Tempat-Tempat Bersejarah Keluarga Ba'alawi
Makam
Imam Ali Al-Uraidhi bin Imam Jaafar As-Shodiq di Uraidhi, Madinah.
Beliau dilahirkan di kota Madinah dan meninggal tahun 210H. |
Qubah dan makam Al-Habib Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa. Beliau dilahirkan di kota Bashrah dan meninggal di kota Sumal tahun 383 Hijriah. |
Makam Sayidina Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa. Seluruh nasab kaum Alawiyin kembali kepada beliau dan beliau adalah zuriat Rasulullah s.a.w. yang pertama memakai nama Alwi. |
Makam Imam Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad bin Isa di kota Bait Jubair. Beliau adalah ayah Sayidina Ali Kholi’ Qosam. |
Makam
Sayidina Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali Ba'alawi di
Zanbal, Hadhramaut. Beliau lahir di Tarim pada tahun 573H
dan wafat tahun 653H.
|
Rumah Sayidina Al-Faqih Muqaddam di kota Tarim. Rumah ini sekarang digunakan sebagai tempat mesyuarat para mufti dalam mengeluarkan fatwa. |
Pintu masuk dan bahagian dalam tempat ibadah Sayidina Al-Faqih Muqaddam di Bukit Nu'air, Hadhramaut. |
Bekas menyimpan kurma Sayidina Al-Faqih Muqaddam. Beliau memiliki sebanyak 360 buah bekas yang mana setiap hari beliau menyedekahkan satu bekas kurma kepada kaum fakir miskin. |
Makam dan masjid Habib Umar Al-Muhdhor bin Abdurahman Assegaf. Beliau dilahirkan di Tarim dan wafat sewaktu sujud solat Zohor hari Isnin 12 Dzulqaedah 833H dan dimakamkan di Zanbal, Hadhramaut. |
Ruang
ibadah dan khalwat Al-Habib Abdullah bin Abu Bakar As-Sakran
yang terletak di dalam masjidnya di kota Tarim. |
Qubah Al-Habib Hussein bin Umar bin Abdurrahman Al-Attas berhadapan dengan qubah ayahnya di Huraidhah, Hadhramaut. |
Makam Habib Ahmad bin Hasan Al-Attas terletak di dalam Qubah Al-Habib Umar Sohibul Ratib di Huraidhah, Hadhramaut. |
Qubah Shohibus Syi’ib Habib Ahmad bin Muhammad Al-Habsyi di Husaiseh, Hadhramaut. Makam beliau terletak berdekatkan dengan makam Imam Ahmad Al-Muhajir bin Isa. |
abdkadiralhamid@2013
0 Response to "Tempat-Tempat Bersejarah Keluarga Ba'alawi "
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip