= KERINDUAN BURAQ KEPADA BAGINDA NABI BESAR MUHAMMAD SAW =
KERINDUAN BURAQ KEPADA BAGINDA NABI BESAR MUHAMMADSAW
Adapun terjadinya peristiwa Isra dan Mikraj adalah kerana bumi
merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku
lebih baik dari kamu kerana Allah Swt. telah menghiaskan aku dengan
berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman,
beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga
lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa
falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku." Berkata bumi,
"Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf
para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang
baik)."
Bumi berkata lagi,
"Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai
penutup para nabi dan kekasih Allah Swt. seru sekalian alam,
seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang
paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya
juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi
berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah Swt
dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang
yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak
dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya
Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia
dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah Swt. mengabulkan
permintaan langit, kemudian Allah Swt. memberi wahyu kepada Jibrail A.S
pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada
malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam
ini." Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah Swt berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah
engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad
dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat
40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah
masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu,
Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran
air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa
engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail,
sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka
pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi
rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana
dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan
menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian
Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya
kepada Nabi Muhammad Saw ,Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah Saw dalam perjalanan Isra dan Mikraj.
0 Response to "= KERINDUAN BURAQ KEPADA BAGINDA NABI BESAR MUHAMMAD SAW ="
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip