Biografi Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz
Nasab
Nasab beliau yang mulia ialah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin
Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin‘Aidrus bin al-Hussain bin al-Shaikh
Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin
al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin
‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad
Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi
bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad bin ‘Isa bin
Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir
bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain cucu Nabi, putera kepada pasangan
‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri Baginda Nabi Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sohbihi wasallam.
Kehidupan
Beliau
dilahirkan sebelum waktu fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan
27 Mei 1963M di Kota Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman
yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para
ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan dari kota ini selama
berabad-abad lamanya. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki
tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang
merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual,
penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin
Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim
al-Ghanna.
Demikian
juga kedua-dua datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib
Hafiz bin Abd-Allah yang juga merupakan para intelektual Islam yang
sangat dihormati kaum 'ulama dan intelektual Muslim pada zamannya.
Allah seakan-akan telah menyediakan kondisi dan persekitaran yang sesuai
bagi al-Habib ‘Umar melalui hubungannya dengan para intelektual
muslim di sekitarnya serta kemuliaan yang muncul daripada kalangan
keluarganya sendiri dan lingkungan masyarakat di mana beliau
dibesarkan.
Beliau
telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan beliau
juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith, Bahasa
Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain. Beliau turut serta dalam
halaqah ilmu yang dikendalikan oleh ramai ulama-ulama tradisional
seperti al-Shaikh Muhammad bin ‘Alawi bin Shihab, al-Shaikh Fadl Baa
Fadl dan juga para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang
terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari ilmu-ilmu agama dan
kerohanian dari ayahnya yang meninggal syahid, al-Habib Muhammad bin
Salim, yang daripadanya beliau dapatkan cinta dan perhatian yang
mendalam pada da'wah dan bimbingan keagamaan mengikut cara yang
dikehendaki Allah SWT. Ayahnya begitu memperhatikan al-Habib ‘Umar
sewaktu kecil yang sentiasa berada di sisi ayahnya di dalam halaqah ilmu
dan zikir.
Satu
ketika berlaku peristiwa tragis saat al-Habib ‘Umar sedang menemani
ayahnya untuk menunaikan solat Jum‘at, ayahnya diculik oleh golongan
komunis, dan beliau yang masih kecil ketika itu pulang bersendirian ke
rumahnya dengan masih membawa syal (kain berupa selendang) milik
ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak lagi kelihatan. Ini
menyebabkan beliau menganggap bahwa tanggung jawab untuk meneruskan
pekerjaan yang dilakukan ayahnya iaitu dalam bidang da‘wah disampaikan
melalui syal ayahnya, ibarat sebuah bendera perjuangan yang diberikan
kepadanya sebelum ayahnya mati syahid. Sejak itu, dengan bendera
tersebut yang dikibarkannya tinggi-tinggi, ia memulakan secara
bersemangat perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang,
membentuk majlis-majlis ilmu dan berda’wah. Perjuangan dan usahanya
yang gigih demi meneruskan perjuangan ayahnya mula membuahkan hasil.
Kelas-kelas mulai dibuka bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di
masjid-masjid setempat di mana ditawarkan pelbagai peluang untuk
menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.
Sesungguhnya
al-Habib ‘Umar ialah seorang ulama' yang benar-benar memahami kitab
suci al-Quran sehingga ia telah diberikan sesuatu kurnia yang khusus
daripada Allah, meskipun ketika usianya yang masih muda. Namun hal ini
mula menyebabkan timbulnya kekhuatiran akan keselamatannya dan akhirnya
diputuskan supaya beliau dihantar ke kota al-Bayda’ yang terletak di
tempat yang disebut Yaman Utara. Ini menjadikannya jauh dari jangkauan
mereka yang berniat jahat ingin mencelakakan beliau.
Di
sana bermula babak baru yang penting dalam perkembangan ilmu beliau.
Dengan memasuki sekolah Ribat di al-Bayda’ beliau mula belajar ilmu-ilmu
tradisional dibawah bimbingan mereka yang ahli iaitu al-Habib Muhammad
bin ‘Abd-Allah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah
bimbingan seorang 'alim mazhab Shafi‘i al-Habib Zain bin Sumait,
semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya
beliau diangkat sebagai seorang guru tak lama kemudian. Beliau terus
melanjutkan perjuangannya yang tak mengenal erti lelah dalam bidang
da‘wah.
Kali
ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa
disekitarnya. Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk
memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati
manusia seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran
dimulakan dan masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih
menyebabkan dirinya sentiasa kekurangan tidur dan istirehat. Namun usaha
beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila manusia tersentuh
dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para pemuda yang
sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia, namun
kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar
bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru
mereka sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida') sebagai
cara pakaian umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi
meraih sifat-sifat luhur dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW.
Sejak
saat itu, sekelompok besar masyarakat yang telah terkesan dengan da'wah
beliau mula berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam
perjuangan da‘wah di bermacam-macam kota, baik besar maupun kecil di
Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mula mengunjungi banyak tempat
mahupun masyarakat di seluruh Yaman, mulai dari kota Ta'iz di utara,
untuk belajar ilmu daripada mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin
Yahya yang mula menaruh perhatian dan kasih-sayang yang besar terhadap
beliau sebagaimana yang didapatkan daripada Shaikh al-Habib Muhammad
al-Haddar sehingga guru beliau itu menawarkan puterinya untuk dinikahi
setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat
kejujuran dan kepintaran yang luar biasa.
Tak
lama kemudian, beliau melakukan pengembaraan yang melelahkan untuk
menunaikan ibadah Haji di Makkah dan menziarahi makam Rasulullah SAW di
Kota Madinah. Dalam perjalanannya ke tanah Hijaz, beliau dikurniakan
kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab daripada para ulama yang
terkenal di sana, terutama daripada al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad
al-Saqqaf yang telah menyaksikan bahawa di dalam diri al-Habib ‘Umar,
terdapat semangat pemuda yang penuh kecintaan terhadap Allah dan
Rasul-Nya SAW dan seorang yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan
ilmu dan keadilan kepada umat manusia, sehingga beliau benar-benar
dicintai al-Habib Abdul Qadir selaku salah-seorang gurunya yang utama.
Beliau turut dikurniakan kesempatan untuk menimba ilmu dan mendapatkan
bimbingan daripada kedua-dua simbol keadilan di Hijaz, yakni al-Habib
Ahmed Mashur al-Haddad dan al-Habib 'Attas al-Habashi.
Sejak
itulah nama al-Habib Umar bin Hafiz mula tersebar luas disebabkan
kegigihan usaha beliau dalam menyeru manusia kepada agama Islam dan
memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan
dan kemasyhuran yang besar ini tidak sedikit pun mengurangkan usaha
pengajaran beliau, bahkan sebaliknya. Tiada waktu yang terbuang sia-sia,
setiap saat dipenuhi dengan mengingati Allah dalam pelbagai
manifestasi dan cara, dalam pelbagai situasi dan lokasi yang berbeza.
Perhatiannya yang mendalam dalam usaha menyuburkan keimanan terutamanya
terhadap mereka yang berada di sampingnya, telah menjadi salah satu
dari perilaku beliau yang paling dilihat jelas sehingga membuat nama
beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke seantero dunia masa kini.
Berdakwah,
mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H
bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah
mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar
al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada
pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima
didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa
diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-
1.
Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara
talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut
berserta sanad mereka
2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak
3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.
Akhirnya
Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang
dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan
Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa
begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam,
ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar
al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.
Al-Allamah
al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan
menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria.
Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita
Malaysia saban tahun
Karya
Di
samping seorang pendakwah, Habib Umar juga seorang penulis yang
produktif. Karya-karyanya tidak terhad kepada ilmu Fiqh sahaja, bahkan
beliau juga mengarang beberapa kitab Tasawuf dan Maulid. Kitab yang
ditulis antara lain:
• Dhiya'ul Lami' (Maulid Nabi Muhammad SAW)
• Dhakhira Musyarofah (Fiqh)
• Muhtar Ahadits (Hadits)
• Nurul Iman (Aqidah)
• Durul Asas (Nahu)
• Khulasah Madad an-Nabawi (Zikir)
• Tsaqafatul Khatib (Panduan Khutbah)
0 Response to "Habib Umar bin Hafidz"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip