//

AL FADHIL AL HABIB MUHAMMAD BIN ‘ALAWY BIN 'UMAR BIN 'AYDRUS BIN 'ALAWY AL 'AYDRUS

AL FADHIL AL HABIB MUHAMMAD BIN ‘ALAWY BIN 'UMAR BIN 'AYDRUS BIN 'ALAWY AL 'AYDRUS



(HABIB SA'AD - Tarim)

Beliau adalah Al Habib Muhammad bin ‘Alwy Al Aydrus, digelar dengan nama Habib Sa’ad. Beliau lahir di Tarim pada tahun 1351 H dan besar di Tarim. Mengambil 'ilmu dari 'ulama-'ulama Tarim khususnya di Ribath Tarim. Kemudian beliau berpindah ke ‘Aden untuk mencari bekerja. Dan disana beliau berhadapan dengan corak pemerintahan keras Komunis Merah pada ketika itu, yang menahannya (masukkannya) dalam penjara tanpa kesalahan dan tanpa kehormatan sebagai mana dilakukan kepada ramai daripada golongan sholihin.

Namun mehnah (ujian) yang merupakan tarbiyyah Allah ke atasnya, maka Allah telah mentaqdirkan baginya bahwa dia menghafal Al-Quran dalam kegelapan penjara. Kemudian pada 1395 H beliau keluar dari penjara setelah hampir 4 tahun dipenjara. Setelah itu beliau kembali ke Tarim dan menjadi imam di Masjid As-Saqqaf dan guru Al-Quran di Mu’alamah Abi Murayyin. Para pelajar berduyun-duyun datang belajar daripadanya walaupun berlaku kekerasan komunis pada ketika itu dan masih lagi berterusan selepas itu. Habib Sa’ad sangat suka membaca, memuthola’ah dan mengumpul bahan-bahan ilmu sehingga semua karangannya mencapai lebih 70 buah kitab. Beliau juga terlibat dalam beberapa seminar dan muktamar di Tarim.

Pada tahun 2009, beliau menerima anugerah penghargaan dari Markas Ibnu ‘Ubaydillah As-Saqqaf kerana jasa dan sumbangannya dalam bidang penghafalan Al-Quran.

Habib Sa'ad adalah Guru Al Qur'an oleh Habib 'Umar bin Muhammad bin Hafidz

Habib Sa’ad menghasilkan banyak penulisan, mencecah lebih daripada 70 buah. Antanra karangan beliau yaitu kitab mengenai niat, siwak, kelebihan kalimah Laa ilaaha ilallah,Hikam Al-Imam ‘Ali رضي الله عنه,,

Habib Sa’ad wafat pada usia 81 tahun. Beliau meninggal dunia ketika sedang membaca kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Al Imam Al Ghozali pada tengahari Kamis dan Beliau tiba-tiba rebah sementara kitab masih berada di tangan beliau. Allahu Akbar !!!.


abdkadiralhamid@2013

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AL FADHIL AL HABIB MUHAMMAD BIN ‘ALAWY BIN 'UMAR BIN 'AYDRUS BIN 'ALAWY AL 'AYDRUS "

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip