Selawat Solla Alaikallah
SELAWAT ADNANIYYAH (BANI ADNAN)
Kata Hati........
Sekali lagi dengan takdir Allah kami dipertemukan
Terima kasih Yaa Allah
Terubat rasa rindu yang selama ini bersarang didalam hati
Yaa Allah ... tidak ku sangka pertemuan ini memberi seribu suka dan duka
Adakah ini pertemuan ku dengan dia untuk yang terakhir kali nya
Saat ingin berpisah hati ku terasa pedih
seolah-olah tidak mahu berpisah dengan dia dan mereka
Adakah kami akan berjumpa lagi ?
Sesampai saja dirumah
rindu itu datang kembali
kali ini aku rasakan lebih kuat berbanding sebelumnya
aku kembali merenung pemberiannya
inilah pertama kali aku mendapat pemberian seperti ini dari insan bergelar Adam
hendak ku khabarkan kepada ibu ku
tetapi aku takut perasaan yang aku rasai ini tidak direstui oleh ibuku
lalu aku hanya berdiam diri menyimpan pemberiannnya tanpa pengetahuan ibu
Allah ....
layakkah aku untuk dia
aku ingin memiliki insan sepertinya
tetapi lebih ramai lagi yang layak dengannya berbanding diri ku ini
saat mendapat berita bahawa si polan binti si polan menyukai nya
si polan binti si polan menyukai nya
si polan binti si polan menyukai nya
rasa cemburu datang menerpa
tapi itu lumrah
hanya senyuman yang mampu ku berikan saat mendengar setiap nama dan insan yang menyukainya
aku percaya pada ketentuan Ilahi
andai dia tercipta untuk ku
andai nama nya tertulis di luh mahfuz bersama ku
inshaaAllah dia akan menjadi miliku
tetapi.....
andai ketentuan Ilahi tidak membenarkan aku bersamanya
aku redhai
kerna memang aku tidak sepadan dengannya
aku tidak semulia sekalian Hawa yang menyukainya
aku tidak sekuat iman sekalian Hawa yang menyukainya
Pada suatu pagi
aku memasang zikir Solla 'Alaikallah yang menjadi kegemarannya
ku hayati setiap bait-bait zikir itu
tanpa ku sedari air mata ku mengalir
kenapa ????
air mata ku tak berhenti mengalir
mengapa ????
yaa Allah rindu itu datang kembali
mengapa harus adanya rindu ?
amat pedih untuk ku lalui seorang diri
ingin aku luah kan rasa ini padanya
tetapi orang selalu berkata padaku
''jika kita suka pada orang tu lalu kita memberi tahu kepadanya tentang perasaan kita , inshaaAllah perasaan itu akan berkurang dengan sendirinya''
Allah ...
aku tidak mahu perasaan itu pergi
aku diamkan sahaja perasaan ini
biarlah aku menyimpannya sendir biar pun amat perit
------------------Selawat Solla Alaikallah
Terjemahan Selawat Adnaniyyah
SELAWAT ADNANIYYAH(BANI ADNAN)
صلى عليك الله يا عدنان
Tuhan memberkati kamu, wahai Adnan (Datuk Nabi yang ke-20)
يا مصطفى يا صفوة الرحمن
Wahai Yang Terpilih Wahai Yang Penuh keIkhlasan & Pengasih
الحمد لله الذي أعطاني
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada ku
هذا الغلام الطيب الأردان
Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatnya
قد ساد فى المهد على الغلمان
Kebaikannya itu telah mengatasi dengan jelas anak-anak lelaki lain
أعيذه بالبيت ذي الأركان
Ku melindunginya dengan rumah yang mempunyai kerukunan/peraturan(melindunginya dengan Allah “Tuhan Ka’bah”)
حتى أراه بالغ البنيان
Sehingga aku melihatnya sudah baligh/matang dan bertubuh kuat dan sihat
أنت الذي سمية في القرآن
Engkaulah yang telah disebutkan (dinamakan) di dalam Al-Quran
أحمد مكتوب على الجنان
Ahmad yang tertulis di langit
صلى عليك الله في الأحيان
Allah memberkatimu dalam kehidupan yang berterusan
أحمده في السر والبرهان
Ku memujinya secara rahsia dan nyata (dalam hati dan lafaz dengan lidah)
حقا على الإسلام والإيمان
Yang benar-benar berhak ke atas Islam & Iman
يا ربنا بالمصطفى العدنان
Wahai Tuhan Kami, kami bertawassul dengan berkat yang terpilih dari Bani Adnan
اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني
Ampunkanlah kiranya dosa-dosaku,kemudian perbaikilah kiranya diriku ini
2013@Abdkadir Alhamid
0 Response to "Selawat Solla Alaikallah Terjemahan Selawat Adnaniyyah"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip