//

SEDUTAN DARI PERBINCANGAN & SOAL JAWAP TENTANG KAFAAH & HUKUM-HAKAM PERKAHWINAN SYARIFAH2 DENGAN BUKAN SADAH



SEDUTAN DARI PERBINCANGAN & SOAL JAWAP TENTANG KAFAAH & HUKUM-HAKAM PERKAHWINAN SYARIFAH2 DENGAN BUKAN SADAH 



Posted by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on April 14, 2009 at 6:24pm in ♦ NASAB &SADAH ♦ (Others)

*** Bagi mereka yang masih tertanya2 akan pendapat yang mewajibkan seorang Sharifah berkahwin dengan Syed, harap dapat baca keterangan berikut. Insya'Allah ianya bermanfaat dan akan terjawab soalan2 yang sudah lama bermain di fikiran.....
Ana ingin berkongsi secara ringkas sikit lebih kurang tentang tajuk ini.

Semua di bawah ini adalah pendapat Ulama'2 yang mu'tabar dan juga para salaf Ba'alawi terdahulu yang terkenal dengan ilmu dan kesolehan mereka.
1) Di dalam Mazhab Shafie', Kafaah di dalam nasab adalah WAJIB.
2) Imam Shafie mengatakan di dalam kitabnya Al-Umm yang bermaksud: " Dan bukan nikah yang tidak SEKUFU' itu haram dan aku menolaknya, tetapi ia adalah suatu kekurangan pada yang ingin berkahwin itu dan juga Wali2nya. Dan jika dia dan Wali2nya tetap REDHO akan kekurangan itu maka aku tidak menolaknya."
3) Berkata Ulama2 di dalam Mazhab Shafie', walau pun Imam Shafie' membolehkan demikian tapi hukumnya adalah MAKRUH yang amat sangat.
4) Manakala jika perkahwinan itu tetap diteruskan tanpa ada REDHO, maka Imam Shafie' sendiri dalam kitabnya Al-Umm mengatakan nikahnya itu BATIL.
5) Di dalam kitab "Majmuk" Imam Nawawi, ada menyebutkan bahawa Mazhab Imam Ahmad ibnu Hanbal dan Mazhab Imam Sufyan Assauri perkahwinannya tetap TIDAK SAH walaupun perempuan itu dan seluruh wali2nya REDHO.
6) Imam Ibnu Qudamah di dalam kitabnya "AlMughni" Di dalam Mazhab Imam Ahmad Ibnu Hanbal menerangkan yang maksudnya secara ringkas: " Di dalam Mazhab Imam Ahmad Ibnu Hanbal, jika si perempuan dan seluruh Wali2nya setuju untuk berkahwin tanpa kafaah, tetap TIDAK SAH Nikahnya, dan ada juga pendapat di dalam Mazhab Imam Shafi'e yang mengatakan sedemikian"
7) Alhabib Al'Allamah Alwi Bin Ahmad Alsaggoff di dalam kitabnya "Tarshiihul Mustafiidiin" ada mengatakan yang bermaksud secara ringkas: "bahawa Ulama' dari keturunan Ba'alawi sejak dahulu lagi, telah berijtihad dan mengikut pendapat yang sama yang diijtihadkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal bahawa perlu mengi'tibarkan REDHO seluruh keluarganya yang dekat dan yang jauh (Iaitu seluruh keturunan Rasulullah yang ada sekarang) di dalam Kafaah."
8) Beliau menyebutkan lagi yang ringkasan maksudnya: "bahawa pada zaman Daulah 'Uthmaaniyyah, mereka menyokong dan memperaktikkan hukum ini. Dan memerintahkan pemerintah Haramain (Makkah dan Madinah) ketika itu untuk memperaktikkan hukum itu juga."
9) Alhabib Al'Allaamah Abdurrahman Bin Muhammad Almasyhur Mufti Hadhrmaout dahulu berkata di dalam kitabnya "Bughyatul Mustarshidiin" yang ringkasannya bermaksud: " Aku tidak melihat bolehnya seorang Sharifah bernikah dengan yang bukan Syed, walau pun perempuan itu dan Wali2nya semua REDHO."
10) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: Walau pun ada diantara Ulama' yang membolehkannya, tetapi salaf Ba'alawi kita mempunyai Ijtihad yang sukar bagi seorang Faqih mengetahui rahsianya, maka serahkanlah sahaja pada mereka, kamu akan terselamat, atau jangan mengikut mereka, maka kamu akan rugi dan menyesal.
11) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: Para salaf Ba'alawi kita diantara mereka orang yang Faqih, bahkan Mujtahid dan Wali2, bahkan Qutub2. Dan tak pernah aku dengar ada diantara mereka yang mengahwinikan anak perempuan mereka kepada bukan Saadah.
12) Beliau menyebut pula kata2 Alhabib Al'allamah Abdullah Bin Umar Bin Yahya yang ringkasan maksudnya: "Yang diamalkan Saadah Ba'alawi, selepas wujudnya Kafaah di dalam nasab, mereka tidak hiraukan lagi Kafaah pada yang lain lainnya seperti pekerjaan, Ilmu, Solih atau tidak dan sebagainya, Kerana ada yang lebih penting dari itu iaitu Kafaaah dalam Nasab.
13) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: " Aku takut bagi mereka yang tidak mengikut pandangan salaf Ba'alawi maka dia akan jauh dari Allah. kerana mereka adalah Ulama' yang unggul, mereka tidak menolak pendapat Ulama' yang lain kecuali dengan SEBAB. Dengan pendapat mereka itulah diamalkan pemerintah kita di Hadhramout dari dulu hingga sekarang.
*** Ini lah serba sedikit yang ana dapat berkongsi,dan ini bukan lah pandangan ana, tapi pandangan Ulama' dan Salaf Ba'alawi yang terdahulu.
Wallahua'lam

Reply by sharifah aisyah syed abdullah on April 17, 2009 at 8:09pm

assalamualaikum.

ana baru mengetahui mengenai perkara ini. untuk makluman anta, ana telah mendirikan rumah tangga setahun yang lalu dengan seorang yang bukan sekufu dengan ana dan kini telah dikurniakan seorang puteri. bagaimana dengan kedudukan perkahwinan ana??
untuk makluman anta, ummi dan walid ana adalah dari keluarga Syed dan Sharifah tetapi kami dah lama terpisah dari saudara mara menyebabkan kami tak berapa tahu ttg hukum begini. abang ana juga berkahwin dengan gadis yang bukan sekufu begitu juga dengan ana. ana ingin tahu kedudukan perkahwinan kami dan taraf anak ana dalam keluarga Syed Sharifah. ana ingin bertanya ttg sabda Rasulullah " semua anak yang lahir bernazabkan ayahnya kecuali anak-anak dari fatimah serta keturunannya bernazabkan ibunya" mengenai perkara ini.
ana yang lemah memerlukan pandangan dari anta
wassalam

Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on April 17, 2009 at 9:51pm

Di dalam mazhab Shafi'e yang muktamad, perkawinan yang berlaku jika pihak lelaki tidak sekufu' iaitu si lelaki martabatnya lebih rendah dari si perempuan, seperti si perempuan adalah seorang Sharifah dan si lelaki itu bukanlah seorang Syed, maka TIDAK SAH pernikahan itu, kecuali jika si perempuan dan walinya REDHO akan perkahwinan yang tidak sekufu' itu.
Manakala jika si perempuan yang martabatnya lebih kurang daripada si lelaki, seperti si lelaki itu adalah seorang Syed dan si perempuan itu bukanlah seorang Sharifah, maka pernikahan itu SAH seperti biasa tanpa memerlukan Redho dari mana2 pihak.
Berbalik pada hukum perkahwinan ukhti Aishah, jika ukhti Aishah dan Walinya Redho akan perkahwinan tersebut ketika pernikahan itu berlaku, maka perkahwinan itu SAH mengikut pendapat yang membolehkan perkahwinan tanpa Kufu’ jika ada REDHO dari perempuan dan Walinya.
Tidak cukup hanya Redho dari Wali sahaja atau perempuan sahaja. Seperti seorang bapa atau datuk yg memaksa anak perempuannya untuk berkahwin dengan seorang lelaki pilihan mereka. Jika berlaku paksaan demikian, dan si perempuan tidak Redho akan calon yang tidak sekufu' dengannya, maka tidak SAHlah pernikahan itu.
Seorang bapa atau datuk boleh memaksa anak perempuannya untuk berkahwin dengan pilihan mereka, dan perkahwinan itu hanya SAH jika lelaki pilihan mereka itu sekufu dengan si perempuan. Jika tidak sekufu', perlu ada REDHO dari perempuan itu sendiri.
Mengenai anak hasil dari perkahwinan tersebut, anak itu adalah anak yang SAH, tetapi anak itu bukanlah lagi seorang Syed/Sharifah atau seorang keturunan Rasulullah berdalilkan Hadith yang antum sebut itu.
Hadith tersebut adalah Hadith yang Shohih yang menjelaskan kita bahawa setiap anak, dia mengikut keturunan ayahnya. Jika ayahnya itu seorang Syed, maka anaknya itu adalah seorang Syed/Sharifah. Dan jika ayahnya itu bukanlah seorang Syed, maka anaknya itu bukanlah seorang Syed/Sharifah. Dikecualikan dalam gambaran tersebut, anak2 Sayyidatinaa Fatimah kerana itu adalah salah satu KHUSUUSIYYAT RASULULLAH.

Mengenai saudara ukhti yang berkahwin dengan seorang yang bukan Sharifah, itu tidak menjejaskas apa2 hukum. Pernikahan itu SAH seperti biasa, walapun isterinya bukan seorang Sharifah. Anak2nya pula, adalah seorang Syed/Sharifah atau seorang keturunan Rasulullah.
P.S: Bagi mereka yang sudahpun berkahwin secara tidak sekufu', tidaklah diharapkan dari mereka untuk bercerai dan sempamanya, dan adalah suatu kemungkaran bagi keluarganya untuk memutuskan tali Silaturrahim atas sebab perbuatannya itu. Yang dituntut dari mereka adalah terus bertaqwa kepada Allah dan sentiasa menjaga tali Silaturrahim diantara keluarganya. Bagi mereka yang belum berkahwin pula, sebaiknya janganlah berkahwin kecuali dengan pasangan yang Sekufu'.
Wallahua'lam
Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on August 2, 2009 at 1:43pm


Wa'alaikumussalaam,

Jika ada pendapat seorang Mujtahid mutlak yang tidak membolehkan perkara tersebut, ana menghormati pandangan tersebut, dan juga menghormati mereka yang bertaklid pada pendapat tersebut.
Ana di sini cuma ingin menjelaskan HUKUM di dalam Mazhab Shafi'e adalah sekian. Itu pun ia hanya menjelaskan bahawa hukumnya BOLEH dan SAH Nikah, bukan suatu galakkan ataupun itu yang terbaik. Sudah tentu yang terbaik adalah dengan REDHO peremuan itu sendiri.
Dan sebagai tambahan, pendapat dalam mazhab Shafi'e ini walaupun mungkin tidak sama dengan pendapat mazhab lain, tidak boleh kita menolak pendapat tersebut, kerana ia adalah hasil dari ijtihad seorang Mujtahid yang muktabar.
Bahkan Ulama² muktabar itu sendiri berkata, jikalau pendapat/fatwa mereka melanggar atau bercanggah dgn perkataan Rasulullah, campak atau hindarkan pendapat/fatwa mereka itu.
Imam Nawawi menjelaskan di dalam kitab Majmuk, kata2 itu mereka menujukan kepada para Mujtahid dan bukan kepada mereka yang tidak layak untuk berijtihad.
Wallahua'lam
Reply by Syed Ahmad Anas Sy Omar al-idrus on June 20, 2009 at 1:15am

Jazakallahu khairan ya akhi Muhammad bin Ibrahim al-Kaff.

Di sini ana ingin berkongsi sebuah Hadith Shahih berkenaan kegusaran Rasulullah SAW dlm menghadapi gangguan terhadap kerabatnya:
"Ketika anak perempuan Abu Lahab meninggalkan orang tuanya dan berhijrah ke Madinah, ada beberapa orang dari kaum Muslimin yang berkata kepadanya: "Hijrahmu ke Madinah tidak ada gunanya, kerana orang tuamu sudah pasti akan menjadi umpan neraka".

Ketika anak perempuan Abu Lahab menyampaikan kejadian itu kepada Rasulullah SAW, Baginda gusar dan bersabda:
"Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sungguh, barangsiapa mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barangsiapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah Ta'ala." (Ashhabus-Sunan, Shahih)
Semoga tidak ada lagi di kalangan kita yang menyamakan Kafa'ah nasab dlm pernikahan Sayyidah dengan hukum adat dan mencerca Ahl-Bait secara umum disebabkan kecacatan/kemaksiatan dari segelintir Sadah.  Namun ana berpesan pada diri ana yg faqiir dan juga semua Sadah agar perkara ini tidak dijadikan alasan untuk berbangga-bangga, atau merasakan diri bebas dari menunaikan tuntutan kepada Allah dan Rasul.

Setiap Muslimin berkewajiban mentaati Allah dan Rasul, tidak ada jaminan bagi Ahl-Bait yang melakukan maksiat akan bebas dari dosa kerana kekhususan/keistimewaan mereka. Dan janganlah merasakan ada jaminan untuk masuk syurga walaupun berterusan melakukan maksiat. Ini adalah tanggapan yang amat sesat lagi menyesatkan.
Wallahua'lam

Reply by abdu alhasni on July 11, 2009 at 1:06am


Salam alaik..
ya akhi ana mau tanya mengenai masalat yang sedang terjadi di keluarga ana ,yaitu adik ana .
bagaimana supaya adik ana terhindar dari pernikahan sama selain Syed

…………………….

Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on July 11, 2009 at 7:50am

Wa'alaikumussalaam,

Cara yang terbaik adalah, dengan cara yang hikmah. Diantaranya ialah mendidik cinta kepada Rasulullah, Cinta kepada Ahl Bait dan bersifat Wara'.
Kerana bagi ana,jika benar2 seorang Sharifah itu cinta pada Rasulullah dan Ahl Baitnya, dia tidak akan berkahwin pada selain Syed. Begitu juga jika pada diri seorang Sharifah itu ada sifat Warak, kerana seperti yang kita sudah tahu, masaalah Sharifah kahwin bukan Syed ini ada KHILAF diantara para Ulama', maka bagi seorang yang bersifat Warak hendaklah dia melakukan sesuatu yang dapat terkeluar dari KHILAF para Ulama', iaitu dengan berkahwin dengan Syed, dengan itu tiada seorang pun dari kalangan Ulama' yang mengatakan nikahnya itu TIDAK SAH.  Manakala jika dia mengikut pendapat yang membolehkan Sharifah kahwin dengan bukan Syed, walaupun SAH nikahnya, tetapi suka ke dia dengar bahawa ada Ulama' mengatakan bahawa nikahnya itu TAK SAH.
Wallahua'lam

…………………………….
Reply by syed jeffri on July 13, 2009 at 10:42pm

Assalamualikum,ana nk tnye psal hadis Nabi ini:


Sabda Rasulullah S.A.W Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara kerana Hartanya, kerana Keturunannya, kerana Kecantikannya, kerana Agamanya, maka pilihlah yang beragama maka selamatlah kamu. (HADIS SHOHIH)
jadi persoalannya,  apa yang kita buat nie tak bertentangan ke dengan apa yang nabi ajar pada kita?
apa yang ana lihat pada hari ini kita lebih mengutamakan nasab(keturunan) daripada agama, apa pandangan enta tentang ini?
adakah kita perlu mengutamakan keturunan juga sekiranya kita yakin telah menjumpai wanita solehah?
kalau nak di ikutkan keturunan, iman itu tidak diwarisi walaupun ayahnya seorang nabi, boleh lihat contoh kisah nabi nuh a.s
(Minta tolong bagi hujah(hadis) yang kuat untuk menerangkan keterangan di atas)

Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on July 14, 2009 at 4:46am

Wa'alaikumussalaam,Ya Akh Jeffry
Pertama sekali, bukan lah tugas kita sebagai seorang yang tidak sampai ke darajat Ijtihad untuk berhujjahkan sesuatu masaalah setakat beralaskan dalil yang Shohih yang kita ketahui.
Sebagai contoh, Imam Shafi'e sendiri mempunyai banyak hukum yang beliau jelaskan pada kita, sedangkan hukum itu bercanggah dengan beberapa Hadith yang Shohih. Ini terjadi adalah kerana Imam Shafi'e telah berijtihad untuk tidak menggunakan Hadith Shohih tersebut sebagai dalil bagi hukum2 tertentu kerana sebab2 tertentu, seperti dia mengetahui Hadith lain yang memansukhkan Hadith Shahih tadi atau mungkin Hadith Shohih itu hanyalah Hadith Khaas, atau Imam Shafi'e mempunyai penafsirannya tersendiri terhadap Hadith itu, dan macam2 lagi kemungkinan yang lain.
Jadi mengenai Hadith yang antum sebutkan itu, memang ana tidak menafikan kesahihannya, tetapi bukan bermakna setiap Mujtahid akan mengambil Hadith tersebut untuk menjadikannya sebagai dalil bagi sesuatu hukum. Ini tergantung pada Ijtihad para Mujtahid.
Bagi para Salafusshooleh dari kalangan Baa'alawi juga beberapa imam2 Mujtahid yang lain, mereka tidak setakat mengambil Hadith tersebut untuk menjadikannya dalil bahawa seorang Sharifah boleh kahwin dengan bukan Syed.  Tetapi daripada ijtihad mereka, Hadith tersebut tanpa dinafikan kesahihannya, mereka tidak menjadikan dalil seperti tersebut kerana mereka mempunyai Hujjah2 yang lain yang beralaskan Ijtihad mereka.

Tidak semestinya bagi para Mujtahid di dalam ijtihad mereka, diperlukan dalil dari AL-QURAN atau HADITH yang Shohih.  Kerana Ijtihad para Mujtahid juga beralaskan IJMA' ULAMA' dan juga QIAS.
Antum boleh dapati lebih jelas lagi dalam penerangan ini di dalam ilmu USUL FIQH.
Jika ada dikalangan para mujtahid yang munggunakan Hadith tersebut di dalam ijtihad mereka untuk menjelaskan hukum bahawa seorang Sharifah boleh berkahwin dengan bukan Syed, itu tidak boleh menyalahi Ijtihadnya Mujtahid yang lain hasil Ijtihad mereka berlainan.
Rasulullah SAW ada memberi tahu kita di dalam salah satu Hadithnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya:
"Jika seorang Mujtahid berijtihad kemudian dia betul dalam ijtihadnya, maka baginya dua pahala, dan jika seorang berijtihad kemudian dia tersalah di dalam ijtihadnya, maka baginya satu pahala".
Ini menunjukkan bahawa semua dari kalangan Mujtahid yang muktabar, mereka semua benar walaupun berlainan hasil ijtihadnya. Begitulah juga yang berlaku di kalangan para sahabat Radhiallahu 'Anhum.
Akhir sekali, jangan lah kita terburu2 untuk memahami sesuatu setakat beralaskan fahaman kita yang serba kekurangan ini. walaupun ia adalah dari Al-Quran ataupun Sunnah.
Habib Abdullah Bin Alwi Alhaddad pernah berkata di dalam Diwannya:
وسلم لأهل الله في كل مشكل لديك ---- ولديهم واضح بالأدلة
Yang ertinya: Serahkan pada para Awlia'ullah, di dalam setiap kemusykilan yang kamu hadapi ( Terhadap kepercayaan,pegangan mereka dll), Bagi mereka ia amatlah jelas dengan beralaskan Dalil2 yang banyak.

Wallahua'lam


Wa'alaikumussalaam,

Jika ada pendapat seorang Mujtahid mutlak yang tidak membolehkan perkara tersebut, ana menghormati pandangan tersebut, dan juga menghormati mereka yang bertaklid pada pendapat tersebut.
Ana di sini cuma ingin menjelaskan HUKUM di dalam Mazhab Shafi'e adalah sekian. Itu pun ia hanya menjelaskan bahawa hukumnya BOLEH dan SAH Nikah, bukan suatu galakkan ataupun itu yang terbaik. Sudah tentu yang terbaik adalah dengan REDHO peremuan itu sendiri.
Dan sebagai tambahan, pendapat dalam mazhab Shafi'e ini walaupun mungkin tidak sama dengan pendapat mazhab lain, tidak boleh kita menolak pendapat tersebut, kerana ia adalah hasil dari ijtihad seorang Mujtahid yang muktabar.
Bahkan Ulama² muktabar itu sendiri berkata, jikalau pendapat/fatwa mereka melanggar atau bercanggah dgn perkataan Rasulullah, campak atau hindarkan pendapat/fatwa mereka itu.
Imam Nawawi menjelaskan di dalam kitab Majmuk, kata2 itu mereka menujukan kepada para Mujtahid dan bukan kepada mereka yang tidak layak untuk berijtihad.
Wallahua'lam
Reply by Syed Ahmad Anas Sy Omar al-idrus on June 20, 2009 at 1:15am

Jazakallahu khairan ya akhi Muhammad bin Ibrahim al-Kaff.

Di sini ana ingin berkongsi sebuah Hadith Shahih berkenaan kegusaran Rasulullah SAW dlm menghadapi gangguan terhadap kerabatnya:
"Ketika anak perempuan Abu Lahab meninggalkan orang tuanya dan berhijrah ke Madinah, ada beberapa orang dari kaum Muslimin yang berkata kepadanya: "Hijrahmu ke Madinah tidak ada gunanya, kerana orang tuamu sudah pasti akan menjadi umpan neraka".

Ketika anak perempuan Abu Lahab menyampaikan kejadian itu kepada Rasulullah SAW, Baginda gusar dan bersabda:
"Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sungguh, barangsiapa mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barangsiapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah Ta'ala." (Ashhabus-Sunan, Shahih)
Semoga tidak ada lagi di kalangan kita yang menyamakan Kafa'ah nasab dlm pernikahan Sayyidah dengan hukum adat dan mencerca Ahl-Bait secara umum disebabkan kecacatan/kemaksiatan dari segelintir Sadah.  Namun ana berpesan pada diri ana yg faqiir dan juga semua Sadah agar perkara ini tidak dijadikan alasan untuk berbangga-bangga, atau merasakan diri bebas dari menunaikan tuntutan kepada Allah dan Rasul.

Setiap Muslimin berkewajiban mentaati Allah dan Rasul, tidak ada jaminan bagi Ahl-Bait yang melakukan maksiat akan bebas dari dosa kerana kekhususan/keistimewaan mereka. Dan janganlah merasakan ada jaminan untuk masuk syurga walaupun berterusan melakukan maksiat. Ini adalah tanggapan yang amat sesat lagi menyesatkan.
Wallahua'lam

Reply by abdu alhasni on July 11, 2009 at 1:06am


Salam alaik..
ya akhi ana mau tanya mengenai masalat yang sedang terjadi di keluarga ana ,yaitu adik ana .
bagaimana supaya adik ana terhindar dari pernikahan sama selain Syed

…………………….

Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on July 11, 2009 at 7:50am

Wa'alaikumussalaam,

Cara yang terbaik adalah, dengan cara yang hikmah. Diantaranya ialah mendidik cinta kepada Rasulullah, Cinta kepada Ahl Bait dan bersifat Wara'.
Kerana bagi ana,jika benar2 seorang Sharifah itu cinta pada Rasulullah dan Ahl Baitnya, dia tidak akan berkahwin pada selain Syed. Begitu juga jika pada diri seorang Sharifah itu ada sifat Warak, kerana seperti yang kita sudah tahu, masaalah Sharifah kahwin bukan Syed ini ada KHILAF diantara para Ulama', maka bagi seorang yang bersifat Warak hendaklah dia melakukan sesuatu yang dapat terkeluar dari KHILAF para Ulama', iaitu dengan berkahwin dengan Syed, dengan itu tiada seorang pun dari kalangan Ulama' yang mengatakan nikahnya itu TIDAK SAH.  Manakala jika dia mengikut pendapat yang membolehkan Sharifah kahwin dengan bukan Syed, walaupun SAH nikahnya, tetapi suka ke dia dengar bahawa ada Ulama' mengatakan bahawa nikahnya itu TAK SAH.
Wallahua'lam

…………………………….
Reply by syed jeffri on July 13, 2009 at 10:42pm

Assalamualikum,ana nk tnye psal hadis Nabi ini:


Sabda Rasulullah S.A.W Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara kerana Hartanya, kerana Keturunannya, kerana Kecantikannya, kerana Agamanya, maka pilihlah yang beragama maka selamatlah kamu. (HADIS SHOHIH)
jadi persoalannya,  apa yang kita buat nie tak bertentangan ke dengan apa yang nabi ajar pada kita?
apa yang ana lihat pada hari ini kita lebih mengutamakan nasab(keturunan) daripada agama, apa pandangan enta tentang ini?
adakah kita perlu mengutamakan keturunan juga sekiranya kita yakin telah menjumpai wanita solehah?
kalau nak di ikutkan keturunan, iman itu tidak diwarisi walaupun ayahnya seorang nabi, boleh lihat contoh kisah nabi nuh a.s
(Minta tolong bagi hujah(hadis) yang kuat untuk menerangkan keterangan di atas)

Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on July 14, 2009 at 4:46am

Wa'alaikumussalaam,Ya Akh Jeffry
Pertama sekali, bukan lah tugas kita sebagai seorang yang tidak sampai ke darajat Ijtihad untuk berhujjahkan sesuatu masaalah setakat beralaskan dalil yang Shohih yang kita ketahui.
Sebagai contoh, Imam Shafi'e sendiri mempunyai banyak hukum yang beliau jelaskan pada kita, sedangkan hukum itu bercanggah dengan beberapa Hadith yang Shohih. Ini terjadi adalah kerana Imam Shafi'e telah berijtihad untuk tidak menggunakan Hadith Shohih tersebut sebagai dalil bagi hukum2 tertentu kerana sebab2 tertentu, seperti dia mengetahui Hadith lain yang memansukhkan Hadith Shahih tadi atau mungkin Hadith Shohih itu hanyalah Hadith Khaas, atau Imam Shafi'e mempunyai penafsirannya tersendiri terhadap Hadith itu, dan macam2 lagi kemungkinan yang lain.
Jadi mengenai Hadith yang antum sebutkan itu, memang ana tidak menafikan kesahihannya, tetapi bukan bermakna setiap Mujtahid akan mengambil Hadith tersebut untuk menjadikannya sebagai dalil bagi sesuatu hukum. Ini tergantung pada Ijtihad para Mujtahid.
Bagi para Salafusshooleh dari kalangan Baa'alawi juga beberapa imam2 Mujtahid yang lain, mereka tidak setakat mengambil Hadith tersebut untuk menjadikannya dalil bahawa seorang Sharifah boleh kahwin dengan bukan Syed.  Tetapi daripada ijtihad mereka, Hadith tersebut tanpa dinafikan kesahihannya, mereka tidak menjadikan dalil seperti tersebut kerana mereka mempunyai Hujjah2 yang lain yang beralaskan Ijtihad mereka.

Tidak semestinya bagi para Mujtahid di dalam ijtihad mereka, diperlukan dalil dari AL-QURAN atau HADITH yang Shohih.  Kerana Ijtihad para Mujtahid juga beralaskan IJMA' ULAMA' dan juga QIAS.
Antum boleh dapati lebih jelas lagi dalam penerangan ini di dalam ilmu USUL FIQH.
Jika ada dikalangan para mujtahid yang munggunakan Hadith tersebut di dalam ijtihad mereka untuk menjelaskan hukum bahawa seorang Sharifah boleh berkahwin dengan bukan Syed, itu tidak boleh menyalahi Ijtihadnya Mujtahid yang lain hasil Ijtihad mereka berlainan.
Rasulullah SAW ada memberi tahu kita di dalam salah satu Hadithnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya:
"Jika seorang Mujtahid berijtihad kemudian dia betul dalam ijtihadnya, maka baginya dua pahala, dan jika seorang berijtihad kemudian dia tersalah di dalam ijtihadnya, maka baginya satu pahala".
Ini menunjukkan bahawa semua dari kalangan Mujtahid yang muktabar, mereka semua benar walaupun berlainan hasil ijtihadnya. Begitulah juga yang berlaku di kalangan para sahabat Radhiallahu 'Anhum.
Akhir sekali, jangan lah kita terburu2 untuk memahami sesuatu setakat beralaskan fahaman kita yang serba kekurangan ini. walaupun ia adalah dari Al-Quran ataupun Sunnah.
Habib Abdullah Bin Alwi Alhaddad pernah berkata di dalam Diwannya:
وسلم لأهل الله في كل مشكل لديك ---- ولديهم واضح بالأدلة
Yang ertinya: Serahkan pada para Awlia'ullah, di dalam setiap kemusykilan yang kamu hadapi ( Terhadap kepercayaan,pegangan mereka dll), Bagi mereka ia amatlah jelas dengan beralaskan Dalil2 yang banyak.

Wallahua'lam




Dan sekali lagi jika katakanlah bahawa seandainya ibu Imam Shafi'e itu seorang Sharifah. Itu tetap tidak bercanggah dengan keterangan ana dalam forum ini, kerana mungkin pernikahan ibunya itu atas dasar REDHO untuk menjatuhkan hak Kafaahnya. Maka kita tidak boleh menjadikan perbuatannya sebagai Hujjah. Lagipun itu adalah dari ijtihadnya ataupun ijtihad Imam yang ibunya bertaklid. Ia tidak boleh menyalahi ijtihad para Mujtahid yang lain.
Begitu jugalah yang akan ana katakan jika antum mengeluarkan semua bukti tambahan yang lain yang antum kata ianya adalah bukti dari sejarah.
Ana harap kita sama2 dapat memahami masaalah ini dengan jelas. Janganlah kita terburu buru untuk menyalahkan orang lain tanpa kita periksa dengan teliti akan pendapat mereka.
Semoga sama2 kita dapat menerima yang hak walaupun ianya pahit bagi kita kerana mungkin kita baru mendengarnya. Tetapi yang hak itu tetap hak, tidak akan kemana.
Wallahua'lam



Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on July 25, 2009 at 3:19am

Di dalam hadith tersebut hanya membahaskan tentang ketakwaan. Tiada apa2 yang menafikan adanya Kafaah di dalam Nikah.
Janganlah kita ingin menyalahi pendapat seorang mujtahid hanya dengan kita ketahui beberapa dalil yang pernah kita baca ataupun dengan mengetahui dalil seorang mujtahid yang lain.Itu semua tidak boleh menafikan ijtihad seorang mujtahid yang muktabar. Kerana semua para mujtahid muktabar mereke benar dan boleh kita bertaklid kepada mereka.
Wallahua'lam


Reply by Sh Munirah Binti Sy Mukhsin on July 25, 2009 at 12:06am

-       Allah Ta’ala berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan Kami telah menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kalian disisi Allah adalah yang paling bertaqwa”.

-     
- At-Tirmidzi meriwayatkan dengan isnad hasan, dari Abu Hatim Al-Mazini, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Jika datang kepada kalian seorang laki-laki yang kalian ridha terhadap Din dan Akhlaqnya, maka terimalah lamaran pernikahannya. Jika kalian tidak melakukan yang demikian, maka akan terjadi fitnah diatas muka bumi dan kerusakan yang besar”. Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, meskipun pada dirinya …! Rasulullah menyahuti, “Jika datang kepada kalian seorang laki-laki yang kalian ridha terhadap din dan akhlaqnya, maka terimalah lamaran pernikahannya”. Beliau mengucapkannya tiga kali.

-     
Hadits ini merupakan arahan kepada para wali agar tidak menolak lamaran seorang laki-laki yang bagus Dinnya, Amanah, dan berAkhlaq mulia, karena lebih mengutamakan yang nasabnya lebih terpandang, status sosialnya lebih tinggi, hartanya lebih melimpah, dan sebagainya. Sebab jika ini terjadi akan timbul fitnah yang dahsyat dan kerusakan yang tak berujung.

-     
- Rasulullah saw pernah melamar Zainab bint Jahsy untuk beliau nikahkan dengan Zaid ibn Haritsah. Tetapi, Zainab dan juga saudara laki-lakinya, Abdullah, menolak lamaran itu, karena merasa nasabnya jauh lebih tinggi sementara Zaid adalah seorang budak. Maka turunlah firman Allah : “Dan tidaklah layak bagi seorang mukmin atau mukminah jika Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu perkara, memiliki pilihan dalam urusan mereka itu. Barangsiapa bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia telah sesat sesesat-sesatnya”. Sehingga, Abdullah menyerahkan semuanya kepada Nabi. Maka Nabi pun menikahkan Zainab dengan Zaid.

-     
- Abu Hudzaifah telah menikahkan Salim dengan Hindun bint Al-Walid ibn Utbah ibn Rabi’ah, sementara Salim adalah bekas budak seorang wanita Anshar.

-     
- Bilal ibn Rabbah telah menikahi saudara perempuan Abdurrahman ibn Auf.

-     
- Imam Ali – semoga Allah memuliakan wajahnya – pernah ditanya tentang hukum kafaah dalam pernikahan, maka beliau pun berkata, “ Manusia itu sekufu satu sama lain, baik itu Ajam ataupun Arab, termasuk suku Quraisy dan Hasyimi, dengan syarat beragama Islam dan beriman.
Diantara golongan ini ialah para ulama Malikiyah.

-     
Imam Asy-Syaukani berkata, “Diriwayatkan dari Umar, Ibnu Mas’ud, Muhammad ibn Sirin, dan Umar ibn Abdil Aziz, dan dirajihkan oleh Ibnul Qayyim, pendapat demikian : “Yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dengan mempertimbangkan kafaah adalah dalam hal Din ….sehingga seorang muslimah tidak boleh menikah dengan laki-laki kafir, demikian pula seorang wanita yang menjaga diri tidak boleh menikah dengan seorang pendosa….  Al-Qur’an dan As-Sunnah sama sekali tidak memaksudkan kafaah dengan makna selain itu. Seorang muslimah dilarang menikah dengan laki-laki pezina dan pendosa, meskipun laki-laki itu nasabnya terpandang, kaya raya, dan sebagainya. Seorang bekas budak boleh saja menikahi seorang wanita yang bernasab terpandang dan kaya raya, jika laki-laki itu muslim dan bertaqwa… Seorang laki-laki yang bukan Quraisy boleh saja menikahi wanita Quraisy. Seorang laki-laki yang bukan Hasyimi boleh saja menikahi wanita Hasyimi. Seorang laki-laki yang miskin juga boleh menikahi wanita yang kaya raya”. [Zaadul Ma'ad J IV, hal 22]

-     
Ketiga. Adapun sebagian besar Fuqaha juga berpendapat sama dengan para ulama Malikiyah dan lain-lainnya yang mengatakan bahwa yang dimaksud dengan kafaah yang harus dipertimbangkan ialah dalam hal din, sehingga seorang laki-laki fasiq tidaklah sekufu dengan wanita yang menjaga diri. Hanya saja, mereka tidak mencukupkan kafaah sampai disitu saja, tetapi meluaskan arti dan cakupannya pada hal-hal yang lain, antara lain :

-     
Pertama, nasab.

-     
Maksudnya, orang Arab sekufu dengan orang Arab yang lainnya. Orang Quraisy sekufu dengan orang Quraisy yang lainnya. Orang Ajam tidak sekufu dengan orang Arab. Orang Arab umum tidak sekufu dengan orang Arab Quraisy.

-     
Argumentasi yang mereka pakai :

-     
* HR Al-Hakim, dari Ibnu Umar, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Orang Arab itu sekufu dengan sesama Arab, dari kabilah apa saja, kecuali tukang tenun dan tukang bekam”. Ibnu Abi Hatim menanyakan hadits ini kepada bapaknya, maka bapaknya berkata, “Hadits ini dusta dan tidak ada asalnya”. Daruquthni berkomentar dalam Al-’Ilal, “Hadits ini tidak sah”. Ibnu Abdil Barr berkata, “Hadits ini munkar dan maudhu’ (palsu)”.

-     
* HR Al-Bazzar, dari Mu’adz ibn Jabal, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Orang Arab sekufu dengan sesama Arab, dan Mawali (campuran Arab dengan Ajam) sekufu dengan sesama Mawali”. Dalam sanad hadits ini terdapat Sulaiman ibn Abil Jaun [dan dia lemah]”. Ibnul Qaththan berkata, “Hadits ini tidak dikenal… Dalam isnadnya dikatakan dari Khalid ibn Mi’dan dari Mu’adz, padahal Khalid tidak pernah mendengar dari Mu’adz… Jadi tidaklah sah menyandarkan masalah kafaah dalam nasab pada hadits ini”.

-     
* Atsar yang diriwayatkan oleh Daruquthni, dari Umar ibn Al-Khaththab ra , beliau berkata, “Sungguh aku melarang dihalalkannya kemaluan para wanita yang terhormat nasabnya, kecuali dengan orang-orang yang sekufu”.

-     
* Para ulama Syafi’iyah dan juga Hanafiyah mengakui Sahnya mempertimbangkan nasab dalam masalah kafaah dalam pengertian sebagaimana tersebut diatas. Hanya saja diantara mereka terdapat perbedaan pendapat tentang apakah setiap Quraisy sekufu dengan Hasyimi dan Muthallibi. Adapun ulama Syafi’iyah, mereka berpendapat bahwa tidak setiap laki-laki Quraisy sekufu dengan wanita Hasyimi dan Muthallibi.

-       Mereka berdalil dengan hadits riwayat Wa-ilah ibnul Asqa’, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah diantara Banu Ismail, kemudian Dia memilih Quraisy diantara Kinanah, kemudian Dia memilih Bani Hasyim diantara Quraisy, kemudian Dia memilih aku diantara Bani Hasyim. Jadi aku adalah yang terbaik diantara yang terbaik”. [HR Muslim]. Al-Hafizh (Ibnu Hajar Al-Asqalani) berkata dalam Fathul Bari, “Yang benar ialah mengutamakan Bani Hasyim dan Bani Muthallib diatas yang lainnya… Adapun selain kedua suku itu, maka mereka semuanya sekufu satu sama lain”.

-     
Yang benar [menurut As-Sayyid Sabiq] tidaklah demikian. Sesungguhnya Nabi saw telah menikahkan kedua puterinya dengan Utsman ibn Affan. Beliau saw juga telah menikahkan Abul Ash ibnur Rabi’ dengan Zainab, puteri beliau. Padahal Utsman dan Abul Ash adalah keturunan Abdus Syams… Beliau saw juga telah menikahkan Umar dengan puterinya, Ummu Kaltsum, padahal Umar adalah seorang Adawi. Yang demikian ini karena keutamaan ilmu mengalahkan setiap nasab dan segenap keutamaan yang selainnya. Sehingga, seorang alim adalah sekufu dengan wanita yang manapun juga, apapun nasab wanita itu, meskipun laki-laki alim itu nasabnya tidak terpandang.

-       Hal ini didasarkan kepada sabda Nabi saw, “Manusia itu [ibarat] bahan tambang, ada yang seperti emas dan ada yang seperti perak. Yang paling baik diantara mereka pada masa jahiliyah tetap merupakan yang paling baik dalam [lingkungan] Islam, jika mereka orang-orang yang paham”. Juga berdasarkan firman Allah Ta’ala, “Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang dikaruniai ilmu beberapa derajat”. [QS Al-Mujadalah : 11]. Demikian pula Allah berfirman, “Katakan : Apakah sama antara orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?”

-     
Demikianlah pendapat para ulama Syafi’iyah tentang nasab bagi orang-orang Arab. Adapun bagi orang-orang Ajam, diantara mereka ada yang berkata, “Kafaah diantara mereka tidaklah diukur dengan nasab”. Tetapi diriwayatkan dari Imam Syafi’i dan kebanyakan sahabat-sahabatnya bahwa orang-orang Ajam juga bertingkat-tingkat nasabnya (dan hal itu dipertimbangkan dalam masalah kafaah), dikiaskan dengan hal yang serupa di kalangan org2 Arab/

minta penjelasan ya ustaz.....

Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on July 25, 2009 at 3:14am

Secara ringkas insya'Allah ana akan cuba mejelaskan kemusykilan antum.
Ana rasa antum copy paste artikel itu dari: http://izmi.wordpress.com/2008/06/ Yang mana artikel itu ditulis oleh seorang yang bernama Muhammad Ra’fat Utsman di dalam kitabnya "Fiqhun Nisaa’".
Pertama sekali ketahuilah bahawa beliau iaitu Muhammad Ra’fat Utsman adalah diantara mereka yang tidak berpegang kepada Mazhab. Dan hanya mengeluarkan pendapat2 imam Mujtahid yang terdahulu kemudian mereka mentarjihkan pendapat mana yang pada mereka lebih tepat mengikut apa yang mereka ketahui.

Apa yang dilakukannya sebenarnya adalah tugas seorang Mujtahid. Dan perbuatan itu juga seperti ingin menunjukkan bahawa beliau lebih 'Alim dari para Mujtahid2 seperti imam Shafi'e, Hanafi, Maliki dan Hambali.

Diantara fatwa beliau yang ana pernah baca adalah Hendaklah bagi negara yang menghasilkkan minyak, WAJIB bagi kerajaannya untuk keluarkan zakat minyak itu sebanyak 20%. Sedangkan para Imam2 empat telah bersatu mengatakan bahawa ianya TIDAK WAJIB.
Dan diantara kata2 ulama' yang beliau jadikan hujjah adalah seperti As-Sayyid Sabiq dan Imam Asy-Syaukani yang mana Ulama' seperti mereka adalah golongan mereka yang melarang kita untuk bertaklid kepada seorang Imam Mujtahid dan meWAJIBkan kita mengetahui setiap dalil bagi setiap hukum yang kita ingin lakukan, tidak cukup hanya seperti kita kata kita ini bertaklid kepada mazhab Shafi'e. Dan mereka MENYALAHkan siapa yang tidak mengikut ajaran mereka.
Adakah antum rasa mereka2 ini adalah Ulama' yang sepatutnya kita berpegang kepada hujjah2 dan pendapat mereka???

Ana tidak mengatakan mereka SESAT tetapi bagi ana dan apa yang ana diajarkan oleh guru2 ana, adalah lebih selamat jika kita mengikut dan bertaklid kepada pendapat2 imam2 Mujtahid yang muktabar seperti Imam Shafi'e.
Dan kemusykilan yang antum hadapi sekarang, sebenarnya sudah banyak kali ana jelaskan sebelum ini.

Pertama sekali jika kita perpegang kepada pendapat seorang Mujtahid dan kita ketahui Dalil2nya, adalah SALAH jika kita menyalahi pendapat seorang Mujtahid yang lain dengan hanya beralaskan Dalil2 yang kita ketahui itu.

Sesungguhnya Mujtahid yang lain itu dia mempunyai hujjah2nya sendiri kerana pendapat mereka berasaskan Al-QURAN, SUNNAH, IJMA' ULAMA dan juga QIAS. Dan pendapat mereka juga berasaskan Ijtihad. (Maksud ana di sini adalah Mujtahid yang muktabar yang cukup syarat2 nya untuk menjadi seorang mujtahid, bukan lah seorang yang belajar beberapa tahun di dalam beberapa ilmu kemudian ingin berijtihad).
Sedangkan Rasulullah SAW tidak menyalahkan seorang Mujtahid muktabar jika tidak tepat Ijtihad mereka.
Telah berkat Rasulullah SAW di dalam hadith yang shohih:
Yang ertinnya: "Jika seorang mujtahid,dia berijihad kemudian dia betul di dalam ijtihadnya,maka baginya dua pahala,dan jika seorang mujtahid dia berijtihad kemudian dia tersalah dalam ijtihadnya maka baginya satu pahala"

Mengenai:
Nabi saw telah menikahkan kedua puterinya dengan Utsman ibn Affan. Beliau saw juga telah menikahkan Abul Ash ibnur Rabi’ dengan Zainab, puteri beliau. Padahal Utsman dan Abul Ash adalah keturunan Abdus Syams… Beliau saw juga telah menikahkan Umar dengan puterinya, Ummu Kaltsum, padahal Umar adalah seorang Adawi
Perlu kita ketahui, bahawa diantara hujjah para salaf Baalawi di dalam ijtihad mereka yang mengatakan bahawa seorang Sharifah Tidak Boleh menikahi seorang yang tidak sekufu', adalah kerana bagi mereka hanya boleh pernikahan itu SAH hanya jika dapat REDHO dari semua Wali2 tidak kira Wali yang dekat ataupun wali yang jauh.
Berkenaan dengan pernikahan2 yang disebutkan itu. Itu terjadi kerana adalah mudah pada ketika itu untuk mendapatkan REDHO dari semua Wali2 mereka yang dekat dan yang jauh. Manakala bagi zaman kita ini adalah susah dan boleh dikatakan mustahil untuk mendapatkan Redho untuk menjatuhkan hak Kafaah yang para Wali2 perempuan itu yang dekat dan yang jauh miliki. Ana pasti tiada siapa yang mampu melakukan sedemikian kerana mungkin sudah jutaan Saadah yang ada di muka bumi ini sekarang.
Tambahan dari jawapan itu, pada ketika itu masih belum banyak lagi keturunan Rasulullah sehingga boleh mereka menikahi diantara mereka.
Di dalam artikel yang antum keluarkan itu,ada menyebut:


Adapun ulama Syafi’iyah, mereka berpendapat bahwa tidak setiap laki-laki Quraisy sekufu dengan wanita Hasyimi dan Muthallibi. Mereka berdalil dengan hadits riwayat Wa-ilah ibnul Asqa’, bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah diantara Banu Ismail, kemudian Dia memilih Quraisy diantara Kinanah, kemudian Dia memilih Bani Hasyim diantara Quraisy, kemudian Dia memilih aku diantara Bani Hasyim. Jadi aku adalah yang terbaik diantara yang terbaik”. [HR Muslim]. Al-Hafizh (Ibnu Hajar Al-Asqalani) berkata dalam Fathul Bari, “Yang benar ialah mengutamakan Bani Hasyim dan Bani Muthallib diatas yang lainnya… Adapun selain kedua suku itu, maka mereka semuanya sekufu satu sama lain”.

Maka adakah SALAH bagi kita untuk mengikut pendapat mazhab Imam Shafi'e???  yang mana sudah ratusan ribu Ulama' yang mengiktibar Mazhab Shafi'e sebagai Mazhab yang Shahih yang boleh kita ikut.

Adakah kerana kita terbaca Dalil2 yang kita temui atau kita melihat Dalil para mujtahid lain, kita ingin menyalahkan pendapat Imam Shafi'e dan juga Ulama'2 di dalam mazhabnya???
Semoga kita diberi taufiq dan hidayahnya untuk mengetahui yang mana hak dan yang mana baatil
Wallahua'lam

Reply by Abdurrahman Balkhi on July 29, 2009 at 1:39am

Salam...ya Wan Muhammad Izzat Wan N. Anas, ana nak tambah sikit... masalah BOLEH atau TAK BOLEH, AFDHAL atau tidak,  HALAL atau HARAM dan sebagainya adalah masalah FIGHIAH,  jadi harus dipandang dan diambil dari Ulama' Figh yg berdasarkan HADITH dan QUR'AN,  tetapi Nas2 nt ni semua dari kitab2 Sirah yg tidak disokong oleh Hadith2 atau ayat Qur'an...  dan kalau nt selidik yg paling banyak penipu adalah Ulama Sirah melainkan disokong oleh Hadith2 walaupun bukan Sohih,  ini semua adalah kerja2 org2 kafir untuk memecahbelahkan Islam... jadi kalau boleh keluarkan Nas2 Fighiah dari kutub2 Figh... ana bukan nak mengata yg Ulama2 Sirah yg nt katakan semua penipu kerana ana pun bukan ahli sirah cuma nas nt kurang mantap kerana boleh sahaja ana kata orang2 itu semua Mujtahid Mutlak jadi mereka pakai Ijtihad sendiri.... kerana apabila kita berbual tentang Figh hendaklah kita berdasarkan dengan kitab2 Figh dan apabila kita berbual tentang Sirah kita pakai kitab2 Sirah.
Kata nt: Ana yakin, Nabi Muhammad SAW tidak pernah menjadikan satu sempadan kepada anak-anak cucunya untuk berkahwin dengan sesiapa. Lagipun, bagilah peluang kepada ahwal untuk merasai hidup dengan ahli bait dan mendapat zuriat daripada mereka. Bukankah banyak fadhail Ahl Bait?
Kalau ahwal itu sayang pada Ahl Bayt,  dia takkan mengganggu Ahl Bayt dengan mengacau dan memutuskan nasab2 mereka...
Allah telah menjadikan manusia berpuak2 dan tiada yg lebih tinggi melainkan yg bertaqwa, tak kira orang apa.... tetapi Allah dan Rasulullah S.A.W. mengajar kita untuk menyayang keluarga kita dan juga menjaga mereka, dan dengan melarang dan mengurangkan perkahwinan Syarifah dengan bukan Syed akan mengurangkan Ahl Bayt untuk menyimpang dari ajaran2 datuk nenek mereka yg bersambung kepada Rasulullah S.A.W.

Memang benar Ahlu Bayt ada banyak Fadhail dan keutamaan Dzatiyah dan keutamaan Amaliyah, para Ahlul Bait dan keturunan Rasul memiliki keutamaan ganda, keutamaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Keutamaan ganda itulah (khususnya keutamaan Dzatiyah) yang mendasari pelaksanaan Kafa'ah di kalangan keturunan Rasullulah. Jadi ana ada nukil sedikit beberapa penjelasan di bawah:
Sebelum kita membahas lebih lanjut mengenai kafa'ah Syarifah, marilah kita perhatikan Hadits yang menceritakan tentang adanya kafa'ah di kalangan wanita Arab.

Telah diceritakan dalam kitab Syarah al-Wasith bahwa Umar bin Khattab akan menikahkan anak perempuannya kepada Salman al-Farisi, kemudian berita tersebut sampai kepada Amr bin Ash, dan beliau berkata kepada Salman: Saya lebih setara (sekufu') dari pada engkau. Maka Salman berkata: Bergembiralah engkau. Dan selanjutnya dengan sikap tawadhu' Salman berkata: Demi Allah, saya tidak akan menikah dengan dia selamanya.
Ketika Salman al-Farisi hendak sholat bersama Jarir, salah satu sahabatnya yang berasal dari bangsa Arab, Salman dipersilahkan menjadi imam sholat, kemudian Salman al-Farisi berkata: 'Tidak! engkaulah yang harus menjadi imam. Wahai bangsa Arab, sesungguhnya kami tidak boleh mengimami kamu dalam sholat dan tidak boleh menikahi wanita-wanita kamu. Sesungguhnya Allah swt telah memelihara kamu atas kami disebabkan kemuliaan Muhammad saw yang telah diciptakan dari kalangan kamu'.

Dalam riwayat lain dari Salman al-Farisi:
نهانا رسول الله أن نتقدم أمامكم أو ننكح نساءكم
"Sesungguhnya Rasulullah telah melarang kami untuk memimpin (mengimami) kamu atau menikahi wanita-wanita kamu."
Dari hadits tersebut jelaslah bahwa di kalangan wanita Arab telah ada kafa'ah nasab dalam perkawinan. Hal tersebut dibuktikan oleh penolakan Salman al-Farisi yang berasal dari Persi (Ajam) ketika hendak dinikahkan dengan wanita Arab.

Jika dalam pernikahan wanita Arab dengan lelaki non Arab saja telah ada Kafa'ah, apalagi halnya dengan Kafa'ah dalam pernikahan antara Syarifah dimana mereka adalah wanita Arab yang mempunyai kemuliaan dan keutamaan. Kemuliaan dan keutamaan yang didapatkan tersebut dikarenakan mereka adalah keturunan Rasulullah SAW.
Sedangkan hadits Rasulullah yang memberikan dasar pelaksanaan kafa'ah Syarifah adalah hadits tentang peristiwa pernikahan Siti Fathimah dengan Ali bin Abi Thalib, sebagaimana kita telah ketahui bahwa mereka berdua adalah manusia suci yang telah dinikahkan Rasulullah saw berdasarkan wahyu Allah swt .

Dalam kitab Makarim al-Akhlaq terdapat hadits yang berbunyi:
إنما انا بشر مثلكم أتزوّج فيكم وأزوّجكم إلا فاطمة فإن تزويجها نزل من السّماء , ونظر رسول الله إلى أولاد علي وجعفر فقال بناتنا لبنينا وبنونا لبناتنا
"Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa yang kawin dengan kalian dan mengawinkan anak-anakku kepada kalian, kecuali perkawinan anakku Fathimah. Sesungguhnya perkawinan Fathimah adalah perintah yang diturunkan dari langit (telah ditentukan oleh Allah Swt). Kemudian Rasulullah memandang kepada anak-anak Ali dan anak-anak Ja'far, dan beliau berkata : Anak-anak perempuan kami hanya menikah dengan anak-anak laki kami, dan anak-anak laki kami hanya menikah dengan anak-anak perempuan kami".
Menurut hadits di atas dapat kita ketahui bahwa: Anak-anak perempuan kami (Syarifah) menikah dengan anak-anak laki kami (Sayid/syarif), begitu pula sebaliknya anak-anak laki kami (Sayid/syarif) menikah dengan anak-anak perempuan kami (Syarifah).

Berdasarkan hadits ini jelaslah bahwa pelaksanaan Kafa'ah yang dilakukan oleh para keluarga Alawiyin didasari oleh perbuatan Rasul, yang dicontohkannya dalam menikahkan anak puterinya Fathimah dengan Ali bin Abi Thalib.  Hal itu pula yang mendasari para keluarga Alawiyin menjaga anak puterinya untuk tetap menikah dengan laki-laki yang sekufu sampai saat ini.
Di zaman Syekh Umar Muhdhar bin Abdurahman al-Saqqaf, oleh para keluarga Alawiyin beliau diangkat menjadi 'Naqib al-Alawiyin' yang salah satu tugas khususnya adalah menjaga agar keluarga Alawiyin menikahkan putrinya dengan lelaki yang sekufu'.

