Al-Bouthi: Bermazhab dengan Mazhab Al-Salafiyyah adalah Bid’ah Yang Tidak Pernah Terjadi Sebelum Ini.
Alim besar Syria yang tidak perlu
diperkenalkan lagi, al-Sheikh
Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi menerangkan dengan
panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” atau lebih dikenal “al-Wahhabiyyah” karana pengamal ajaran ini tidak mau ajaran ini
dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s 235 &
236 daripada kitab dibawah]
Beliau menyatakan bahwa MENGIKUT
GENERASI SALAF adalah satu persoalan yang sangat berbeda jika dibandingkan
dengan orang yang BERMAZHAB DENGAN MAZHAB AL-SALAFIYYAH yang digembar-gemburkan
oleh pengamal Wahhabi pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga 242 daripada kitab
di bawah].
Beliau berkata bahwa istilah yang
digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan kedudukan para ulama’ yang benar
adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah.
Istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah diijmak oleh para
ulama’ generasi Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Manakala istilah
al-Salafiyyah yang digunakan oleh golongan Wahhabi pada hari ini untuk
melambangkan dan menamakan golongan yang benar [menurut sangkaan mereka] adalah
satu Bid’ah yang tercela bahkan tidak pernah digunakan oleh generasi
Salafus Soleh untuk menamakan golongan yang benar. Silahkan lihat petikan
dan terjemahan kata-kata beliau di bawah [Semoga anda diberi hidayah oleh Allas
SWT]. Kitab ini berjudul :
[السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب
إسلامي]
“Al-Salafiyyah: Suatu Masa Yang
Diberkati dan bukanlah Sebuah Mazhab Islam.”
Kitab ini adalah satu penerangan dan
kritikan yang penuh ilmiah terhadap ajaran Wahhabi yang dikarang oleh seorang
alim seperti beliau.
“Cukuplah pujian bagi kitab ini
dengan disebutkan nama penulisnya.”
Terjemahan:
“Dan manakala apabila seorang Muslim
mentakrifkan / memperkenalkan dirinya dengan menyatakan bahwa dia disandarkan
kepada sebuah mazhab yang dikenali pada hari ini dengan al-Salafiyyah, maka
tanpa ragu-ragu lagi dia adalah seorang ahli
bid’ah.
Ini adalah karena sekiranya istilah
“al-Salafiyyah” boleh memberi maksud yang sama seperti “Ahli Sunnah dan
Jamaah”, maka sesungguhnya dia telah
melakukan bid’ah dengan mencipta nama yang berbeda dengan nama yang telah
disepakati oleh generasi Salaf [Semoga keredhaan Allah dilimpahkan ke atas
mereka].
Dan nama ajaran yang bid’ah ini tidak
diperlukan, karena ini telah cukup untuk menimbulkan ketidakstabilan dan
perpecahan di dalam saf-saf [perpaduan] umat Islam.
Dan sekirannya nama al-Salafiyyah
ini memberi maksud yang berbeda dengan dengan hakikat Ahli Sunnah dan Jama’ah –
dan inilah kenyataannya – maka ajaran bid’ah ini telah terjadi sesuai dengan
nama rekaan tersebut [al-Salafiyyah] serta kandungannya yang bathil, dan
istilah ini mencoba menegakkan benderanya dan mengangkat kedudukannya untuk
mengganti kepada kebenaran yang telah disepakati oleh generasi Salaf [generasi
Salafus Soleh pada hakikatnya] dan telah
berijma’ menggunakan nama “Ahli Sunnah dan Jama’ah” [bagi golongan yang
benar].”
Maka telah terbuktilah bid’ah [golongan Salafi Wahhabi ini] dalam menggunakan istilah “al-Salafiyyah” di samping maksudnya yang
juga bid’ah untuk digunakan sebagai nama/mazhab bagi sebuah kumpulan baru
[Salafi Wahhabi] yang memisahkan diri mereka dari jemaah umum Umat Islam yang
bersatu dalam menggunakan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” serta berpegang
dengan hakikat [Ahli Sunnah dan Jama’ah] yang benar.”
Dapat difahami daripada kata-kata di
atas bahawa al-Sheikh al-Bouthi:
- Menerangkan bahawa istilah al-Salafiyyah adalah satu istilah yang bid’ah dan bertentangan dengan kesepakatan ulama’ generasi Salaf.
- Menolak istilah al-Salafiyyah untuk digunakan sebagai ganti Ahli Sunnah dan Jamaah.
- Berterus-terang bahawa kandungan ajaran yang dibawa oleh kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah adalah bukan merupakan pegangan Ahli Sunnah dan Jamaah.
Semoga nasihat beliau ini mampu
melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang mati, menyedarkan hati yang
lalai, mengubati hati yang berpenyakit dan meluruskan hati yang kotor dengan
izin Allah SWT dan berkat kasih sayang-Nya kepada Rasulullah SAW.
Wassalam
2014@Abdkadiralhamid
0 Response to "Al-Bouthi: Bermazhab dengan Mazhab Al-Salafiyyah (Wahabi) adalah Bid’ah "
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip