Al-Habib Ahmad Bin Alwi Al-Haddad, HABIB KUNCUNG
Beliau adalah al-Habib Ahmad bin Alwi al-Haddad,
dilahirkan di Kota Ghurfah, Tarim, Hadhramaut tanggal 26 Sya'baan
1254H. Selain ayahandanya, guru-guru beliau, antaranya, adalah Habib
`Ali bin Husain al-Hadar, Habib `Abdur Rahman bin `Abdullah al-Habsyi
dan Habib `Abdullah bin Muhsin al-`Athtas (Habib Keramat Empang, Bogor). Oleh gurunya, Habib `Abdullah bin Muhsin al-`Aththas, beliau
dipanggil dengan panggilan "Habib Kuncung" kerana kopiah kuncung yang
selalu dipakainya. Maka terkenallah beliau dengan gelaran tersebut.
Habib
Kuncung amat mencintai para guru beliau. Dengan Habib `Abdullah
Keramat Empang, beliau memiliki hubungan yang cukup akrab bak anak
dengan ayah. Bahkan di mana pun ada Habib `Abdullah, pasti di situ ada
Habib Kuncung. Hubungan ini berterusan sehinggalah gurunya ini wafat.
Habib Kuncung pada asalnya menjalankan perniagaan dan berjaya menjadi
seorang pedagang yang berjaya sehingga memiliki harta di Singapura.
Kemudiannya, beliau lebih suka menjalani hidup dengan berkelana di bumi
Allah. Beliau terkenal sebagai seorang wali ahlud darkah
yang dianugerahkan dengan berbagai karamah yang khawariqul adah. Di
antara perkara yang ganjil yang sering berlaku adalah beliau sering
muncul dengan tak semena-menanya dalam majlis-majlis di mana nama
beliau disebut. Dalam majlis-majlis ulama, beliau sering diminta untuk
menjadi pembaca kitab-kitab salaf kerana beliau memiliki suara yang
lantang, menguasai bahasa Arab dan berilmu tinggi. Sungguhpun demikian,
Habib Kuncung sentiasa bersikap tawadhu` dan khumul. Sebagaimana beliau
muncul dalam sesuatu majlis, maka begitulah juga beliau menghilangkan
dirinya dengan tiba-tiba dari majlis tersebut tanpa disedari orang.
Itulah antara sikap beliau yang sentiasa menghindarkan diri dari
kemasyhuran.
Habib Kuncung rahimahUllah meninggalkan dunia yang fana ini pada 29 Sya'baan 1345H dan dimakamkan di pemakaman keluarga al-Haddad, Kalibata, Jakarta Selatan. Makam beliau sehingga kini masih tetap diziarahi ramai... al-Fatihah.
****************************
Makam Habib Kuncung

Habib Ahmad Bin Alwi Al Haddad adalah seorang yang memiliki khoriqul a’dah yaitu diluar kebiasaan manusia umumnya atau disebut dalam bahasa kewalian "Majdub" atau disebut dengan ahli Darkah
maksudnya disaat orang dalam kesulitan dan sangat memerlukan bantuan
maka beliau muncul dengan tiba-tiba. Habib Kuncung lahir di Gurfha,
Hadramaut, Tarim pada tanggal 26 syaban 1254 H dan beliau belajar kepada
ayahanda beliau sendiri Al habib Alwi Al Haddad dan belajar pula kepada
Al habib Ali Bin Husein Al Hadad, Hadramaut, Al Habib Abdurrahman Bin
Abdullah Al Habsyi dan kepada Habib keramat Empang Bogor, Al Habib Abdullah Bin Mukhsin Al Attas. Karena sering memakai kopyah atau topi yang menjulang keatas (kuncung; bahasa Jawa) maka beliau digelari Habib Kuncung.
Dikala
beliau dewasa beliau didatangi oleh Rasulullah SAW yang akhirnya beliau
ziarah ke Madinah, selanjutnya dalam bisyarah beliau disuruh ke Pulau
Jawa oleh Nabi SAW.
Dalam suatu
cerita yang didapat dari Al Habib Husein Bin Abdullah Bin Mukhsin Al
Attas beliau menuju ke Lombok kemudian menikah dan memiliki seorang
anak, didalam satu riwayat, di Bogor ketika beliau menziarahi guru
beliau, Al Habib Abdullah Bin Mukhsin Al Attas, waktu
itu Al Habib Abdullah Bin Mukhsin sedang sarapan pagi tiba-tiba Habib
yang berkharismatik tinggi yang bermagam mulia ini tersenyum, lalu
ditanya oleh murid beliau, Al Habib Alwi Al Haddad, "Ada apa dikau
tersenyum wahai guruku yang mulia?" "Lihatlah ya Alwi, itu Ahmad sedang
menari-nari," seru beliau. Habib Alwi pun melihatnya seraya beliaupun
tersenyum, "Apakah kau lihat ya Alwi?" seru Habib Keramat Empang , "Apa
wahai guruku?" tanya habib Alwi, beliau menjawab, "Ya Alwi, itu habib
Ahmad menari-nari dengan bidadari."
Kecintaan
habib Ahmad Bin Alwi Al Haddad (habib Kuncung) bagai ayah dan anaknya
sehingga dimanapun ada habib Abdullah Bin Mukhsin pasti di situ ada
habib Ahmad.
Akhir-akhir masa sebelum
wafatnya Al Habib Ahmad Bin Alwi Al Haddad tak habis-habisnya beliau
menyenangi hati seorang gurunya, sesampainya beliau ditinggal oleh guru
kesayangannya, akhirnya pada tahun 1345 H tanggal 29 Syaban sekitar
tahun 1926 M pada usia 93 tahun beliau, Al Habib Ahmad Bin Alwi Al
Haddad, kembali ke rahmatullah dan di makamkan atau dikubur di pemakaman
keluarga Al Haddad Kalibata, Jakarta Selatan dan setiap hari Minggu
ketiga bulan Rabiul Awal diadakan peringatan Maulid Nabi di pemakaman
beliau bada Ashar.
abdkadiralhamid@2013
abdkadiralhamid@2013

0 Response to "Al-Habib Ahmad Bin Alwi Al-Haddad, HABIB KUNCUNG"
Posting Komentar
Silahkan komentar yg positip