Mustahil jika ulama Alawiyin seperti Muhammad bin Ali al-Faqih al-Muqaddam, Syekh Abdurahman al-Saqqaf, Syekh Umar Muhdhar, Syekh Abu Bakar Sakran, Syekh Abdullah Alaydrus, Syekh Ali bin Abi Bakar Sakran dan lainnya, melaksanakan pernikahan yang sekufu' antara Syarifah dengan Sayid hanya berdasarkan dan mengutamakan adat semata-mata dengan meninggalkan ajaran datuknya Rasulullah Saw sebagai Uswatun Hasanah bagi umat, padahal mereka bukan saja mengetahui hal-hal yang Zhohir tapi juga mengetahui hal-hal Bathin yang didapat karena kedekatan mereka dengan Allah SWT.
Para ulama Alawiyin mempunyai sifat Talazum (tidak menyimpang) dari alQuran dan seruannya, mereka tidak akan berpisah meninggalkan alQuran sampai hari kiamat sebagaimana Hadits menyebutkan mereka sebagai padanan alQuran, dan mereka juga sebagai bahtera Penyelamat serta sebagai pintu Pengampunan.

Kepada siapapun yang mempunyai fikiran bahwa ulama Alawiyin yang melaksanakan pernikahan antara Syarifah dengan Sayid berdasarkan adat semata-mata, dianjurkan untuk BERISTIGHFAR dan mengkaji kembali mengapa para ulama Alawiyin mewajibkan pernikahan tersebut, hal itu bertujuan agar kemuliaan dan keutamaan mereka sebagai keturunan Rasulullah Saw yang telah ditetapkan dalam alQuran dan Hadits Nabi saw, tetap berada pada diri mereka.

Sebaliknya, jika telah terjadi pernikahan antara Syarifah dengan lelaki yang bukan Sayid, maka anak keturunan selanjutnya adalah BUKAN Sayid, hal itu disebabkan karena anak mengikuti garis ayahnya, akibatnya keutamaan serta kemuliaan yang khusus dikarunia oleh Allah Swt untuk Ahl Bait dan keturunannya tidak dapat disandang oleh anak cucu keturunan seorang Syarifah yang menikah dengan lelaki yang bukan Sayid.
Hadits-hadits lain yang menjadi dasar pelaksanaan kafa'ah adalah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani, Al-Hakim dan Rafi'i:
فإنهم عترتي, خلقوا من طينتي ورزقوا فهمي و علمي, فويل للمكذّبين بفضلهم من أمتي القاطعين منهم صلتي لا أنزلهم الله شفاعتي

"…maka mereka itu keturunanku diciptakan (oleh Allah) dari darah dagingku dan dikaruniai pengertian serta pengetahuannku. Celakalah (neraka wail) bagi orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dari mereka. Kepada mereka itu Allah tidak akan menurunkan syafa'atku."

Adapun makna yang terkandung dalam hadits ini adalah dalam hal Nasab mustahil akan terjadi pemutusan hubungan keturunan Nabi SAW kalau tidak dengan terputusnya Nasab seorang anak dan tidak akan terputus Nasab seorang anak kalau bukan disebabkan perkawinan Syarifah dengan lelaki yang tidak menyambung nasabnya kepada Nabi SAW.

Dan jika telah terjadi pemutusan hubungan tersebut, maka menurut Hadits di atas Nabi Muhammad tidak akan memberi Syafa'atnya kepada orang yang memutuskan hubungan keturunannya kepada Rasulullah melalui perkawinan Syarifah dengan lelaki yang bukan Sayid.
Dalam berbagai buku sejarah telah tertulis bahwa khalifah Abu Bakar dan Umar bersungguh-sungguh untuk melamar Siti Fathimah dengan harapan keduanya menjadi menantu Nabi.

Al-Thabary dalam kitabnya yang berjudul Dzakhairul Uqba halaman 30 mengetengahkan sebuah riwayat, bahwa Abu Bakar Ash-Shiddiq pernah meminang Siti Fathimah, oleh Rasulullah dijawab: 'Allah belum menurunkan takdir-Nya'. Demikian pula jawaban Rasulullah kepada Umar bin Khattab ketika meminang Siti Fathimah ra.
Mengapa mereka ingin menjadi menantu nabi?  Dua orang sahabat itu meminang Fathimah, semata-mata ingin mempunyai hubungan kekerabatan dengan Rasulullah dan karena keutamaan-keutamaan yang diperoleh keluarga nabi menyebabkan mereka ingin sekali menjadi menantunya.

Mereka mendengar Rasulullah bersabda:
كلّ نسب وصهر ينقطع يوم القيامة إلا نسبي و صهري
"Semua hubungan nasab dan shihr (kerabat sebab hubungan perkawinan) akan terputus pada hari kiamat kecuali nasab dan shihr-ku"

Jadi memang kita tak nafikan yg perkara Boleh atau Tak Boleh Syarifah nikah dengan bukan Syed adalah masalah KHILAFIYAH seperti yg telah Muhammad Alkaff jelaskan... tetapi adalah WARA' bagi seseorang untuk mencari jalan keluar dari Khilaf dengan mengambil masalh yg tiada khilafnya... seperti kalau seorang Syarifah bernikah dengan seorang bukan Syed; ada Ulama kata SAH dan ada ulama kata TAK SAH .... jadi lebih Wara' untuk Syarifah itu untuk jangan bernikah dengan selain Syed melainkan dalam masalah2 darurat seperti yg telah dijelaskan oleh Muhammad Alkaff
Jadi ana harap nt dapat mengeluarkan dalil2 dan nas2 Syar'iah Fighiah kalau mahu membahas masalh ini....

Wallahua'alam.




Reply by Abdurrahman Balkhi on July 30, 2009 at 11:35pm

Ana ingin tambah sikit buat renungan bersama....kita semua sedar bahawa masalah ini masalah KHILAFIYAH tetapi para salaf Alawiyin memang mencegah perkahwinan antara Syarifah dengan bukan Syed melainkan ada darurat2 yg telah di diibaratkan Hb Abdurrahman Masyhur di Bighiah Mustarsyideen... dan seperti yg kita semua dah tahu dan telah diberi tahu beribu ribu kali para salaf Alawiyin diantara mereka Mujtahid Mutlak seperti Imam Abdullah Alhaddad, Imam Ali Alhabsyi Sohibu Simtudoror, Hb Omar Bin Abdurrahmn Alattas, Hb Omar Muhdhor dan lain2, malah mereka ni semua dah sampai tahap HAKIKAT, jadi siapa lah kita ni yg tak setanding langsung dengan mereka hendak mengata bahawa mereka ni telah salah???
Walhasil kesimpulan nya dari Mazhab Syafie: Pernikahan Syarifah dengan bukan Syed adalah TIDAK SAH melainkan dengan REDHO Wali2 Syarifah itu (seperti yg telah dibahaskan terdahulu), tetapi itu juga adalah MAKRUH TANZIH hukumnya yg menunjukkan bahawa ianya memang sangat2 tidak digalakkan.
Telah berkata Assarkhasi: 'Dan memalukan (mencemar) diri sendiri adalah haram, Telah berkata Rasulullah S.A.W. : "Bukan seorang Mu'min untuk memalukan (mencemar) dirinya sendiri" , tetapi ianya (yakni memalukan/mencemar diri sendiri) adalah dibolehkan dari segi darurat.

Dia berkata lagi : Dan dalam meniduri seorang wanita yang bukan sekufu' dengannya menambah malu (pada lelaki itu). - jadi macam mana kita nak kata bahwa kalau kita kasi Syarifah kahwin dengan bukan Syed adalah suatu benda yg baik, sedangkan ianya suatu benda yg AIB??   malah kita harus melarangnya melainkan ada darurat2 yg tidak dapat dielakkan.... Ini semua bukan pendapat ana , semuanya ana ambil dari kalam2 Mujtahid.
Jadi selepas kita tahu semua ini, kalau masih ada juga yg masih berpegang bahawa perkahwinan Syarifah dengan bukan Syed adalah perkara yg normal dan baik, dan kita tidak harus melarangnya kerana ada nas yg membolehkannya dengan syarat2 yg tertentu....ia menunjukkan bahawa orang itu kurang Wara'nya.
Buat renungan… kita cuba jangan lihat dari segi hukum, kita lihat raja2 sahaja, adakah seorang raja akan mengahwinkan puterinya dengan seorang rakyat jelata yg biasa dan bukan bangsawan??...sudah tentu tidak, dan kita boleh terima ini, tetapi bila bab Syarifah kena kahwin dengan Syed orang susah nak terima, kenapa?   Fikirkanlah...

Rasulullah S.A.W. ada berkata di dalam sebuah Hadith Sahih: "Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sungguh, barangsiapa mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barangsiapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah Ta'ala."
Wallahua'lam

Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on August 10, 2009 at 3:35pm

NO 10 - Alhabib Al'Allaamah Abdurrahman Bin Muhammad Almasyhur Mufti Hadhrmaout dahulu berkata di dalam kitabnya "Bughyatul Mustarshidiin" yang ringkasannya bermaksud: Walau pun ada diantara Ulama' yang membolehkannya, tetapi salaf Ba'alawi kita mempunyai Ijtihad yang sukar bagi seorang Faqih mengetahui rahsianya, maka serahkanlah sahaja pada mereka, kamu akan terselamat, atau jangan mengikut mereka, maka kamu akan rugi dan menyesal.
Begitulah hendaknya kita berpegang, iaitu mengikut jejak Salafussholeh dari golongan Ahl Bait. Sesungguhnya mereka lah diantara Hamba Allah yang paling berhati2 dalam menjaga perintah Allah dan yang paling bersungguh2 untuk mengikut Sunnah Rasulullah.
Dan tidak lah mereka berpendapat sedemikian kecuali itu adalah yang terbaik bagi mereka dari apa yang mereka lihat daripada rahsia2 yang tidak dapat di lihat oleh seorang yang hanya Faqih. Ini adalah kerana org yang Faqih itu dia hanya mampu berijtihad dengan menggunakan ilmu2 yang hanya Zahir baginya. Tetapi para salaf Baalawi kita mereka berijtihad, dengan menggunakan ilmu yang Zahir dan juga ilmu yang Batin.

Maka setelah kita tahu bahawa masaalah Kafaah ini adalah masaalah Khilafiyyah, maka marilah kita berbalik pada pendapat Salaf Baalawi kita.Bukan menyalahkan pendapat yang lain,tetapi bukankah mengikut jajak para saafussholeh itu yang terbaik.
Maka serahkanlah sahaja pada mereka, kamu akan terselamat, atau jangan mengikut mereka, maka kamu akan rugi dan menyesal
Wallahua'lam

……………….


Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on August 13, 2009 at 1:00am

Setakat ingin berkongsi bersama.
Mungkin ada yang pernah terdengar kata2 bahawa,jika seorang Sharifah berkahwin dengan seorang yang tidak sekufu' dengannya, maka perbuatannya itu akan membuatkan Sayyidatina Fatimah Radhiallahu 'Anha merasa sedih.  Adakah benar kata2 ini?.  dan apa Dalilnya jika kita kata bahawa ianya benar?
Pertama sekali marilah kita lihat pada Hadith2 berikut:
1) Di riwayatkan oleh Imam Bukhari ,bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam pernah berkata: " Fatimah adalah sebahagian daripada aku, maka siapa yang membuatnya murka, dia juga telah membuatku murka".

2) Di dalam hadith shohih yang lain pula mengatakan: " Wahai Fatimah, sesungguhnya Allah Subhaanahu Wata'aala murka dengan apa yang kamu murka kan, dan Allah Redho dengan apa yang kamu Redho".
Kedua2 Hadith tersebut dan juga ada beberapa Hadith yang lain yang maknanya lebih kurang, memberi tahu kita secara umum bahawa jika kita menyakiti atau membuat Sayyidatina Fatimah Radhiallahu 'Anha menjadi murka, maka itu adalah perbuatan yang Haram, kerana ia menimbulkan kemurkaan Allah.
Berbalik pada soalan2 tersebut. Daripada Hadith2 yang tersebut, para Ulama berbeza pendapat sama ada jika seorang Sharifah berkahwin dengan seorang yang tidak sekufu' dengannya itu juga termasuk di dalam menyakiti atau membuat Sayyidatina Fatimah menjadi murka atau tidak.
Kita sudah tahu bahawa di dalam masaalah kahwin tidak sekufu' ini ada Ulama yang membolehkannya dengan syarat2 tertentu dan ada yang melarang sama sekali.
Maka bagi para Ulama' yang membolehkannya walaupun dengan syarat2 tertentu, maka bagi mereka perbuatan ini bukanlah perbuatan yang menyakiti Sayyidatina Fatimah atau pun membuatnya murka. Dan ini juga bermakna perbuatan itu tidak membuat beliau menjadi sedih.
Tetapi bagi para Ulama' yang tidak membolehkannya, bagi mereka perbuatan ini adalah perbuatan yang menyakiti Sayyidatina Fatimah dan membuatnya murka. Dan sudah tentu jika beliau disakiti, maka beliau akan sedih dan itu membawa kepada kemurkaan Allah seperti di dalam Hadith.
Jadi ringkasannya, masaalah ini adalah termasuk di dalam masaalah KHILAAFIYYAH, maka janganlah kita menyalahi pandangan sesiapa pun jika kita ketahui bahawa pandangan itu adalah pandangan seorang Ulama' yang muktabar.
Sebagai renungan Ana pernah sebutkan di dalam forum yang lain, bahawa Sayyidina Almuhaajir Ahmad Bin Isa akan merasa sedih jika salah seorang dari keturunannya yang lelaki berkahwin dengan seorang yang bukan Sharifah, maka bagaimana pula perasaan beliau jika seorang Sharifah yang berkahwin dengan org yang tidak sekufu' dengannya. Itu perasaan beliau, seorang Waliyullah yang berketurunan Sayyidatina Fatimah Radhiallahu 'Anha, … bagaimana pula dengan perasaan Sayyidatina Fatimah sendiri dan bagaimana pula dengan perasaan Rasulullah SAW...........
Wallahua'lam
…………………

Reply by ABDUL RAHMAN on August 23, 2009 at 11:11am

Salam,

Syed dan Sharifah yang di hormati, ana ini kekurangan ilmu maka ana mohon kepada tuan-puan untuk menjawab soalan-soalan saya ini:
1) Adakah kafaah (kufu) menjadi syarat sah nikah? Jika ya, tolong tunjukkan ayat Quran atau hadith sahih untuk menyokong hujah tuan-puan.
2) Adakah terdapat mana-mana ayat Quran dan hadith sahih yang melarang seorang syarifah berkahwin dengan seorang lelaki Muslim bukan syed? Jika ya, sila tulis ayat-ayat Quran dan hadith sahih tersebut supaya ana boleh membacanya. Ana tidak suka jawapan yang kabur!
Saya amat menghargai ilmu pengetahuan bukan ketaksuban !

Terima kasih

……………….



Reply by محمد فاضل بن عمر بن أحمد العيدروس on August 23, 2009 at 2:07pm

Kafaah itu hak Wali dan si Perempuan dan mereka boleh menggugurkanya, seandainya salah satu dr keduanya Tak Setuju maka perkahwinan itu Tidak Sah dan Wali merupakan salah satu rukun Nikah.

Adapun dalil wajib iktibar (ambil kira) kafaah pada nasab dalam pernikahan sangat banyak dan diantaranya ialah:
1- تخيروا لنطفكم فإنّ العرق نزَّاع، فانكحوا الأكفاء و انكحوا إليهم. رواه ابن ماجه و البيهقي.
2- قول الرسول صلى الله عليه وسلم لسيدنا علي:ثلاث لا تؤخرها – الصلاة إذا أتت و الجنازة إذا حضرت و الأيم إذا وجدت لها كفوءا. رواه الترمذي.
3- إن الله اصطفى كنانة من ولد إسماعيل و اصطفى قريشا من كنانة و اصطفى من قريش من بني هاشم و اصطفاني من بني هاشم. رواه مسلم و الترمذي و غيرهما
من كتاب الإجابة عن عقيدة الفرقة الناجية في مسائل الخلافية للحبيب زين العابدين العلوي
قول سيدنا عمر بن الخطاب :لأَمْنَعَنَّ تَزَوُّجَ ذَوَاتِ الأَحْسَابِ إِلاَّ مِنْ الأَكْفَاءِ – (المصنف لابن أبي شيبة: 4/53 ح 17696 بلفظ: لأَمْنَعَنَّ فُرُوْجَ ذَوَاتِ الأَحْسَابِ إِلاَّ مِنْ الأَكْفَاءِ)
Untuk lebih terperinci bolehlah merujuk kitab2 fekah dan apa yang dikemukan oleh AlHabeb Mohd b. Ibrahim AlKaff sudah memadai.
Tentang dalil Quran dan Hadith sahih yang melarang seorang Syarifah berkahwin dengan seorang lelaki Muslim bukan Syed maka tidak al faqer jumpai, tetapi kalau ada larangan pun ini disebabkan oleh sebab lain yang dipanggil sebab aradhi atau sebab mendatang.

Sebagaimana hukum nikah didalam kitab-kitab Feqah yang disebut oleh Ulama adalah WAJIB, MANDUB, MAKRUH, HARUS dan HARAM.  Maka hukum setiap satu itu bergantung kepada ILLAHya.

Ana nasihatkan saudara AbdulRahman pergilah menuntut ilmu di pondok2 atau bertanyakan Tok Guru Pondok yang amanah.
…………….


Reply by محمد فاضل بن عمر بن أحمد العيدروس on August 23, 2009 at 2:12pm

Jawapan ini ana dapatkan dari laman web Jabatan Mufti Pulau Pinang, namun begitu apabila ana ingin membukanya kali kedua tak dapat,mungkin dah diubah urlnya.
http://www.penang.gov.my/mufti/e-fatwa/muka%20surat%203.htm

Soalan:
6. Nikah Perkahwinan
Seorang gadis yang berketurunan 'Sayyid' hendak berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang bukan berketurunan 'Sayyid', telah di halang oleh Walinya dengan alasan 'tidak kufu' (bukan seketurunan). Wali gadis itu juga telah memberi keterangan kepada Qadhi dan keluarga lelaki Melayu itu. Ia tidak mahu mewalikan anak gadisnya itu untuk di'Aqad Nikahnya dengan lelaki itu dengan alasan yang serupa di atas

 .

Persoalannya :
a) Bolehkah di pegang dengan alasan bapa gadis itu ?
b) Adakah boleh di pakai pada masa ini tentang masalah kufu ?
c) Dengan alasan di atas, bolehkah di katakan wali 'Adhal'?
d) Apakah hukumnya jika di'Aqadkan juga mereka di atas ?  Adakah haram ?
e) Sekiranya keturunan Syed tidak boleh di'Aqadkan dengan bukan keturunan Syed dengan cara Wali Hakim di sebabkan tidak kufu, adakah terdapat mana-mana dalil yang menegah perkahwinan keturunan Syed dengan bukan keturunan Syed?

f) Apakah maksud hadis "tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan 'Ajam melainkan taqwa?
g) Menurut pandangan Islam dari manakah datangnya keturunan Syed di abad ke-15 ini ?
h) Jika sekiranya perempuan keturunan Syed hendak berkahwin dengan lelaki bukan keturunan Syed, di halang oleh walinya dengan alasan tidak kufu dan pasangan itu lari berkahwin di luar Malaysia setelah mereka di'aqadkan, balik ke Malaysia adakah sah perkahwinan mereka ?

Jawapan :
a)     Boleh, kalau benar keturunan Rasullullah s.a.w
b)     Boleh di pakai
c)     Tidak boleh
d)     Tidak Sah bagi wali hakim meng'Aqad Nikah mereka kecuali jika tidak di'Aqadkan akan membawa kepada perbuatan dan kejadian yang buruk dan tidak di ingini
e)     Ada, rujuk Kitab Majmuk Juzuk yang ke-16 m/s 182-189.
f)      Maksud Hadis ini tidak boleh dikaitkan dengan hak Kufu melainkan Wali dan perempuan bersetuju menggugurkan hak kufu
g)     Soalan ini tidak berbangkit dengan masalah yang dikemukan.
h)     Sama seperti jawapan di (d) di atas.

…………………………..


Reply by Malihah Faozi Barakbah on August 29, 2009 at 11:10pm

Salam semua. Soalan saya.
  1. Sharifah yg telah berkahwin dengan bukan Syed, akan melahirkan zuriat yg membawa keturunan suaminya.  Adakah Sharifah tersebut masih dikira berketurunan Nabi SAW?
  2. Sharifah tidak layak menerima zakat. Bagaimanakah dgn anak2nya, hasil dari perkahwinannya dgn lelaki bukan Syed. Adakah mereka layak untuk menerima zakat?

Wassalam

………………….


Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on August 31, 2009 at 5:17pm

Betul sekali apa yang disampaikan oleh Habib. Walhasil seorang anak yang lahir dari ibu Sharifah dan bapa bukan Syed, maka anak itu tidak boleh diberi sebagai hukum seorang keturunan Rasullah dari semua segi, walaupun ibunya Sharifah, termasuk lah masaaalah haram menerima zakat.
Wallahua'lam

………………


Reply by SYED MOHD TARMIZI BIN TUAN SAYID on September 10, 2009 at 8:45am

salam.....betulkan jika ana silap.....,dlm masalah ini, dgn kate lain jika perempuan Ahl Bait kahwin dgn lelaki bkn senasab, nikah tidak sah kecuali walinya redha, betul x?  jika walinya xredha, maka nikahnya tdk Sah dan selama itulah dosa dilakukan bersama (penzinaan dll), maka, byk masalah akn dihadapi spt anak yg diperolehi ank luar nikah, xtau nk dibin kpd siapa..... alhamdulillah ana akn nasihat kaum Sharifah ttg keadaan ini.....ana br tau..

………………….


Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on September 10, 2009 at 8:55am

W'salam...begitu lah Hukumnya mengikut sebahagian Ulama' seperti di dalam mazhab Shafi'e. Manakala sebahagian Ulama' yang lain pula, mereke menjelaskan bahawa perkahwinan itu sama sekali Tidak Sah walaupun ada Redho dari perempuan itu dan Wali2nya.
Dan jika kita kata Tidak Sah, maka hukumnye adalah seperti yang antum dah sebutkan, hanya hukuman ZINA tidak ada, walaupun DOSA berzina dikira, kerana setiap masaalah yang ada Khilaf diantara para Ulama, tidak boleh dihukum Zina (Sebat 100 kali atau rejam).
Wallahua'lam

………………


Reply by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff on July 14, 2009 at 6:21pm

Wa'alaikumussalaam,

Pilihan para salaf Baalawi, walaupun dibolehkan dari segi Syariat untuk tidak menikahi seorang Sharifah, tetapi mereka tetap memilih untuk tidak mengahwini selain Sharifah. Pilihan mereke ini bukan lah atas dasar Ta'assub, tidak ikut Hadith Nabi dan lain2. Sebaliknya merekalah diantara Awlia' yang apabila ingin melakukan sesuatu, mereka akan memilih yang TERBAIK.
Diantara sebab pilihan mereka, kerana merek telah diberi anugerah oleh Allah untuk mengetahui mana yang terbaik. Dan mereka melihat secara Kashaf, bahawa menikahi seorang Sharifah adalah yang terbaik.
Jangan lah kita asik nak tahu kenapa kenapa kenapa. Ketahuilah bahawa mengikut jejak para Salafussholeh itu ada BARAKAHnya dan itu lah yang terbaik bagi kita.
Hanya apabila mereka mendapat isyarat atau dapat Kashaf bahawa bagi dirinya, menikahi seorang wanita tertentu yang bukan Sharifah itu adalah yang terbaik atas sebab2 tertentu, baru mereka melakukan demikian. Dan mereka tidak mengQiaskan perbuatan mereka itu untuk semua para Syed lebih baik menikahi selain Sharifah.
Ini seperti Habib Umar Mohdhor yang berkahwin dengan Syeikhah Faitmah Bte Abdurrahaman Baawazir. Para salaf baalawi mereke memberi tahu bahawa Habib Umar Mohdhor menikahi Syeikhah Fatimah Bte Abdurrahman Baawazir, adalah kerana dia telah diberi isyarat dari Salaf yang sebelumnya, bahawa dengan perkahwinan mereka itu, akan mendapat seorang Qutub Iaitu Habib Abu Bakar Al-Adni. Kerana daripada hasil perkahwinan Habib Umar Mohdhor dengan Syeikhah Fatimah bte Abdurrahman Baawazir, mereka telah mendapat seorang anak perempuan yang bernama Aishah. Kemudian Hababah Aishah pula berkahwin dengan Habib Abdullah Alaidarus Bin Abu Bakar Sakran Bin Abdurrahman Alsagoff (Mereka kahwin sepupu). Daripada perkahwinan ini, telah hasil seorang Qutub iaitu Habib Abu Bakar Al-Adni."
Dan juga beliau dapat Kashaf bahawa akan hasil dari perkahwinan tersebut,seorang anak yang bernama Hababah Aishah. Hababah Aishah ini, adalah anak kepada seorang Qutub, Isteri kepada seorang Qutub dan juga Ibu bagi seorang Qutub. iaitu anak kepada Al-Qutub Habib Umar Mohdhor, Isteri kepada Habib Abdullah Al-Aidarus, Ibu kepada Habib Abu Bakar Al-Adni.
Alhabib Al'Allamah Abdullah Bin Umar Bin Yahya pernah berkata yang ringkasan maksudnya: "Yang diamalkan saadah Ba'alawi, selepas wujudnya kafaah di dalam nasab, mereka tidak hiraukan lagi kafaah pada yang lain lainnya seperti pekerjaan, Ilmu, Solih atau tidak dan sebagainya, kerana ada yang lebih penting dari itu iaitu Kafaaah dalam Nasab.
Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya : " Aku takut bagi mereka yang tidak mengikut pandangan salaf Ba'alawi maka dia akan jauh dari Allah. kerana mereka adalah Ulama' yang unggul, mereka tidak menolak pendapat Ulama' yang lain kecuali dengan SEBAB. Dengan pendapat mereka itulah diamalkan pemerintah kita di Hadhramout dari dulu hingga sekarang.
Alhabib Al'Allaamah Abdurrahman Bin Muhammad Almasyhur Mufti Hadhrmaout dahulu berkata di dalam kitabnya "Bughyatul Mustarshidiin" yang ringkasannya bermaksud: Para salaf Ba'alawi kita mempunyai ijtihad yang sukar bagi seorang Faqih mengetahui rahsianya, maka serahkanlah sahaja pada mereka, kamu akan terselamat, atau jangan mengikut mereka, maka kamu akan rugi dan menyesal.
Akhir sekali, ikut lah jejak mereka, itu lah yang terbaik bagi kita, kerna mereka memilih jalan yang terbaik yang mungkin kita tidak nampak kebaikannya.
Wallahua'lam




HIMPUNAN  HADITH2  BERKAITAN  AHL-BAYT SEBAGAI RUJUKAN


1 - Dalam kitab Makarim al-Akhlaq terdapat hadits yang berbunyi:
إنما انا بشر مثلكم أتزوّج فيكم وأزوّجكم إلا فاطمة فإن تزويجها نزل من السّماء , ونظر رسول الله إلى أولاد علي وجعفر فقال بناتنا لبنينا وبنونا لبناتنا
“Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa yang kawin dengan kalian dan mengawinkan anak-anakku kepada kalian, kecuali perkawinan anakku Fathimah. Sesungguhnya perkawinan Fathimah adalah perintah yang diturunkan dari langit (telah ditentukan oleh Allah swt). Kemudian Rasulullah memandang kepada anak-anak Ali dan anak-anak Ja’far, dan beliau berkata : Anak-anak perempuan kami hanya menikah dengan anak-anak laki kami, dan anak-anak laki kami hanya menikah dengan anak-anak perempuan kami”.


2 - Hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani, Al-Hakim dan Rafi’i:

فإنهم عترتي, خلقوا من طينتي ورزقوا فهمي و علمي, فويل للمكذّبين بفضلهم من أمتي القاطعين منهم صلتي لا أنزلهم الله شفاعتي
“…maka mereka itu keturunanku diciptakan (oleh Allah) dari darah dagingku dan dikaruniai pengertian serta pengetahuannku. Celakalah (neraka wail) bagi orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dari mereka. Kepada mereka itu Allah tidak akan menurunkan syafa’atku
- HR Thabrani, Al-Hakim dan Rafi’i.

3 - ” Syurga diharamkan Allah bagi orang yang berlaku zalim terhadap Ahli baitku (ahli keluarga Nabi saw) dan menggangguku melalui keturunanku”
– HR Imam Ahmad


4 - Siti Fatimah az-Zahra juga mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda, “Setiap anak-cucu Adam memiliki hubungan nasab yang dinisbatkan pada ayahnya, kecuali anak-keturunan Fatimah. Sesungguhnya akulah wali mereka dan aku pula yang menjadi ikatan (dalam hal keturunan) mereka”.
-  HR Ath-Thabrani


5 -  Jabir mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,
“Setiap anak dari seorang ibu dalam suatu klan dinisbatkan kepada mereka kecuali dua anak Fathimah maka saya adalah wali dan klan keduanya.”
-  HR Al-Hakim


6 -  Jabir ibn Abdillah mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menjadikan anak keturunan setiap nabi dari tulang rusuknya, tetapi Allah menjadikan keturunanku dari tulang rusuk Ali ibn Abi Thalib ra.”
-  HR Ath-Thabrani dan Al-Khatib


7 - Nabi saw bersabda : ” Allah amat murka ke atas orang yang menyakiti aku dalam hal keturunanku”
– HR. Imam Dailami.

8 - ” Sesungguhnya kalian akan diuji mengenai urusan yang ada kait-mengait dengan ahli keluargaku (Ahlul Bait), sesudah peninggalanku nanti.”
- HR Imam Tabrani dlm Al-jami’ul Kabir dari Imarah Ibnu Yahya ibnu Khalid dari ‘Arafathah RA.


9 - Sabda Nabi saw :     ” Tidaklah beriman seorang hamba Allah hingga dia lebih mencintai aku daripada dirinya, lebih mencintai keturunanku lebih daripada keturunannya sendiri, lebih mencintai keluargaku daripada keluarganya, lebih mencintai zatku daripada zatnya sendiri”
– HR Thabarani, Al-Baihaqi & Ad-Dailami

10 - Telah bersabda Nabi saw :     ” Aku melaknat enam golongan yang mana Allah swt dan seluruh para nabi jua melaknatnya iaitu : Orang yang menambah-nambah dalam agama, orang yang mendustakan takdir (ketentuan) Allah, orang yang berkuasa dengan kejam menghina orang yang dimulikan Allah dan memuliakan orang yang Allah hinakanny., orang yang meninggalkan sunnahku, orang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan, dan orang yang menghalalalkan apa-apa yang Allah haramkan mengenai keturunanku”
– HR. Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Ad-Dailami, Al-Khatib dan Kitab Al-Jami’.

11 -  Amirul Mukminin Saidina Omar bin Khattab RA pernah berkata :
” Aku akan melarang wanita-wanita dari keturunan yang mulia menikah melainkan dengan lelaki yang setaraf dengannya.” – Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni

12 -  Riwayat Salman al-Farisi:
نهانا رسول الله أن نتقدم أمامكم أو ننكح نساءكم
“Sesungguhnya Rasulullah telah melarang kami untuk memimpin (mengimami) kamu atau menikahi wanita-wanita kamu.” (Yakni melarang lelaki non arab menikahi perempuan arab)


13 - Sabdanya lagi:     ” Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sememangnya barang siapa yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barang siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah swt”
– HR. Assabus Sunan, Sahih


14 -   Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasullullah saw. Pernah bersabda,
“Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan pernah tersesat setelahnya.  Keduanya adalah Kitabullah dan Sunnah-ku.  Keduanya tidak akan pernah berpisah hingga menjumpaiku ditelaga syurga kelak.
- HR Al-Bazaar


15 -  Abu Hurairah mengatakan, bahawa Ali pernah berkata,
“Ya Rasullullah, manakah yang lebih kamu cintai, aku ataukah Fatimah.” Jawab Nabi saw. “Fatimah lebih kucintai daripada engkau, dan bagiku engkau lebih mulia daripadanya.”
- HR Ath-Thabrani dlm kitabnya Ausath .


16 -  Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya. Oleh kerana itu, cintailah dia, dan cintailah siapa saja yang mencintainya.” Rasullullah saw lantas mendekapnya.
- HR Ibn Majah dan Ahmad.


17 -  Abu Hurairah ra mengatakan bahawa Rasullullah saw suatu ketika pernah memandang Ali, AlHasan, AlHusain dan Fatimah, semoga selawat Allah dilimpahkan atas mereka.
Kemudian beliau bersabda,
“Aku akan memerangi orang yang memerangi kalian dan aku akan berdamai dengan orang yang berdamai dengan kalian”.
- HR Ahmad dan Ath-Thabrani.


18 -  Ibn Abbas berkata bahawa Rasullullah saw bersabda,
“Hendaklah kalian mencintai Allah kerana berbagai nikmat yang telah Dia berikan kepada kalian, hendaklah kalian mencintaiku demi kecintaan kalian kepada Allah, dan hendaklah kalian mencintai Ahlul Baitku demi kecintaan kalian kepada diriku.
- HR At-Tarmidzi, sekaligus menghasankannya; Ath-Thabrani; dan Al-Hakim.


19 -  Ibn Abbas juga mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Perumpamaan Ahlul-Baitku adalah seperti bahtera Nabi Nuh. Siapa saja yang menumpanginya selamat dan siapa saja yang meninggalkannya tenggelam (celaka).”
- HR Al-Bazaar.


20 -  Ibn Abbas juga berkata,
“Barangsiapa yang mengerjakan amal kebajikan.” Kebajikan yang dimaksudkan adalah mencintai keluarga Nabi Muhammad.
- HR Ibn Abi Hatim





18 -  Ibn Abbas juga mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Kebencian terhadap Bani Hasyim dan kaum Anshar adalah salah satu bentuk kekafiran, sementara kebencian terhadap orang Arab adalah salah satu bentuk kemunafikan.”
- HR Ath-Thabrani


19 - Ibn Abbas ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Bintang-bintang adalah sebagai media pengaman bagi penduduk bumi dari ketenggelaman dan Ahlul Baitku adalah media pengaman bagi umatku dari perpecahan. Apabila suatu golongan menentangnya maka mereka akan pecah dan tercerai-berai, sehingga mereka menjadi pengikut iblis.”
-  HR Imam Al-Hakim.


20 -  Ibn Abbas ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Setiap hubungan keluarga dan nasab terputus pada Hari Kiamat kecuali hubungan keluarga dan nasabku”.
- HR Ath-Thabrani


21 -  Ibn Umar ra menyatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,
“Setiap nasab dan hubungan kekerabatan akan terputus pada Hari Kiamat kecuali nasab dan hubungan kekerabatanku.”
-  HR Ibn Asakir dlm Tarikh nya


22 -  Ibn Abbas ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Tidak akan tergelincir kaki seseorang hamba sebelum ia ditanya tentang empat perkara: Tentang umurnya, bagaimana ia menghabiskannya, Tentang tubuhnya, bagaimana ia menggunakannya, Tentang hartanya, bagaimana ia membelanjakannya dan bagaimana pula cara memperolehnya, Serta tentang kecintaannya terhadap Ahlul Bait.”
- HR Ath-Thabrani.



23 -  Ibn Abbas pernah mengatakan bahawa tatkala turun ayat:
Katakanlah “Aku tidak meminta imbalan kepada kalian atas seruanku selain kasih-sayang kepada kerabat (keluarga)-ku”,   para sahabat bertanya,
“Wahai Rasullullah saw, Siapakah kerabat kamu yang wajib kami kasihi?”,
Rasullullah saw bersabda, “Mereka adalah Ali, Fatimah, anak-anaknya, dan cucu-cucunya.”
-  HR Al-Mundzir, Ibn


24 -  Berkaitan dengan tafsir firman Allah,
“Kelak Tuhanmu akan memberikan kurniaNya kepadamu sehingga kamu menjadi puas,”
Ibn Abbas menjelaskan bahawa diantara rasa puas dan suka cita Muhammad Rasullullah saw ialah kerana Allah tidak akan memasukkan salah seorang pun dari kalangan Ahlul Bait beliau kedalam api neraka.”
- HR Ibn Jarir .


25 -  Ibn Abbas mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda kepada Fatimah,
“Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksamu dan juga anak-anakmu.”
- HR Ath-Thabrani


26 -  Ali ra mengatakan bahawa dirinya pernah mendengar Rasullullah saw bersabda,
“Orang yang pertama kali menemuiku di telaga syurga adalah Ahlul Baitku.”
-  HR Ad-Dailami



27 -  Ibn Mas’ud mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,
“Sesungguhnya Fatimah sentiasa menjaga kehormatannya oleh kerananya Allah mengharamkan bagi dia dan anak-keturunannya dari api neraka.”
-  HR Al-Bazaar, Ath-Thabrani dan Ibn Syahin, Abu Ya’la, AlAqili dalam As-Sunnah


28 -  Zaid ibn Tsabit r.a. mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda,
“Sesungguhnya aku telah meninggalkan ditengah-tengah kalian dua pimpinan, iaitu Kitabullah yang merupakan tali yang terbentang antara bumidan langit, serta keturunanku, yakni Ahlul Bait-ku. Keduanya sekali-kali tidak akan terpisah sampai menemuiku ditelaga syurga.”
-  HR Ahmad dan Ath-Thabrani


30 -  Sa’id ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Sesungguhnya aku telah meninggalkan di-tengah-tengah kalian perkara. Apabila kalian berpegang teguh padanya maka kalian tidak akan tersesat, iaitu Kitabullah, hujung yang satu ada pada Allah dan hujung yang lain ada pada kalian; serta keturunanku, yakni Ahlul Baitku. Keduanya tidak akan terpisah sampai menemuiku di telaga syurga.”
-  HR Al-Mawardi


31 -  Ibn Abbas mengatakan bahawa Rasullullah saw juga pernah bersabda kepada Ali,
“Engkau adalah wali bagi setiap orang Mukmin setelahku.”
- HR Abu Daud


32 -  Abu Sa’id Al-Khudriy r.a. mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda,
“Al-Hasan dan Al-Husain adalah penghulu para pemuda ahli Syurga. Sedangkan Fathimah adalah penghulu para wanita penghuni syurga, selain Maryam binti Imran.”
- HR Ahmad dan Al-Hakim


33 -  Abu Sa’id al Khudri berkata bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Siapa saja yang membenci kami Ahlul Bait, bererti dia seorang munafik.”
- HR Ibn‘Adi dalam Al-Kamil.


34 -  Abu Sa’id al-Khudri juga meriwayatkan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, tidaklah seseorang membenci kami, Ahlul Bait, kecuali Allah akan memasukkannya kedalam Neraka.”
- HR Ibn Hibban didalam Shahihnya dan alHakim.
(Hadis ini sahih berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Imam Muslim).


35 -  Abu Sa’id al-Khudri ra telah mengatakan bahawa Ahli Bait adalah orang-orang yang telah dihilangkan dosanya dan telah dibersihkan sebersih-bersihnya oleh Allah.
Nabi saw lantas menghitung dengan tangannya dan berkata, “Rasullullah Saw, Ali, Fatimah, AlHasan, dan Al-Husain.” Abu Sa’id berkata, “Ayat ini turun dirumah Ummu Salamah.”
-  HR Ath-Thabrani

36 -  Abu Sa’id al-Khudri ra mengatakan bahawa Rasullullah telah bersabda,
“Ada tiga perkara yang barangsiapa menjaganya, nescaya Allah akan menjaga agama dan dunianya. Dan barangsiapa yang mengabaikannya maka Allah tidak akan manjagainya apa pun. Ketiganya adalah: (1) Kehormatan Islam  (2) Kehormatanku  (3) Kehormatan kerabatku.”
- HR Al-Hakim dalam Tarikh-nya dan Ad-Dailami


37 -  Abu Sa’id ra mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,
“Sesungguhnya Allah membenci orang yang makan terlalu kenyang, orang yang lalai dari ketaatan terhadap Tuhannya, orang yang meninggalkan sunnah Nabinya, orang yang ingkar janji, orang yang memusuhi keturunan Nabinya, dan orang yang menganiaya tetangganya.”
- HR Ad-Dailami.


38 -  Abu Sa’id ra mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,
“Ahlul Baitku dan kaum Ansar adalah tenteraku dan koperbesarku, maka terimalah kebaikan dari mereka dan maafkanlah kehinaan mereka.”
- HR Ad-Dailami


39 -  Abu Sa’id ra telah mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,
“Allah sangat marah terhadap orang yang menyakiti anak keturunanku sebab bererti mereka telah menyakitiku juga.”
- HR Ad-Dailami


40 -  Ali bin Abi Thalib ra mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda’
“Barangsiapa yang tidak mengetahui hak-hak anak cucuku dan kaum ansar, bererti dia termasuk kedalam salah satu dari tiga golongan manusia; boleh jadi ia seorang munafik, atau penzina, atau ia dilahirkan oleh ibu tidak suci (yakni kandungan ibunya tidak suci).”
- HR Ibn ‘Adi dan AlBayhaqi dalam Sya’b alIman.


41 -  Ali bin Abi Thalib ra mengatakan bahwa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Sesungguhnya aku ini sedang digenggam.  Sesungguhnya aku telah meninggalkan dua perkara yang sangat berat, iaitu Kitabullah dan Ahlul Bait-ku. Sesungguhnya kalian tidak akan pernah tersesat keduanya.”
-  HR Al Bazaar


42 -  Ali r.a mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Siapa saja yang berbuat suatu kebajikan kepada salah seorang dari Ahlul Baitku maka akulah yang akan membalasnya pada hari Kiamat kelak.”
-  HR Ibn Asakir


43 -  Ali ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Didiklah anak-anak kalian mengenai tiga perkara iaitu mencintai Nabi kalian, mencintai Nabi kalian, mencintai Ahlul Baitnya dan membaca AlQuran – kerana para pengembang AlQuran berada didalam naungan Allah yang tidak ada naungan pada hari Kiamat kecuali naunganNya – bersama para nabi dan orang-orang yang mensucikannya.”
-  HR Ad-Dailami




44 -  Ali ra telah mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Orang yang paling teguh diantara kalian diatas sirah adalah orang yang paling dalam cintanya pada Ahlul Baitku dan para sahabatku.”
-  HR Ad-Dailami


45 -  Ali k.w mengatakan bahawa sesungguhnya dirinya suatu ketika pernah masuk kerumah Nabi saw.  Nabi saw lantas membentangkan baju lebarnya. Kemudian duduklah diatasnya Nabi saw, Ali, Fathimah, Al-Hasan, Al-Husain. Selanjutnya Nabi saw meraih mereka dan memeluk mereka semuanya, lalu beliau berdoa,
“Ya Allah, redhailah mereka sebagaimana aku juga meredhai mereka.”
-  HR Ath-Thabrani


46 - Ali ra mengatakan bahawasanya Rasullullah saw hari pernah menggenggan tangan Al-Hasan dan Al-Husain ra lalu beliau bersabda,
“Barangsiapa mencintaiku dan mencintai kedua anak ini serta mencintai kedua orang tuanya. Mereka semuanya akan bersamaku dalam darjatku di syurga.” (Dalam lafaz lain berbunyi “….. ayah dan ibu keduanya akan bersama ku dalam darjatku pada Hari Kiamat.”
-  HR At-Tirmidzi


47 -  Ali ra mengatakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda,
“Aku beserta Fathimah, Al-Hasan dan Al-Husain akan dikumpulkan bersama-sama. Siapa saja yang mencintai kami pada Hari Kiamat, kami makan dan minum hingga menjadi pembeza antara hamba.”
-  HR Ath-Thabrani dan Ibn Sakir


48 -  Ali r.a. mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda,
“Syafaatku atas umatku hanya berlaku bagi mereka yang mencintai Ahlul Bait-ku.”
-  HR Al-Khatib dalam Tarikh-nya


49 -  Ali r.a. mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda,
“Manusia yang paling baik adalah orang Arab; orang Arab yang paling baik adalah orang Quraisy; dan sebaik-baiknya orang Quraisy adalah Bani Hasyim.”
-  HR Ad-Dailami.


50 -  Ali r.a. juga mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda,
“Ada empat orang yang akan aku beri syafaat nanti pada Hari Kiamat, iaitu: orang yang memuliakan anak-keturunanku: orang yang memenuhi keperluan-keperluan mereka: orang yang menolong urusan mereka ketika mereka memerlukan pertolongannya: dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lisan yang tulus.”
-  HR Ad-Dailami.



51 -  Hasan bin Ali r.a mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Segala sesuatu itu memiliki asas. Asas Islam kecintaan terhadap para sahabat Rasullullah Saw dan kecintaan terhadap Ahlul Baitnya.”
-  HR Ibn An-Najjar.



52 -  Abu Bakar ash-Shiddiq pernah berkata,
“Hendaklah kalian memperhatikan dan menjaga Muhammad dengan memperhatikan dan menjaga Ahlul Bait beliau.
-  HR AlBukhari


53 -  Umar ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda, “Orang yang pertama kali aku beri syafaat dari kalangan umatku adalah Ahlul Baitku.”
-  HR ath-Thabrani


54 -  Othman ibn Affan mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,
“Barangsiapa yang berbuat sesuatu terhadap seseorang dari keturunan Abdul Muthalib didunia, maka akulah yang akan membalaskannya kalau dia bertemu aku.”
-  HR Al-Khatib.


55 - Maimun, pembantu Rasullullah Saw telah mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,  “Sesungguhnya kami adalah Ahlul Bait. Kami dilarang untuk memakan shadaqah. Sesungguhnya demi Pemimpin diri kami, kami tidak memakan shadaqah.”
-  HR Ahmad, Al-Baihaqi, Ibn Mundih dan Ibn Asakir


56 - Jabir ibn Abdillah mengatakan “Rasullullah saw pernah berbicara kepada kami. Aku sendiri mendengar beliau bersabda, “Wahai manusia, siapa saja yang membenci kami, Ahlul Bait, nescaya Allah akan membangkitkan dirinya pada hari Kiamat sebagai orang Yahudi”.
-  HR Ath-Thabrani dalam Al-Awsath


57 - Jabir mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Wahai manusia, aku telah meninggalkan untuk kalian dua perkara. Jika kalian menggunakannya tidak akan tersesat selamanya iaitu AlQuran dan Ahlul Bait keturunanku.”
-  HR At-Tarmidzi dan ia menghasankannya.


58 - Ibn Umar ra mengatakan bahawa yang terakhir sekali dikatakan Rasullullah saw adalah sabdanya,   “Gantikanlah kedudukanku terhadap Ahlul Baitku.”
-  HR Ath-Thabrani dalam Al-Awsath.



59 -  Ibn Umar ra mengatakan bahawa Rasullullah saw telah mempersaudarakan satu orang sahabat dengan sahabat lainnya. Lalu datanglah Ali dengan air mata berlinang, ia berkata,
“Ya Rasullullah, engkau telah mempersaudarakan sahabat-sahabatmu, tetapi engkau tidak mempersaudarakanku dengan seorang pun.”  Rasullullah pun lantas bersabda,
“Engkau adalah saudaraku didunia dan diakhirat.”
-  HR At-Tarmidzi


60 -  Annas r.a mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,
“Tuhanku telah berjanji kepadaku tentang Ahlul Baitku, bahawa barangsiapa yang menyakini ketahui dan Allah dan menyakiniku dengan sempurna maka Allah tidak akan menimpakan azab kepada mereka.”
-  HR Imam Al-Hakim.


61 -  Abdurrahman ibn Awf mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,
“Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah pendahulu bagi kalian. Aku mewasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada keluargaku, tempat kembali kalian adalah telaga syurga.”
- HR Al-Hakim


62 -  Zaid ibn Arqam pernah berkata bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Aku peringatkan kalian kepada Allah dalam kaitannya dengan Ahlul Baitku.”
-  HR Muslim, At-Tarmidzi, dan An-Nasa’i.


63 - Zaid ibn Arqam mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda yang ditujukan khusus kepada Ali, Fathimah, Al-Hasan dan Al-Husain,
“Aku akan memerangi orang yang memerangi kalian dan aku akan pun berdamai dengan orang yang berdamai dengan kalian.”
-  HR At-Tirmidzi


64 -  Abu Musa mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,  “Aku, Fathimah, Al-Hasan dan Al-Husain pada Hari Kiamat kelak berada dalam kubah dibawah Arasy.”
-  HR Ath-Thabrani


65 -  Abu Dzar mengatakan, “Saya pernah mendengar Rasullullah saw bersabda,
“Perumpamaan Ahlul Bait-ku di-tengah-tengah kalian adalah saperti bahtera Nabi Nuh di tengah-tengah kaum Nuh.  Siapa saja yang menumpanginya selamat dan siapa saja yang meninggalkannya tenggelam.  Perumpamaan Ahlul Bait-ku adalah juga seperti pintu Bani Israel.” -  HR Ath-Thabrani


66 -  Ibn Abbas mengatakan bahawa Rasullullah saw juga pernah bersabda kepada Ali,
“Engkau adalah wali bagi setiap orang Mukmin setelahku.”
- HR Abu Daud


67 -  Al-Bara ibn Azib mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. pernah bersabda kepada Ali ibn Abi Thalib,   “Engkau adalah bahagian dari diriku dan aku adalah bahagia dari dirimu.
-  HR Al-Bukhari dan Ath-Tirmidzi.


68 -  Al-Muthallib ibn Rabi’ah bertutur bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Belumlah keimanan dikatakan masuk kedalam kalbu seorang Muslim, kecuali jika dia telah mencintai kalian kerana Allah dan keluargaku.”
-  HR Ahmad; At-Tirmidzi, sekaligus mensahihkannya; An-Nasa’I dan Al-Hakim.


69 -  Al-Muthalib ibn Abdilllah ibn Hintab mengatakan hadis dari bapanya. Ia meriwayatkan bahawa Rasullullah saw pernah menyampaikan khutbah kepada kami di Zahfahh.
Beliau bertanya,  “Bukankah aku orang yang lebih utama daripada kalian?”
Mereka menjawab, “Benar, ya Rasullullah.”
Nabi saw melanjutkan, “Aku meminta kepada kalian dua perkara iaitu AlQuran dan keluargaku.” -  HR Ath-Thabrani.


70 -  Abu Barzah mengatakan, “Saya menunaikan solat bersama Rasullullah saw selama tujuh belas bulan. Apabila beliau keluar dari rumahnya, beliau mendatangi pintu rumah Fatimah seraya bersabda, “Selawat atas kamu sekelian – Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kamu …… dan seterusnya.”
-  HR Ath-Thabrani


71 -  Abu alHamra mengatakan, “Saya melihat Rasullullah saw suatu ketika mendatangi pintu rumah Fatimah selama enam bulan. Beliau kemudian membacakan firman Allah:
“Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkanmu sebersih-bersihnya.”
-  HR Ath-Thabrani


72 -  Abu Bakrah mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,
“Sesungguhnya anakku ini (Al-Hasan bin Ali) adalah pemimpin. Mudah-mudahan Allah mendamaikan diantara dua golongan besar dalam tubuh kaum Muslimin dengan perantaraannya.”
-  HR Ahmad, Al-Bukhari dan At-Tirmidzi.


73 - Abu Hazm mengatakan: Sesungguhnya aku menyaksikan hari kematian al-Hasan. “Lalu ia menyebut kisahnya. Maka Abu Hurairah ra telah berkata bahawa dirinya pernah mendengar Rasullullah saw bersabda:
“Barang siapa yang mencintai keduanya bererti ia telah mencintaiku, dan barangsiapa yang membenci keduanya bererti sungguh ia telah membenciku- yakni Al-Hasan dan Al-Husain.”
-  HR Ahmad


74 -  Salmah ibn al-Akwa mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,
“Binatang-binatang adalah pelindung penduduk langit, sedangkan Ahlul Bait-ku adalah pelindung umatku.”
-  HR Ibn Abi Syaybah dan Musaddad dlm musnad masing2; Al-Hakim At-Tarmizi dlm Nawadir al-Ushul, dan Ath-Thabrani .


75 - Salman mengatakan, “Hendaklah kalian menjadikan kedudukan keluarga Muhammad sebagaimana kedudukan kepala pada jasad dan kedudukan dua mata pada kepala, kerana sesungguhnya jasad itu tidak harus diberi petunjuk kecuali dengan kepala, dan kepala tidak perlu memberi petunjuk kecuali dengan dua mata.”
-  HR Ath-Thabrani


76 -  Amr ibn Syu’aib telah mengatakan bahawa dirinya pernah masuk kerumah Zainab binti Abi Salmah. Zainab lantas bercerita kepadanya bahawa ketika Rasullullah berada dirumahnya, Beliau membawa Al-Hasan dan Al-Husain, sementara Fatimah berada dikamarnya.
Rasullullah saw kemudian bersabda,
“Rahmat Allah kepada kalian semuanya, wahai Ahlul Baitku, Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
-  HR Ath-Thabrani

77 -   Khalid ibn Urthufah mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,
“Sesungguhnya kamu sekelian akan bercerai-berai kerana Ahlul Baitku sesudahku.”
-  HR Ath-Thabrani
...............



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SEDUTAN DARI PERBINCANGAN & SOAL JAWAP TENTANG KAFAAH & HUKUM-HAKAM PERKAHWINAN SYARIFAH2 DENGAN BUKAN SADAH "

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip