Kisah seekor Biawak yang beriman kpd Allah swt dan kecintaan nya kpd Rasulullah Saw
Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayatu Wan-Nihayah bahawa Baihaqi menceritakan dari Abi Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq,dalam sebuah kisah yang disampaikan dari sayyidina Umar Ra.
"Rasulullah saw sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat,tiba-tiba datang seorang arab badwi dari Bani Sulaim kehadapan Rasulullah saw. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.
Melihat ramai yang berjalan itu,beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahwa mereka sedang mengiringi Nabi saw maka dia terus mendekati Nabi Saw lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza,tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalau lah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa,tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam,putih dan merah serta selainnya.!”
Sayyidina Umar Al-Khattab ra menjadi marah,lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi ! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”
Nabi Saw tenang menjawab permintaan Umar: “Wahai Umar! Tidakkah negkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”
Nabi Saw kemudiannya berkata kepada arab badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”
Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu, “ katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya kehadapan Nabi SAW.
Nabi Saw memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dengan bahasa arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi SAW.”
Nabi saw bertanya “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu “Saya beriman kepada tuhan yang dilangit itu a’rasynya,dibumi itulah kekuasaannya,dan dilautan itulah jalannya dan disyurga itu rahmatnya dan dalam neraka itu azabnya”
Tanya Nabi lagi “aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak “Tuan adalah utusan Allah,yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan,dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”
Mendengar kata-kata biawak itu,arab badwi itu lantas berkata “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci,tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri,engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah dihadapan semua yang hadir.
Ulasan : Pengajaran yang boleh diambil dalam kisah ini ialah bagaimana seekor biawak (dhob) telah beriman kepada Allah SWT.bahkan menyokong perjuangan Nabi SAW. Sedangkan manusia yang telah dianugrahkan aqal masih lagi ramai yang tidak beriman kepada Allah SWT. Bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sekurang-kurangnya malulah wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan Rasulullah Saw dengan seekor binatang yang bernama biawak ini.
Semoga kisah di atas menambah ke cintaan kita kpd baginda Nabi besar Muhammad Saw dan kelak kita d kumpulkan bersama beliau dan kelak kita mendapatkan syafaat nya di akherat kelak ...آمينَ آمينَ آمينَ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ
abdkadiralhamid@2013
0 Response to "= Kisah seekor Biawak yang beriman kpd Allah swt dan kecintaan nya kpd Rasulullah Saw = "
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip