Sanad Hadits As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani
Sanad beliau ke IMam Hanafi :
Sanad guru-guru sayyid muhammad almaliky ke IMAM HANAFI dari-Syekh muhammad zakaria alkandahlawi (Syaikhul Hadits) dan syekh muhammad idris keduanya dari-kholil al sahhar nafuri dari-abdul ghoni bin abi saed al dahlawi al hanafi dari-muhammad abid alhanafi dari-yusuf bin muhammad al hanafi dari-ayahnya muhammad bin alauddin al mazjaji alhanafi dari-ayahnya alauddin bin muhammad dari-hasan bim ali al ujaimi alhanafi dari-khoiruddin al romly alhanafi dari-muhammad bin siraj al hanuti alhanafi dari-ahmad bin syabli alhanafi dari-ibrahim alkarky alhanafi dari-aminuddin yahya bin muhammad al aqsarani alhanafi dari-muhammad bin muhammad albukhori alhanafi dari-hafidzuddin muhammad bin muhammad bin ali al thohiri alhanafi dari-shodrussyariah ubaidillah bin mas ud alhanafi dari-dari mbahnya tajussyariah mahmud alhanafi dari-ayahnya shodrussyariah ahmad ibnulhanafi dari-abi jamaluddin ubaidillah bin ibrahim almahbubi alhanafi dari-muhammad bin abi bakar al bukhori dari-abil fadhoil syamsyul aimmah abi bakar muhammad alzaranjari alhanafi dari-syamsyul aimmah abdul aziz ahmad al hilwani alhanafi dari-abi ali al khodir bin ali al nasafi alhanafi dari-abi bakar muhammad bin fadhl al bukhori alhanafi dari-alustadz abdullah bim muhammad alharist alhanafi dari-abi hafsusshoghir muhammad alhanafi dari-ayahnya abi hafsh alkabir ahmad bin hafsh albukhori alhanafi dari-muhammad bin hasan al syaibani alhanafi dari-AL IMAM ABI HANIFAH dari-IKRIMAH dari-IBNU ABBAS dari-BAGINDA NABI MUHAMMAD SHALLAHU ALAIHI WASALLAM
Sanad Beliau Ke Imam Maliki
Sanad guru guru assayyid muhammad almali ke imam MALIK dari ayahnya syd alawy almaliky dari ayahnya syd abbas almaliky dari syekh muhammad abid mufty almalikiyah dari syd ahmad zaini dahlan dari syekh utsman bin hasan addamyati dari syekh muhammad almair alkabir dari syekh muhammad assaqqath dari syekh muhammad al zarqoni(syarih muwatta’) dari ayahnya syekh muhammad abdul baqi dari syekh muhammad ajhuri dari syekh muhammad bin ahmad al romly dari syekhul islam zakaria al anshori dari alhafid ahmad bin ali ibnu hajar al asqolani dari najmuddin muhammad bin ali bin aqil albalisi dari muhammad bin ali al mukaffi dari muhammad bin al dallashi dari abdil aziz bin abdul wahhab bin ismail dari ismail bin thohir dari muhammad bin waliid atturtusyi dari sulaiman bin kholaf al baji dari yunus bin abdullah bin mughits dari abi isa yahya bin yahya bin yahya bin yahya dari paman ayahnya ubaidillah bin yahya dari ayahnya yahya bin yahya al laitsi al andulusy dari IMAM DARUL HIJRAH AL IMAM MALIK BIN ANAS RAHMATULLAH ALAIHIM AJMA IN WA ANNA LLAHA YAGFIRU LAHUM WA YARHAMUHUM WA YU’LI DARAJAATIHIM FIL JANNATI WA YANFAUNA BI ASRORIHIM WA ULUMIHIM WA ANWARIHIM WA NAFAHATIHIM BISIRRI ASRORIL FATIHAH
Sanad Beliau Ke Imam Syafii
Sanad guru-guru sayyid muhammad almaliky ke imam syafie dari ayahnya syd alawy almaliky dari ayahnya syd abbas almaliky dari syd bakry bin muhammad satho pengarang “ianatut tolibin dari syd ahmad zaini dahlan dari syekh utsman bin hasan damyaty dari syekh muhammad bin ali al syinwani dari syekh muhammad munir al samanudy dari syekh muhammad bin muhammad al budairy dari syekh almala ibrahim dari syekh shofiyuddin ahmad bin muhammad almadani dari syehk assyams muhammad bin ahmad al romli dari syaikhul islam zakaria bin muhammad al anshori dari al hafid ahmad bin ali ibnu hajar al asqolani dari sholah bin abi umar dari al fakhr ibnul bukhori dari abi ja’far muhammad bin ahmad al shoydalani dari abi ali al hasan bin ahmad alhaddad wafat tahun 515 h dari alhafid abi nuaem ahmad bin abdullah al ashbahani wafat tahun 430 h dari abil abbas muhammad bin ya’qub al ashomm wafat tahun 346 h dari robi’ bin sulaiman al muradi wafat tahun 270 h dari IMAM A’DZOM ABI ABDILLAH MUHAMMAD BIN IDRIS ASSYAFI E wafat tahun 204 h RAHMATULLAH ALAIHIM AJMA IN WA ANNA LLAHA YAGFIRU LAHUM WA YARHAMUHUM WA YU’LI DARAJAATIHIM FIL JANNATI WA YANFAUNA BI ASRORIHIM WA ULUMIHIM WA ANWARIHIM WA NAFAHATIHIM BISIRRI ASRORIL FATIHAH
Sanad Beliau ke Imam Hambali
Sanad guru-guru sayyid muhammad almaliky ke imam AHMAD AL HANBALI dari -ayahnya syd alawi almaliky dan syekh hasan massyath keduanya dari -syekh umar hamdan dari -syd ahmad bin ismail AL BARZANJI dari -syd zaini dahlan dari -syd ustman bin hasan addamyathi dari -syekh muhammad al amir alkabir dari -al shoaidi dari -ibni uqoilah dari -syekh al hasan al ujaymi dari -syekh arif al qossyasyi dari -al syams muhammad bim ahmad al romli dari -syekhul islam zakaria al anshari dari -al hafid ahmad bin ali ibnu hajar al asqalani dari -sholah bin abi umar dari -al fakhr ibnul bakhori dari -abi ali hanbal bin abdillah ibnul farajulmukabbar dari -abi qasim hibbatullah bin muhammad bin abdul wahid ibnul hashin dari -abi ali al hasan bin ali al tamimy dari -abi bakar ahmad bin ja’far al qutoi’i dari -abdullah bin ahmad dari -ayahnya AL IMA AHMAD BIN HANBAL dari -IMAM SYAFI’I dari -NAFI’ dari -IBNU UMAR dari -BAGINDA NABI MUHAMMAD SHALLAHU ALAIHI WASALLAM
Sejarah Ringkas
As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani
(Rahmatullahi Alaih)
Oleh muridnya: Fakhruddin Owaisi Al-Madani
Terjemahan : Syed Abdul Kadir Aljoofre
Pendahuluan
As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah
seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak
yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.
Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin
keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke
jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia
ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada
para ulamak yang menziarahi Makkah.
Keluarga
Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang
bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu
‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki
Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah
Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali,
Radhiyallahu ‘Anhum.
Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang
paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulamak besar di
Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun lama.
Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah
menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid
Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil
Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta
Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah
Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati
beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi
Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad
Al-Maliki.
Bapa beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan
salah seorang ulamak Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah
mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40
tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah
daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di
kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara
masing-masing.
Malah, Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa
keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada
As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan
upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus
tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen Radio Saudi
tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah
dilakukan melainkan hanya untuk beliau.
Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk
kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam
As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga
merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki.
As-Sayyid Abbas juga seorang ulamak, tetapi lebih dikenali dengan suara
merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi
ini mengandungi tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulamak dari
seluruh dunia Islam.
Keluarga Maliki juga telah melahirkan ramai lagi
ulamak lain, tetapi penulis hanya menyebut bapa dan datuk kepada
As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk tulisan-tulisan
berkaitan sejarah Makkah dan ulamaknya di abad-abad mutakhir.
Kelahiran dan Pendidikan Awal
As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin
Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1946, di kota suci Makkah, dalam
keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga Sayyid yang
melahirkan ulamak tradisi. Beliau amat beruntung kerana memiliki bapa
seperti As-Sayyid Alawi, seorang ulamak paling berilmu di Makkah. Bapa
beliau merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara
peribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal
Al-Quran sejak kecil. Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan
untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada
beliau.
Pendidikan Lanjut
Dengan arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari
dan mendalami pelbagai ilmu turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh,
Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di tangan ulamak-ulamak besar lain
di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh
kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain.
Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad
telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada
pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari
ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya
untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah
PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga
Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar.
Tesis beliau berkenaan Hadith telah diiktiraf cemerlang dan menerima
pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu,
seperti Imam Abu Zahrah.
Perjalanan Mencari Ilmu
Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan
ulamak. As-Sayid Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir
sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu.
Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir, Syria,
Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari alim-ulamak yang hebat,
bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta
mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab.
Di setiap tempat ini, beliau menemui para ulamak dan
auliyak yang agung, dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga
turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian
istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat menghormati
bapa beliau yang alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak
beliau sebagai murid.
Ijazah-ijazah
Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan
kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang
boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari
alim-ulamak yang terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap cabang
pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Feqh, Tafsir dan lain-lain,
mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga
kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan
seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting,
seperti sanad Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada
Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.
Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi
Shaykh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga
memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi
Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.
Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam
permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah
dari alim-ulamak teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam.
Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah
antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak
muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung.
Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad
ijazah-ijazah mereka merupakan ulamak besar dari seluruh dunia Islam.
Kita menyebutkan sebahagian mereka:
Dari Makkah:
1) Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
2) Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki
3) Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
4) Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani
5) Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
6) Shaykh Muhammad Nur Sayf
7) Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani
8) Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
9) Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
10) Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
11) Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
12) Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
13) Shaykh Abd-Allah al-Lahji
2) Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki
3) Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
4) Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani
5) Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
6) Shaykh Muhammad Nur Sayf
7) Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani
8) Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
9) Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
10) Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
11) Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
12) Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
13) Shaykh Abd-Allah al-Lahji
Dari Madinah:
1) Shaykh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
2) Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
3) As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
4) Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
5) Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
6) Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
2) Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
3) As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
4) Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
5) Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
6) Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
Dari Hadramawt dan Yaman:
1) Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
2) Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
3) Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
4) Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
5) Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
6) As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
7) Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
8) Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
9) Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
10) Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
11) Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf
2) Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
3) Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
4) Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
5) Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
6) As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
7) Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
8) Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
9) Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
10) Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
11) Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf
Dari Syria:
1) Shaykh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
2) Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
3) Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
4) Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
5) Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
6) Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
7) Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
2) Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
3) Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
4) Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
5) Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
6) Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
7) Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
Dari Mesir:
1) Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
2) Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
3) Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
4) Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
5) Shaykh Muhammad al-‘Aquri
6) Shaykh Hasan al-‘Adawi
7) Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
8) Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
2) Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
3) Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
4) Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
5) Shaykh Muhammad al-‘Aquri
6) Shaykh Hasan al-‘Adawi
7) Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
8) Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
Dari Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia):
1) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
2) Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
3) Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
4) As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
5) Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
6) Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
7) Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
8) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani
2) Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
3) Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
4) As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
5) Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
6) Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
7) Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
8) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani
Dari Sudan:
1) Shaykh Yusuf Hamad An-Nil
2) Shaykh Muddassir Ibrahim
3) Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
4) Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah
2) Shaykh Muddassir Ibrahim
3) Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
4) Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah
Dari Rantau Indo-Pak:
1) Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
2) Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
3) Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi,
Mufti India
4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
5) Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
6) Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
7) Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
8) Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
2) Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
3) Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi,
Mufti India
4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
5) Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
6) Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
7) Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
8) Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
Senarai ini hanya merupakan ulamak masyhur yang
Syaikh kita telah mendapat ijazah darinya, dan di sana terdapat ramai
lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid Muhammad Alawi, seseorang
akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh ini dalam pelabagai
latarbelakang dan pengkhususan.
Karier Mengajar
Kalimah karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk
digunakan untuk menggambarkan aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad,
kerana kalimah ini amat hampir kaitannya dengan keuntungan material.
Sementara beliau, seperti mana Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti
keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak
mengharapkan keuntungan material langsung.
Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di
rumahnya sendiri, menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan,
pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan,
mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama
yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau
bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan
seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar
telah menuntut di kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan
Islam dan kerohanian di negara mereka, terutamanya di Indonesia,
Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai.
Bagaimanapun apabila pulang dari Al-Azhar, beliau
dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura di
Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun 1970.
Pada tahun 1971, sebaik bapanya meninggal dunia, para
ulamak Makkah meminta beliau untuk menggantikan tempat bapanya sebagai
guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan
yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga
kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau
merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram.
Bagaimanapun pada awal tahun 80-an, beliau telah
mengosongkan kedudukan mengajarnya di Universiti Ummul Qura juga kerusi
warisannya di Masjidil Haram, memandangkan fatwa dari sebahgian ulamak
fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya sebagai ancaman
kepada ideologi dan kekuasaan mereka.
Sejak itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadith,
Fiqh, Tafsir dan Tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di
Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan
Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Ramai
pelajarnya daripada Universiti menghadiri pengajiannya di waktu malam.
Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi
penuntut.
Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh
Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta nasihat dari Raja sendiri dalam
urusan-urusan yang penting. Beliau juga dilantik sebagai ketua juri
dalam Musabaqah Qur’an antarabangsa di Makkah selama tiga tahun
berturut-turut.
Tulisan Beliau
Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik
dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis
dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan
kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada
topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di
Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.
Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:
Aqidah:
1) Mafahim Yajib an Tusahhah
2) Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3) At-Tahzir min al-Mujazafah bit-Takfir
4) Huwa Allah
5) Qul Hazihi Sabeeli
6) Sharh ‘Aqidat al-‘Awam
2) Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3) At-Tahzir min al-Mujazafah bit-Takfir
4) Huwa Allah
5) Qul Hazihi Sabeeli
6) Sharh ‘Aqidat al-‘Awam
Tafsir:
1) Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2) Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4) Hawl Khasa’is al-Quran
2) Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4) Hawl Khasa’is al-Quran
Hadith:
1) Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3) Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4) Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik
2) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3) Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4) Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik
Sirah:
1) Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2) Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3) ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4) Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5) Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6) Zikriyat wa Munasabat
7) Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra
2) Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3) ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4) Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5) Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6) Zikriyat wa Munasabat
7) Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra
Usul:
1) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2) Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3) Mafhum at-Tatawwur wa altTajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
2) Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3) Mafhum at-Tatawwur wa altTajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
Fiqh:
1) Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
2) Labbayk Allahumma Labbayk
3) Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn as-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4) Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5) Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6) Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Insaf
2) Labbayk Allahumma Labbayk
3) Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn as-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4) Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5) Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6) Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Insaf
Tasawwuf:
1) Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
2) Abwab al-Faraj
3) Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
4) Al-Husun al-Mani‘ah
5) Mukhtasar Shawariq al-Anwar
2) Abwab al-Faraj
3) Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
4) Al-Husun al-Mani‘ah
5) Mukhtasar Shawariq al-Anwar
Lain-lain:
1) Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
2) Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3) Silatu Riyadhah Biddin (Hubungan Sukan dengan Agama)
4) Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5) Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6) Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7) Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8) Kashf al-Ghummah (Ganjaran Membantu Muslimin)
9) Ad-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10) Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11) Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12) Usul at-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13) Nur an-Nibras fi Asanid al-Jadd as-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14) Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15) Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16) Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
2) Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3) Silatu Riyadhah Biddin (Hubungan Sukan dengan Agama)
4) Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5) Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6) Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7) Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8) Kashf al-Ghummah (Ganjaran Membantu Muslimin)
9) Ad-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10) Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11) Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12) Usul at-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13) Nur an-Nibras fi Asanid al-Jadd as-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14) Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15) Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16) Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
Senarai di atas merupakan antara kitab As-Sayyid
Muhammad yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi
kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak.
Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath
yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki
dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan
As-Sayyid Muhammad amat agung.
Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.
Aktiviti lain
As-Sayyid Muhammad merupakan seorang pembimbing
kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenar dan telah bermusafir ke
serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah
Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.
Di Asia Tenggara khasnya, As-Sayyid Muhammad secara
peribadi telah mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam
untuk melawan aktiviti dakyah Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian
dan Budha telah memeluk Islam di tangannya hanya setelah melihat Nur
Muhammad yang bersinar di wajahnya.
Ke mana sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulamak
dan masyarakat di tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah.
Beliau seringkali memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia.
Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di
seluruh dunia, bukan sahaja kerana beliau keturunan Rasulullah, tetapi
juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya.
Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan ilmu, kekayaan dan
masanya.
Pendekatan
As-Sayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi
arus utama dan majoriti Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan
toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan
dalam kepelbagaian.
Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat
mazhab yang masyhur, tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat
kepada ulamak dan Awliyak agung yang lepas.
Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya mengatakan
Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan
sifat utama sebahagian fahaman hari ini.
Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang
digelar reformis (Islah) abad ke-20 yang dengan mudah ingin
menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama Islam yang suci.
Beliau juga memahami bahawa mencela kesemua Ash’ari,
atau kesemua Hanafi, Syafi’e dan Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang
dilakukan oleh sebahagian fahaman hari ini adalah sama dengan mencela
keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang lampau. Ia hanya merupakan
sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya rakan.
Sayyid Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulamak –
ulamak Mazhab yang agung – mengikuti Sunni-Sufi – sejak beratus tahun
yang lalu, adalah penghubung kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan
bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai
sesetengah pihak.
Kefahaman yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah
ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran para ulamak agung Islam, dan
bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden ini yang tidak berfikir
dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh dunia. Sayyid
Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik.
Kumpulan-kumpulan minoriti yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula
fahaman ekstrim mereka.
Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang
berasaskan Syariah, Sufi para Awliya’ agung dan solehin ummah ini.
Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian di tingkat yang tertinggi,
berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para
Masyaikh Tariqah yang agung.
Beliau turut mempercayai bahawa membaca Zikir,
samaada secara bersendirian atau berkumpulan, adalah bahagian penting
dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya dimestikan bertahajjud dan
membaca wirid pagi dan petang.
Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu
menggunakan segala hasil yang ada untuk meningkatkan taraf ummah mereka
dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga material, dan tidak membuang
masa yang berharga dengan berbalah pada perkara-perkara kecil. Beliau
percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara
yang telah diselisihkan oleh para ulamak. Mereka sebaliknya perlu
berganding bahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati
sebagai kejahatan dan dosa.
Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad ini
digambarkan dalam tulisannya yang terkenal, Mafahim Yajib An Tusahhah
(Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku yang mendapat
penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di
lingkaran para ulamak.
Penutup
Tidak diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi
merupakan rahmat buat ummah ini. Beliau merupakan waris kepada kekasih
kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari sudut darah daging serta
kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau
seperti mana dilihat pada solat jenazah beliau.
Siapa sahaja yang pernah menemui beliau jatuh cinta
dengan beliau. Rumahnya di kota suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang
tahun untuk ulamak dan para penuntut yang menziarahi, ribuan orang yang
menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti takut dalam berkata yang
benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana kebenaran.
Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama
dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen.
Maklumat lanjut kehidupan dan pencapaiannya boleh
dirujuk biografinya yang hebat bertajuk, Al-Maliki ‘Alim Hijjaz,
karangan penulis dan sejarahwan terkenal Makkah, Dr Zuhayr Kutbi.
Kepergiannya
Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15
Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan
Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya
amat mengejutkan.
Benar.. Ia adalah satu kehilangan yang besar.. Ucapan
takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat janazah beliau
dilakukan di seluruh pelusuk dunia.
Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.
Saya adalah antara yang menunaikan solat jenazah
(pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan
seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl)… Ratusan ribu manusia
membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat
bersedih… Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan… Allahu
Akbar…
Betapa hebatnya beliau… betapa besarnya kehilangan
ini… Betapa ramainya yang menyembahyangkannya… Saya tahu mata saya tidak
pernah menyaksikan seorang spertinya… Seorang yang amat dicintai oleh
masyarakat seperti beliau… seorang ulamak yang berkaliber dan
berpengetahuan serta berhikmah…
Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera
diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma’ala untuk mengawal
ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para
manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang uapcara pengebumian
beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah
perkuburan.
Beliau disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran
maqam nendanya Sayyidah Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau
ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon
dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah pada bulan Ramadhan.
Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, “tidakkah
engkau mahu menghadiri penegebumianku?”
Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di
pagi Jumaat… apakah lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan
Allah?! Makkah menangisi pemergiannya… Seluruh dunia Islam menangisi
kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat yang tertinggi
di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah Sallahu
Alaihi Wasallam. Ameen.
abdkadiralhamid@2013
abdkadiralhamid@2013
0 Response to "Sanad Hadits As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip