Ya Allah Wahai Tuhan kami
Dalam shalawat ini juga Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dirujuk sebagai “.. al-mutaqaddim min nuri dhiya-ik“….
yakni makhluk yang paling awal diciptakan daripada sinar cemerlang nur
yang dimiliki oleh Allah ta`ala, iaitu merujuk kepada awwaliyyah Nur
Muhammad yang diterima oleh ramai para ulama kita Ahlus Sunnah wal
Jama`ah sebagai makhluk yang paling awal dijadikan Allah ta`ala mengikut
tafsiran yang tidak bercanggah dengan aqidah dan syariah. Dan menarik
juga untuk dinukilkan di sini bahawa Ra-isul Muhadditsin al-’Alim
al-’Allaamah Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi`alaihi rahmatul Bari dalam “Fadhilat Shalawat”
karangan beliau yang telah diterjemahkan turut memuatkan shalawat ini.
Pada halaman 79 beliau menyatakan bahawa Syaikh Abdul Haq (seorang
muhaddith dari Delhi) menulis dalam kitabnya “Targhib Ahli Sadat”
menulis bahawa jika seseorang membaca shalawat ini (yakni Shalawat
Nurul Qiyamah) 70 kali ketika hendak tidur, dia akan dapat melihat
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallamdalam mimpinya.
Sholawat ke atas penghulu kami Muhammad dilimpahi
Baginda lautan segala nur yang Engkau miliki
Sumber segala asrarMu diperolehi
Lisan penegak hujjah kebenaran Ilahi
Dalam kerajaanMu baginda disanjung bak mempelai
Imam segala makhluk di hadhrat Ilahi
Hiasan kerajaanMu yang tiada terperi
Gudang rahmatMu yang tiada dibatasi
Jalan syariatMu yang menunjuki
Dalam mentawhidMu kelazatan baginda kecapi
Punca dan sebab wujud segala ciptaan Ilahi
Makhluk paling terpilih antara segala pilihan Ilahi
Ciptaan terawal daripada sinar cemerlang nur milik Ilahi
Shalawat yang kekal abadi dengan berkekalannya Zat Ilahi
Shalawat tiada diketahui kesudahannya selain ilmu Rabbi
Shalawat yang Engkau redhai
Shalawat yang diredhai Junjungan Nabi
Shalawat yang dengannya kami diredhai
Ya Rabbal `Aalamiin, Wahai Tuhan kami.
Shalawat ini terkenal dengan nama “Nurul Qiyamah” dan
banyak dinukilkan oleh para ulama kita yang mulia dalam karya-karya
mereka. Di antaranya al-`Alim al-`Allaamah Syaikh Yusuf bin Ismail
an-Nabhani rahimahullah dalam “Afdhalus Shalawat `ala Sayyidis Saadaat”, shalawat ke-27 pada halaman 78. Dinukilkan bahawa Sayyidi Ahmad ash-Shawi rahimahullah dan selain beliau menyatakan bahawa shalawat ini dinamakan dengan “Nur al-Qiyamah”
kerana pembacanya akan memperolehi nur yang banyak pada hari kiamat
nanti. Menurut sebahagian wali-wali besar shalawat ini diumpamakan
dengan 14,000 shalawat.
Buku terjemahan “Fadhilat Shalawat”
bagi Mawlana Zakaria ini ese nampak udah dicetak dengan cetakan baru
yang cantik dan kemas oleh pihak Inteampublishing dengan jodol “Kelebihan Selawat“.
Eloklah kome dapatkan sebelum habis stok, banyak manfaatnya untuk
menambahkan lagi gemar kita bershalawat ke atas Junjungan Nabi
shallaAllahu `alaihi wa sallam.
abdkadiralhamid@2013
abdkadiralhamid@2013
0 Response to "Shalawat Nur al-Qiyamah"
Posting Komentar
Silahkan komentar yg positip