mendapatkan jalan
petunjuk. Semua yang hadhir akan mendapatkan kenaikan darjat dan semua akan
mendapatkan curahan rahmat. Barakah dari pada majlis ini, oleh Allah akan
disampaikan ke pelbagai tempat (meliputi berbagai tempat) dan Allah Ta'ala akan
menurunkan pada majlis ini berbagai macam kebaikanNya, kemurahanNya, dan
pemberianNya. Sebahagian yang hadhir mendapatkan barakah disebabkan sebahagian
yang lainnya, dan orang yang tertolak (ghairu maqbuulin) akan mendapatkan
barakah daripada orang-orang yang diterima (almaqbuulin). Majlis ini merupakan
suatu tempat yang sangat bagus, bagaikan tanah subur yang dapat menyerap air
dan yang dicurahkan diatasnya hujan rahmat.
Selanjutnya beliau رضي الله عنه berkata:
Apabila seseorang merasakan hatinya
susah atau anggota badannya terasa malas untuk melakukan amal kebajikan, maka
lihatlah atau bacalah kalam (ucapan) para salaf, agar hilang perasaan susah dan
rasa malas yang ada pada dirinya. Janganlah seseorang memaksakan diri untuk
melakukan hal-hal yang tidak mampu untuk dilakukan. Bertakwalah kepada Allah
semampumu. Bersyukurlah kepada Allah jika engkau diberi taufiq untuk dapat
melakukan amal-amal shaleh.
[1] Beliau adalah Habib Ahmad bin Hasan
bin 'Abdullah bin 'Ali bin 'Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin al-Imam Hussin
bin al-Quthub al-Kabir Umar bin Abdurrahman bin Aqil al-Atthas [shohib ratib
al-Atthas yang masyhur itu, dan gambar qubah beliau رضي الله عنه seperti
gambar di atas] bin Salim bin 'Adullah bin 'Abdurrahman bin Abdullah bin
al-Quthub Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin 'Alwi al
Ghoyur bin Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin al-Imam Muhammad
Shahib Mirbath bin Ali Kholi' Qosam bin Alwi bin Muhammad Shohib Shouma'ah bin
Alwi bin Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad an-Naqib bin
Ali al-Uraidhi bin Jaafar as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin
bin Hussein as-Sibth bin putera Sayyiduna Ali bin Abi Thalib dan al-Batul
Fathimah az-Zahra binti Rasullullah صلى الله عليه وآله وسلم
2014@abdkadiralhamid
0 Response to "Kelebihan Duduk Bersama Para Auliya dan Sholihin atau Membaca Karangan Mereka"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip