.
Al Quran &
Ahlul Bait
Rasul
s.a.w telah bersabda:
"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya".
Persoalan yg ingin dikemukakan disini ialah apakah kaitannya diantara ahlul bait Rasulullah saw dengan Al Quran? Kenapakah Rasulullah saw menyebut keduanya tidak akan terpisah sehingga hari kiamat? Apa yg tersirat disebalik maksud kata-kata Rasulullah saw itu?
Sudah menjadi kelaziman Rasulullah saw membuat kiasan melalui hadis-hadis Baginda. Hanya yg bias memahami apa yg dikias. Rasulullah saw pernah menyebut bahawa Syadina Ali bersama Al Quran dan Al Quran bersama Syaidina Ali. Persoalan yg begini sepatutnya menjadi tumpuan ulama-ulama diakhir zaman ini supaya dapat diperjelaskan kepada umat Islam apa yg tersirat disebalik kiasan Rasulullah saw itu. Ini menjawab kepada masalah umat Islam diakhir zaman ini.
Kalau dilihat kepada susur galur Rasulullah saw, hanya bermula dari Nabi Adam as. Ini bermakna pertalian kenabian itu berpuncak dari sumber yg satu. Daripada Rasulullah saw pula susur galur itu bersambung kepada Syaidina Hasan ra dan Syaidina Husin ra. Malah menegaskan bahwa umat Rasulullah saw akan bersumber daripada keturunan Syaidina Hasan ra dan Syaidina Husin ra.
Kemana Islam berpusat maka ada dua perkara yg akan mengiringi Islam iaitu Ahlul Bait dan Al Quran. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya maka akan terjadilah seperti sabda Rasulullah saw. Inilah masalahnya yg terjadi sekarang. Bukankah apa yg umat Islam perlakukan kepada ahlul bait Baginda maka itu juga yg sedang diperlakukan oleh orang kafir terhadap umat Islam. Apa yg akan terjadi diakhir zaman ini sudah Rasulullah saw kabarkan. Rasulullah saw adalah sumber cahaya, Syaidina Ali ra seumpama pintunya dan ahlul bait seumpama kuncinya. Mereka adalah SUMBER RUJUKAN SEMUA MAZHAB. Apa yg ada pada umat Islam sekarang? Ahlul bait bukan milik Syiah. Sunnah bukan milik sunni. Kiblat bukan milik Wahabi. Islam itu milik Allah. Maka ambillah Islam itu dari sumber yg dijamin.
Walaupun ayat Al Quran sudah selesai diturunkan tetapi fungsinya masih diperlukan. Ada ilmu yg tersembunyi didalam Al Quran dan ahlul bait Baginda adalah pemegang kunci terakhir. Ummul Kitab adalah kunci terakhir kepada semua pembuktian daripada Allah SWT. Rasulullah saw yg membuka kunci awal Al Quran dan ahlul bait Baginda yg akan mengakhiri tanggungjawab Baginda. Dengan terbukanya kunci terakhir melalui ahlul bait Baginda maka akan terbongkarlah segala kerahsiaan Al Quran yg tersimpan selama ini. Ini menandakan dunia sudah akhir zaman. Baginda yg memulakan tugas di akhir zaman maka ahlul bait Baginda yg akan mengakhiri akhir zaman. Jika Baginda bermula dengan keadaan asing maka ahlul bait Baginda juga akan bermula dalam keadaan asing. Yg alpa dan lalai akan terus dialpakan dan dilalaikan dengan segala kesenangan dunia yg hanya tinggal sedikit saja lagi. Yg memegang pesanan akan mencari walaupun terpaksa berangkak didalam salji. Yg ingat akan selalu diingat.
Sesungguhnya menghidupkan Islam didunia ini ada tertibnya. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam bentuk cahaya kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw pula menyampaikan wahyu dalam bentuk perkataan kepada manusia. Setelah kewafatan Baginda maka cahaya wahyu itu diwariskan pula kepada ahlul bait Baginda. Jika perhubungan ahlul bait dengan manusia terputus maka terputuslah cahaya Al Quran dengan manusia. Manusia boleh terus menggunakan Al Quran tetapi apa erti Al Quran tanpa cahayanya. Nur Muhamad seumpama cermin yg membiaskan Nur Ilahi ke hati manusia. Maka Nur Ilahi pada Al Quran dibiaskan ke Rasulullah saw dan seterusnya cahaya itu dibiaskan ke Syaidina Ali ra. Cahaya itu terpecah dua ke Syaidina Hasan ra. dan Syaidina Husin ra. dan seterusnya kepada ahlul bait hingga akhir zaman, dan cahaya itu bersatu kembali pada Imam Mahdi dan seterusnya Nur muhamad itu kembali semula ke Rasulullah saw. Dimana ia bermula disitu ianya berakhir. Manusia yg bersama cahaya itu seumpama kaum Nuh yg menaiki bahtera itu.
Rasulullah saw bersabda:
“Ketahuilah, sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku diantara kalian adalah seperti kapal Nuh diantara kaumnya. Barangsiapa menaikinya , iapun selamat dan siapa tertinggal olehnya, iapun tenggelam,”
( HR. Al Hakim ).
2012@abdkadiralhamid
2012@abdkadiralhamid
0 Response to "Al Quran & Ahlul Bait"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip