//

Article menarik.............

Article menarik.............


Perlantikan. Sayidina Umar bin Abdul Aziz, salah seorang khalifah Islam yang terkenal sangat adil, dilantik sebagai khalifah Bani Umaiyah yang ke-8 pada tahun 717 M. Khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Abdul Malik (715-717). menerima nasihat dari wazirnya, Raja' bin Haiwah agar melantik Sayidina Umar menggantikannya. Abul A'la al-Maududi mengatakan Khalifah Umar adalah mujaddid pertama dalam sejarah Islam. Pemerintahannya selama dua tahun lebih (717-720 M) penuh keadilan, keamanan dan kesejahteraan. Beliau wafat akibat diracuni ketika berusia 39 tahun. Kematiannya bukan sahaja diratapi rakyat jelata, malah mengejutkan Maharaja Rom yang berkata: "Aku tidaklah terkejut jika seorang rahib membuang kenikmatan dunia lalu menyibukkan diri dengan beribadah. Tetapi aku sungguh kagum terhadap orang ini (Umar) yang memiliki empayar besar dalam genggamannya, tetapi menolaknya dan hidup sebagai seorang rahib..."...........................................

Keajaiban. Imam Asy-Syafi'i dan An-Nasyiri mengatakan bahawa binatang-binatang juga berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram), hari yang disunatkan berpuasa. Ada seorang lelaki bernama Fatah bin Syuhruf yang sangat suka memberikan roti yang dipotong kecil-kecil sebagai makanan kepada semut. Ia melakukannya setiap hari. Tetapi bila tiba hari Asyura dia mendapati semut-semut itu tidak mahu makan roti tersebut...........................................................

Ghaib. Sayidina Qutham bin Abbas, sepupu kepada Rasulullah SAW adalah perintis masuknya Islam ke Uzbekistan. Sebelumnya beliau pernah diamanahkan menjadi wakil baginda di Makkah dan sering menjadi pengiring Sayidatina Aisyah. Rasulullah mengakui bahawa Qutham sangat mirip dengan baginda dari segi rupa paras dan peribadi. Semasa membawa misi dakwah di Uzbekistan, beliau terpaksa berdepan dengan penentang dari kalangan penyembah berhala dan penganut Kristian Koptik. Kemuncaknya iaitu apabila beliau dipancung semasa sedang bersembahyang. Kepalanya terpisah dari badan. Dengan izin Allah berlaku karamah yang tidak diduga-duga. Jasad tanpa kepala itu lalu bangun, kemudian mengambil semula kepalanya dari lantai dan menyambungkannya kembali. Lalu beliau pun menghilang. Di tempat beliau ghaib itulah didirikan maqamnya sehingga ke hari ini masih boleh ditemui di Samarqand. Uzbekistan.


Menjaga Kesabaran Hati
Diambil dari kitab Menyingkap Rahasia Hati, terjemahan Miftaahus Sarooir wa Kanzudz Dzakhooir, karangan Syeikh Abu Bakar bin Salim, hal 73 - 74, penerbit Putera Riyadi Solo.

Pada suatu hari, Syeikh Abu Bakar bin Salim berniat untuk mempelajari ilmu daripada Syeikh Ma'ruf Bajammal yang tinggal di kota Syibam. Namun beliau terpaksa berhenti di pinggir kota Syibam kerana Syeikh Ma'ruf masih belum mahu menemuinya. Setiap kali dikatakan kepada Syeikh Ma'ruf: "Anak Salim bin Abdullah  meminta kebenaran untuk menemuimu", beliau sering menjawab: "Katakan kepadanya bahawa aku belum berkenan untuk menerimanya".Walaupun ayah Syeikh Abu Bakar merupakan seorang yang dihormati karena kesolehannya, Syeikh Abu Bakar tidak pernah bersikap sombong dan marah di atas perlakuan syeikh tersebut, malah beliau tetap bersabar menunggu di bawah terik matahari dan dinginnya angin malam. Setelah 40 hari, beliau menerima khabar bahawa Syeikh Ma'ruf bersedia untuk menemuinya. Dengan berkat kesabarannya, dalam waktu yang singkat sahaja beliau telah dapat menyerap ilmu yang disampaikan oleh gurunya.


.................................................... 


Rasulullah S.A.W: Role Model Sepanjang Zaman
Amalan - Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasa'i daripada Aisyah dan Ummu Salamah)
Tahajjud - Rasulullah bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki baginda. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasa'i Ibnu Majah kepada Mughirah)
Puasa - Rasulullah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. (Riwayat Ibnu Majah)
Pakaian Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah gamis.(Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah)
Berserban - Apabila Rasulullah berserban baginda akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya. (Riwayaat at-Termizi daripada Ibnu Umar)
Bertemu - Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, baginda tidak akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan Assalamualaikum, Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)
Sujud Syukur - Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya, baginda akan terus sujud sebagai tanda syukur pada Allah SWT. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah)
Berbaring - Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), baginda akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)
Makan - Adalah Rasulullah SAW apabila baginda makan tengahari, baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau baginda makan malam, baginda tidak akan makan tengahari. (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)
Berwudhuk - Apabila Rasulullah SAW berwudhuk, baginda akan menyelati janggutnya dengan air. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)
Ketawa - Apabila Rasulullah SAW ketawa, baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya. (Riwayat Bughawi daripada Walid Murrah)
Istighfar - Apabila Rasulullah menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, baginda akan beristighfar sebanyak sepuluh hingga lima belas kali. (Riwayat Ibnus Sinni daripada Abi Umamah)
Berani - Adalah Nabi SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)
Benci dusta - Adalah perangai yang paling dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta. (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)
Marah  - Apabila Rasulullah marah dan baginda dalam keadaan berdiri, baginda akan duduk, dan jikalau sedang duduk, baginda akan berbaring hingga hilanglah marahnya. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)
Beri salam kepada kanak-kanak - Apabila Rasulullah lalu di hadapan kanak-kanak, Rasulullah akan memberi salam. (Riwayat Bukhari kepada Anas)
Memotong kuku - Rasulullah memotong kuku dan menggunting misalnya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)
Menerima berita - Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan perkara (berita) yang menggembirakannya, baginda akan berkata "Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus solihat", dan apabila baginda didatangi perkara yang buruk, baginda akan berkata "Alhamdulillahi 'ala kulli hal". (Riwayat Ibnus Sinni dan Hakim daripada Aisyah)


..........................................................
Puisi: Hari Ini 10 Muharram

Hari ini 10 Muharram
hari Nabi Adam a.s dan Siti Hawa

Hari ini 10 Muharram
Nabi Adam diampun Allah
Hari ini 10 Muharam
taubat Nabi Daud diterima Allah.
Hari ini 10 Muharram
Nabi Ibrahim a.s menentang Namrud yang zalim

dan Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup
tapi berkat mukjizatnya, gejolak api menjadi dingin.
Hari ini 10 Muharram
merakam sedikit peristiwa para nabi

Nabi Yunus a.s bersemadi selama 40 hari di dalam perut ikan Nun
kifarah atas "dosanya" meninggalkan kaumnya
Hari ini 10 Muharram
Nabi Yunus keluar dari perut ikan Nun.
Hari ini 10 Muharram
Nabi Allah Ayub a.s diuji oleh Allah selama 7 tahun

setiap inci dagingnya gugur digigit ulat-ulat
tulang-tulang saja yang tinggal
bersama sekeping hati dan lidah
yang tidak digigit ulat kerana zikirnya pda Allah
Hari ini 10 Muharram
penyakit Nabi Ayub disembuhkan Allah
Hari ini 10 Muharram
Nabi Musa a.s membelah Laut Merah

dengan tongkat mukjizatnya
Firaun dan tenteranya tenggelam ditelan laut yang terbelah
Hari ini 10 Muharram
mata Nabi Yaakub a.s yang buta celik semula

dan pertemuan dengan puteranya, Nabi Yusuf
dan hari ini 10 Muharram
Nabi Yusuf a.s bebas dari penjara
akibat fitnah seorang perempuan
Hari ini 10 Muharram
Nabi Nuh a.s dengan kaumnya 

terselamat dari ancaman banjir besar setinggi gunung
dan bahteranya terdampar di Bukit Judi
Hari ini 10 Muharram
Nabi Isa a.s selamat dari tiang pensaliban Yahudi
Hari ini 10 Muharram
Karbala dibanjiri sungai darah Sayidina Hussin

Muslim bin Uasajah dan Abdullah bin Umar 
gugur sebagai syuhada Karbala
panah Syimar, pedang Zara
dan kepala Sayidina Hussin terputus dari tubuhnya
dan jenazah baginda diinjak-injak oleh ratusan kaki kuda
Hari ini 10 Muharram
alam terpaku kaku selama 7 hari
bayang mentari di padang pasir
seumpama kain berwarna kuning tua
dan bintang-bintang seolah-olah berlaga
Hari ini 10 Muharram
mentari gerhana di kaki langit selama 6 bulan

jin-jin menangis, meraung, meratapi
wafatnya Sayidina Hussin, syuhada Karbala
Hari ini 10 Muharram
mari kita mengangkat doa

berdoa bermunajat kepada Allah
di bawah sujud tahajjud Qiamullail:
"Ya Allah, jangan mengalir lagi darah Karbala.
Ya Allah, jangan berulang lagi sejarah berdarah,
air mata kota Baghdad
menjadi rata bersama bumi
Ya Allah, jangan lahir lagi
Genghiz Khan dari Monggol
dan cucunya Hulagu Khan
di zaman Islam dagang ini
ratusan ribu kitab dibakar
ulama-ulama disembelih bersama 800 000 yang lain
mayat-mayat kaum Muslimin dan tengkorak mereka
dibina oleh Hulagu menara tugunya
kehancuran kota Baghdad dan khalifah Muktasim
Ya Allah, jangan berulang lagi.
Hari ini 10 Muharram
hari Asyura


Al Habib Munzir Al Musawa
** Kisah Jenazah Diikuti Banyak Kucing**

Habib Munzir Al Musawa hafizahullah menceritakan : "Terjadi beberapa waktu yang silam saat itu saya masih di Tarim, Hadramaut. Tinggal beberapa lama di kota syihir, wilayah Mukalla disitu ada seorang wanita tua wafat, suatu hari saya melihat jenazah diusung. Tapi ada 1 hal yang ganjil. Apa yang ganjil? Ketika jenazahnya diusung, banyak orang yang mengusungnya dan ratusan ekor kucing ikut mengantarkan jenazah. Ini ganjil, saya fikir ada jenazah diikuti ratusan ekor kucing dan baru ini saya melihatnya. Ketika saya bertanya – tanya, kenapa ini? Mereka memuji wanita tua yang wafat itu alaiha rahmatullah. Di masa hidupnya nafkahnya dicukupi oleh anak – anaknya, kerjanya tiap pagi masuk ke pasar mengambil bekas kepala – kepala ikan yang terbuang dan ditaruh di sebuah gerobak dan ia melemparnya kepada semua kucing yang ada di jalanan. Bertahun – tahun itu terjadi sampai setiap pagi, ratusan kucing sudah berjajar di jalanan menunggu bagian yang diberikan dari wanita tua itu. Ketika ia wafat, ratusan ekor kucing itu mengantarkan jenazahnya. Berhari – hari puluhan ekor kucing tidak meninggalkan kuburnya.
abdkadiralhamid@2013

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Article menarik............."

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip