Muaz bin Jabal r.a
Kelahiran dan kehidupan beliau:
Muaz bin Jabal r.a dilahirkan di Madinah.
Muaz r.a mempunyai ciri-ciri keistimewaan sebagai seorang yang
sangat pintar, mempunyai penampilan sebagai seorang yang perkasa dan
berhemah tinggi. Allah mengurniakan kepada beliau kepetahan bercakap,
mempunyai rupa paras dan tutur kata yang indah.
Muaz bin Jabal
r.a memeluk Islam sejak beliau masih kecil melalui Mus'ab bin Umair yang
diutuskan oleh Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk
Madinah.
Berbaiah dengan Nabi:
Muaz r.a termasuk di dalam rombongan yang berjumlah seramai 72 orang Madinah yang datang berbaiah dengan Nabi s.a.w.
Sebaik sahaja selesai berbaiah, Muaz kembali ke Madinah sebagai
seorang pendakwah Islam di dalam masyarakat Madinah. Beliau berjaya
mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka seperti: Amru bin
Al-Jamuh.
Sifat terpuji beliau:
Sebaik sahaja Nabi
s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan
Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan
syariat-syariat Islam dengan baik menyebabkan beliau muncul sebagai
seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari kalangan para sahabat,
orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami
syariat-syariat Allah.
Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji
beliau dengan bersabda: Yang bermaksud: Umatku yang paling alim tentang
halal dan haram ialah Muaz bin Jabal. Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu
Majah.
Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.
Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w,
penduduk Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal
bersama dengan mereka untuk mengajar syariat Allah s.w.t, lalu
Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan penduduk
Mekah untuk mengajar AlQuran dan memberikan kefahaman kepada mereka
mengenai agama Allah s.w.t.
Sifat terpuji beliau juga jelas
terserlah ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah
s.a.w mengisytiharkan keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah
s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar kepada mereka. Lalu baginda
memilih Muaz r.a untuk memegang tugas tersebut bersamasama dengan
beberapa orang para sahabat malah beliau merupakan ketua kepada
rombongan para sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w keluar untuk
mengucapkan selamat jalan kepada mereka lantas baginda mewasiatkan
kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak
akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin juga
selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku ..." Lantas Muaz r.a
menangis kerana terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w.
Selepas peristiwa tersebut ternyata Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz
tidak lagi dapat melihat baginda.
Setelah Muaz r.a kembali ke Madinah, beliau mendapati Rasulullah s.a.w telah meninggal dunia.
Peristiwa tersebut tidak dapat ditanggung oleh Muaz menyebabkan beliau
menangis tersedu-sedu di atas kehilangan Rasulullah s.a.w.
-
Setelah Umar bin Al-Khattab r.a dilantik menjadi khalifah, beliau
mengutuskan Muaz untuk mendamaikan pertelingkahan yang berlaku di
kalangan Bani Kilab.
Keberangkatan Muaz ke Syam untuk mengajar Al-Quran:
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a juga berlaku peristiwa di
mana gabenor Syam telah menghantar Yazid bin Abi Sufian meminta
daripada Umar r.a supaya menghantar seorang tenaga pengajar kepada
penduduk Syam. Lalu Umar memanggil Muaz bin Jabal, Ubadah bin As-Somit,
Abu Ayub AlAnsariy, Ubai bin Kaab dan Abu Darda' dalam satu majlis.
Khalifah Umar berkata kepada mereka: "Sesungguhnya saudara kamu di
negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya menghantar sesiapa
sahaja yang boleh mengajar Al-Quran kepada mereka dan memberikan
kefahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh yang demikian bantulah
aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati
kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu bolehlah membuat
undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu".
Lalu mereka menjawab: "Kami tidak akan membuat pengundian
memandangkan Abu Ayub telah terlalu tua manakala Ubai pula sentiasa
mengalami kesakitan dan yang tinggal hanya kami bertiga sahaja".
Kemudian Umar berkata kepada mereka: "Kamu mulakanlah tugas kamu di
Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah
seorang daripada kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada
kamu pula hendaklah pergi ke Damsyik dan seorang lagi pergi ke
Palestin". Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan
Ubadah bin As-Somit di sana, Abu Darda' pergi ke Damsyik manakala Muaz
bin Jabal pula terus berlalu pergi ke Palestin.
Kematian
beliau:
Muaz bin Jabal berada di Palestin sehinggalah beliau diserang
wabak. Ketika hampir mati beliau berkata: "Selamat datang wahai
kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tak kunjung tiba dan selamat
datang kepada kekasih yang datang setelah sekian lama dirindukan!".
Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata: "Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah
lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok
dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk
menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta
mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan
menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku
ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri
seseorang yang beriman". Kemudian beliau meninggal dunia. Semoga Allah
mencucuri rahmat-Nya kepada beliau.
Muadz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazraji, dengan nama julukan
“Abu Abdurahman”, dilahirkan di Madinah. Ia memeluk Islam pada usia 18
tahun, Ia mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar dan
berdedikasi tinggi. Dari segi fisik, ia gagah dan perkasa. Allah juga
mengaruniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta tutur kata yang
indah, Muadz termasuk di dalam rombongan yang berjumlah sekitar 72 orang
Madinah yang datang berbai’at kepada Rasulullah. Setelah itu Muadz
kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah Islam di dalam masyarakat
Madinah. Ia berhasil mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka
seperti misalnya Amru bin Al-Jamuh.
Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Muadz senantiasa
berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur’an
dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di
kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur’an
dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca
Al-Qur’an serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah
Rasulullah memujinya dengan bersabda, “Yang kumaksud umatku yang paling
alim tentang halal dan haram ialah Muadz bin Jabal.” (Hadist Tirmidzi
dan Ibnu Majah). Ia meriwayatkan hadist dari Abdullah bin Abbas,
Abdullah bin Umar dan meriwayatkan darinya ialah Anas bin Malik, Masruq,
Abu Thufail Amir bin Wasilah. Selain itu, Muadz merupakan salah satu
dari enam orang yang mengumpulkan Al-Qur’an pada zaman Rasulullah.
Setelah kota Makkah didatangi oleh Rasulullah, penduduk Makkah
memerlukan tenaga-tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama mereka
untuk mengajarkan syariat agama Islam. Rasulullah lantas menyanggupi
permintaan tersebut dan meminta supaya Muaz tinggal bersama dengan
penduduk Makkah untuk mengajar Al-Qur’an dan memberikan pemahaman kepada
mereka mengenai agama Allah. Sifat terpuji beliau juga jelas terlihat
manakala rombongan raja-raja Yaman datang menjumpai Rasulullah guna
meng-isytihar-kan keislaman mereka dan meminta kepada Rasulullah supaya
mengantarkan tenaga pengajar kepada mereka. Begitupun maka Rasulullah
memilih Muaz untuk memegang tugas itu bersama-sama dengan beberapa orang
para sahabat.
Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam mempersaudarakanya dengan
Abdullah bin Mas’ud. Nabi mengirimnya ke negeri Yaman untuk mengajar,
memberikan pengetahuan agama dan mendidik sampai hapal al-Quran kepada
penduduk Yaman. Rasulullah mengantarnya dengan berjalan kaki sedangkan
Mu’adz berkendaraan, dan Nabi bersabda kepadanya: ” Sungguh, aku
mencintaimu“.
Lantas beliau mewasiatkan kepada Muadz dengan bersabda : “Wahai Muadz!
Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun
ini“,Kemudian Muadz menangis karena terlalu sedih untuk berpisah dengan
Rasulullah Shallalahu alaihi wassalam. Selepas peristiwa tersebut
ternyata Rasulullah wafat dan Muadz tidak lagi dapat melihatnya.
Muadz sangat terpukul atas berpulangnya Rasulullah Shallallahu alaihi
wassalam. Ia bahkan menangis tersedu-sedu selama beberapa saat. Namun
ia segera menyadari tanggung jawab dakwah di pundaknya. Ia senantiasa
menjaga ghirah (semangat) keislamannya agar tidak surut. Setelah Umar
bin Khattab dilantik menjadi khalifah, ia mengutus Muaz untuk
mendamaikan pertikaian yang terjadi di kalangan Bani Kilab. Ia pun
sukses menjalankan misi itu.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar pula, gubernur Syam (sekarang
Mesir) mengirimkan Yazid bin Abi Sofyan untuk meminta guru bagi
penduduknya. Lalu Umar memanggil Muadz bin Jabal, Ubaidah bin As-Shamit,
Abu Ayyub Al-Ansary, Ubay bin Kaab dan Abu Darda’ dalam satu majelis.
Khalifah Umar berkata kepada mereka : “Sesungguhnya saudara kamu di
negeri Syam telah meminta bantuan daripada aku supaya mengantar siapa
saja yang dapat mengajarkan Al-Qur’an kepada mereka dan memberikan
pemahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh karena itu bantulah
aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati
kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu boleh membuat
undian, jika tidak aku akan melantik tiga orang dari kalangan kamu.”
Lalu mereka menjawab : “Kami tidak akan membuat pengundian dengan
memandang bahwa Abu Ayyub telah terlalu tua, sedang Ubay pun senantiasa
mengalami kesakitan, dan yang tinggal hanya kami bertiga saja.” Kemudian
Umar berkata kepada mereka : “Kalian mulailah bertugas di Hims,
sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang
diantara kamu tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu
hendaknya pergi ke Damsyik, dan seorang lagi pergi ke Palestina.”
Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubaidah
bin As-Shamit di sana, Abu Darda’ pergi ke Damsyik. Muaz bin Jabal terus
berlalu pergi ke negara Urdun. Muaz bin Jabal berada di Urdun pada saat
negeri tersebut tengah terserang wabah penyakit menular.
Mu’adz bin Jabal wafat tahun 18 H ketika terjadi wabah hebat di Urdun tersebut, waktu itu usianya 33 tahun
2013@abdkadiralhamid
Silahkan komentar yg positip