Kalam Al-Imam Al-Habib ‘Ali bin Hasan bin ‘Abdullah bin Hussin bin 'Umar bin ‘Abdurrahman al-Atthas
Kalam Salaf: Akhlaq Sesama Manusia
Qubah al-Imam al-Habib 'Umar bin 'Abdurrahman al-Atthas di Huraidhah |
Al-Imam Al-Habib ‘Ali bin Hasan bin ‘Abdullah bin Hussin bin 'Umar bin ‘Abdurrahman al-Atthas
lahir pada 12 Rabi’ ats-Tsani 1121H (1709M) di Huraidhah. Mendapat
tarbiyyah dan dipakaikan khirqah oleh guru beliau iaitu moyangnya
al-Habib Hussin bin Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas. Pada usia tujuh
tahun beliau sudahpun menghafal al-Qur’an. Beliau banyak menghasilkan
karya, antaranya: al-Qirthas fi Syarh Raatib al-Imam ‘Umar bin
‘Abdurrahman al-Atthas, al-Maqshad fi Syawahidil Masyhad, ar-Rasail wal
Mursalah wal Wasail al-Mushalah, al-Hadrah ar-Rabbaniyyah wa an-Nadzrah
ar-Rahmaniyyah, al-‘Athiyyah al-Haniyyah wa al-Washiyyah al-Mardhiyyah dan lain-lain lagi.
Di dalam kitab beliau al-‘Athiyyah al-Haniyyah wa al-Washiyyah al-Mardhiyyah, beliau menyebut:
Terjemahannya: Dan
jika menuntut engkau daripada seseorang akan sesuatu hajat, lalu
ditunaikan bagimu, maka dia orang yang Allah tundukkan untuk (menunaikan
hajat) mu. Oleh itu berterimakasihlah kepadanya dan pujilah atasnya
dengan kebaikan kerana sesungguhnya orang yang tidak berterimakasih
kepada manusia bererti dia tidak berterimakasih kepada Allah. Dan
apabila dia tidak menunaikan (yakni tidak memenuhi hajatmu) maka jangan
engkau menjadikan dia musuhmu, lalu engkau memakinya, menuturkan
keburukannya dan mencela (mencerca)nya, tetapi engkau katakan (pada
dirimu): Tidak ditaqdirkan Allah Ta’ala yang demikian itu.
Dan
apabila melihat engkau akan manusia di dalam ma’siat; atau dalam
ghaflah (kelalaian, yakni lalai dari Allah); atau duduk dalam majlis
yang buruk atau ma’siat; atau ketika ditimpa musibah atau dalam cubaan
(bahaya) pada agamanya atau badannya (jasadnya) atau dunianya, maka
jangan engkau mengingkari ke atasnya, jangan engkau mencerca dengannya
kerana engkau tidak tahu apakah akan terjadi pada kesudahan urusannya
dan apakah menghabisan umurnya (yakni apakah husnul khatimah atau su’ul
khatimah?). Kerana sesungguhnya segala amal itu tergantung pada
penghujungnya.
Oleh itu sayogialah engkau berkata ketika itu:
اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي عَافَانِيْ مِمَّا ابْتَلاَهُ بِهِ وَفَضَّلَنِيْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً
Ertinya: Segala
puji bagi Allah yang telah meng’afiatkan aku dari bala yang dia
timpakan dengannya dan menganugerahkan aku fadhilat (kelebihan) atas
kebanyakkan makhluk yang Dia jadikan.
Kerana
perkataan ini (doa di atas) terdapat keamanan dari segala mushibah dan
fitnah pada agama, penyembuh dari segala penyakit dan mushibah yang
terjadi pada badan dan apapun yang terjadi. Fahamilah! Dan berpegang
teguhlah! Dan jadilah engkau orang yang mendengar perkataan (yakni
nashihat) lalu mengikuti yang terbaik darinya. Mereka itulah orang-orang
yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka itulah ulul albab.
2014@Abdkadiralhamid
0 Response to "Kalam Al-Imam Al-Habib ‘Ali bin Hasan bin ‘Abdullah bin Hussin bin 'Umar bin ‘Abdurrahman al-Atthas"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip