AHLULBAIT RASULULLAH KESELAMATAN BAGI UMMATNYA
Judul tersebut di atas adalah bahagian dari hadits Rasulullah
s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dan dibenarkan oleh dua orang Imam
hadits terkemuka, Bukhariy dan Muslim. Lengkapnya adalah sebagai berikut:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni bumi dari (bahaya) tenggelam (di dasar laut) dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku dari perselisihan. Apabila ada kabilah Arab yang membelakangi ahlulbaitku mereka akan berselisih kemudian mereka akan menjadi kelompok iblis".
Hadits yang hampir serupa diketengahkan juga oleh jama'ah
ahli hadits, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni
langit, dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku (menurut sumber riwayat
lain:"…keselamatan bagi penghuni bumi"…) Manakala ahlulbaitku lenyap
maka apa yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur'an akan tiba (iaitu bencana).
Persoalan yang hendak kami telaah dalam Bab ini ialah sabda
Rasulullah s.a.w. yang menegaskan, bahawa 'ahlulbaitku adalah keselamatan bagi
ummatku'. Persoalan itu mengundang perhatian beberapa ulama terkemuka untuk
mendiskusikan maknanya. Masing-masing mempunyai hujjah dan dalil-dalilnya
sendiri untuk memperkuat pendapatnya; dan dalam tiap diskusi perbezaan pendapat
adalah wajar.
Imam Tirmudziy dalam kitabnya yang berjudul
'Nawadirul-Ushul' menerangkan, bahawa ahlulbait Rasulullah s.a.w. yang dimaksud
dalam hadits tersebut ialah 'orang-orang yang meneruskan jalan hidup Rasulullah
s.a.w. setelah beliau wafat. Mereka adalah orang-orang shiddiq, orang-orang
abdal (keramat) sebagaimana yang diriwayatkan oleh 'Ali bin Abi Thalib r.a
dengan ucapannya:
"Akan muncul orang-orang keramat di Syam. Mereka berjumlah empat puluh orang. Tiap ada seorang dari mereka wafat, Allah mengganti kedudukannya dengan orang lain. Kerana kekeramatan mereka Allah menurunkan hujan, kerana kekeramatan mereka Allah memenangkan mereka atas musuh-musuhnya, dan kerana kekeramatan mereka Allah menyelamatkan penghuni bumi dari malapetaka…"
Kata Tirmudziy lebih lanjut; Mereka itulah ahlulbait
Rasulullah yang menjadi sebab keselamatan ummat ini. Bila mereka itu lenyap,
rosaklah bumi dan hancurlah dunia…
Seterusnya ia mengatakan: Pertama, pengertian mengenai
ahlulbait tidak bisa didasarkan pada makna hadits yang berbunyi:
"Manakala ahlulbaitku lenyap maka datanglah kepada ummatku apa (bencana) yang dijanjikan".
Bagaimana dapat dibayangkan kalau ahlulbait sudah tidak ada
lagi tak akan ada seorang pun ummat Muhammad s.a.w. yang masih tinggal? Jumlah
ummat Muhammad s.a.w. jauh lebih banyak daripada yang dapat dihitung, dan Allah
s.w.t. senantiasa melindungi mereka dengan berkah dan rahmat-Nya. Pengertian
mengenai ahlulbait juga tidak dapat didasarkan pada hadits yang berbunyi:
"Semua sebab dan nasab akan terputus kecuali sebabku dan nasabku".
Kedua, menurut hadits tersebut, ahlulbait Rasulullah s.a.w.
ialah nasab beliau, yakni Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib. Akan tetapi
mereka bukan merupakan sebab bagi keselamatan ummat Islam, sehingga orang boleh
berkata: Kalau mereka lenyap akan lenyap pula dunia ini!
Ketiga, di kalangan mereka pula terdapat keburukan (fasad)
seperti yang terdapat di dalam golongan lain. Di antara mereka ada yang baik
(muhsin) dan ada pula yang buruk (musi'). Lantas bagaimana dapat dikatakan
bahawa mereka itu merupakan sebab bagi keselamatan penghuni di bumi? Jadi
jelaslah, bahawa yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w. ialah 'orang-orang yang
kerana mereka itu dunia ini tetap lestari". Mereka itulah lambing
kehidupan dan para pembimbing manusia ke jalan hidayat pada setiap zaman. Tanpa
mereka tak ada kehormatan apa pun di muka bumi dan bencana akan merajalela…
Tirmudziy melanjutkan: Kalau ada yang mengatakan bahawa
kemuliaan ahlulbait dan dekatnya hubungan mereka dengan Rasulullah s.a.w., itu
yang membuat mereka menjadi sebab keselamatan bagi penghuni bumi, orang lain
tentu dapat menjawap: Kehormatan dan kemuliaan Rasulullah s.a.w. jauh lebih
agung! Di bumi ini ada sesuatu yang lebih mulia dan lebih agung dibanding
dengan keturunan Rasulullah s.a.w., iaitu Kitabullah Al-Qur'an, walau tidak
disebut dalam hadits di atas tadi. Selain itu kehormatan dan kemuliaan ada juga
pada para ahli takwa…
Dalam penjelasannya mengenai sebab-sebab yang membuat
Muhammad s.a.w. menjadi manusia besar, mulia dan agung, Tirmudziy mengatakan:
Kehormatan, kebesaran dan keagungan Rasulullah s.a.w. adalah berkat kanabian
dan kemuliaan yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada beliau. Sebagai dalil
mengenai hal itu dapat dikemukakan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah sebagai berikut:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. mendatangi Siti Fatimah. Di tempat kediaman Siti Fatimah terdapat Shafiyyah, bibi Rasulullah s.a.w. Beliau kemudian berkata: Hai Bani Abdu' Manaf, Hai Bani Abdul Mutthalib, Hai Fatimah binti Muhammad, Hai Shafiyyah bibi Rasul Allah. Di hadirat Allah aku tidak bermanfaat bagi kalian. Mintalah berapa saja dari hartaku yang kalian inginkan. Ketahuilah, bahawa orang yang terbaik bagiku pada hari kiamat ialah mereka yang bertakwa. Jika kalian hanya mengandalkan kekerabatan kalian denganku, di saat orang lain datang kepadaku membawa amal kebajikan lalu kalian datang kepadaku hanya membawa keduniaan di leher kalian. Kemudian memanggil-manggil Hai Muhammad, aku menjawap dengan memalingkan wajahku dari kalian. Kalian lalu memanggil lagi 'Hai Muhammad'. Aku pun menjawap begitu lagi. Kemudian kalian berkata: "Hai Muhammad! Aku ini si Fulan bin Fulan". Aku akan menjawap: "Tentang nasab kalian aku memang kenal, tetapi tentang amal kebajikan kalian aku tidak tahu. Kalian telah meninggalkan kitabullah, kerana itu kalian kembali kepada kekerabatan (yang kalian andalkan) antara aku dan kalian".
Diriwayatkan pula bahawa saat itu Rasul Allah s.a.w. menegaskan:
"Di antara kalian, orang-orang yang memperoleh
perlindunganku bukanlah mereka yang berkata: 'ayahku si fulan', tetapi di
antara kalian yang memperoleh perlindunganku ialah mereka yang bertakwa,
sesiapapun mereka itu dan bagaimana pun keadaan mereka".
Yang kami utarakan di atas semuanya adalah pernyataan Imam
Tirmudziy dan dalil-dalilnya mengenai pendapatnya tentang ahlulbait Rasul Allah
s.w.t. sebagai sebab keselamatan ummat beliau.
Pendapat dan penafsiran Imam Tirmudziy terhadap hadits Nabi
yang kami sebut pada permulaan Bab ini, khususnya mengenai pengertian
'ahlulbait Rasulullah s.a.w.' tertanya memperoleh tanggapan dari ulama yang
lain. Yusuf bin Ismail An-Nabhani dalam kitabnya yang berjudul 'Asjsjaraful
Muabbad li Aal Muhammad' menanggapi uraian Imam Tirmudziy sebagai berikut:
Sementara jama'ah ahli hadits meriwayatkan sebuah hadits
yang diberitakan oleh banyak sahabat Nabi s.a.w., bahawasanya Rasulullah
bersabda:
"Ahlulbaitku di tengah-tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Barangsiapa menaikinya ia selamat, dan yang ketinggalan ia celaka… (Sumber riwayat lain mengatakan:'…ia tenggelam', dan sumber yang lainnya lagi mengatakan:'…ia di giring ke neraka)".
Abu Dzar Al-Ghifariy mengatakan: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Jadikanlah ahlulbaitku bagi kalian seperti kedudukan kepala bagi tubuh dan seperti kedudukan dua mata bagi kepala".
Imam Al-Hakim mengetengahkan sebuah hadits yang dibenarkan
oleh Bukhariy dan Muslim sebagai berikut:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni bumi dari (bahaya) tenggelam (di dasar laut) dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku dari perselisihan. Apabila ada kabilah Arab yang membelakangi ahlulbaitku mereka akan berselisih kemudian mereka akan menjadi kelompok iblis".
Hadits yang lain lagi dikemukakan juga oleh jama'ah ahli
hadits, iaitu bahawanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni
langit dan ahlulbaitku adalah keselamatan bagi ummatku. (Menurut sumber riwayat
lain: 'Keselamatan bagi penghuni bumi'). Manakala ahlulbaitku lenyap (binasa)
maka yang dijanjikan dalam ayat-ayat Al-Qur'an akan tiba (iaitu bencana)".
Hadits seperti itu yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal berbunyi sebagai berikut:
"Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni
langit; dan apabila ahlulbaitku lenyap, lenyaplah penghuni bumi".
Setelah mengemukakan hadits-hadits tersebut di atas
An-Nabhaniy kemudian mengatakan: "Bagaimanapun juga ahlulbait Rasulullah
dan keturunan beliau s.a.w. di permukaan bumi ini merupakan sebab atau syarat
bagi keselamatan ummat manusia, dan pada khususnya merupakan syarat keselamatan
ummat Muhammad s.a.w. dari azab neraka. Yang dimaksud oleh hadits tersebut
bukan khusus hanya anggota keluarga yang saleh saja. Sebab ciri kemuliaan yang
ada pada unsur keturunan beliau s.a.w. sama sekali tidak tergantung pada
sifat-sifat mereka".
Sebagai dalil mengenai itu An-Nabhaniy menunjuk kepada
penyataan Ash-Shabban di dalam kitab 'Is'afur-Raghibin' yang mengatakan, bahawa
pengertian tersebut di atas diperoleh dari isyarat yang terkandung dalam ayat
33 surah Al-Anfal:
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menyeksa mereka (orang-orang derhaka) sedang engkau berada di tengah-tengah mereka".
Sekalipun ayat tersebut ditujukan kepada Rasulullah s.a.w.,
namun ahlulbait dan keturunan beliau dapat didudukkan pada tempat beliau,
kerana mereka itu berasal dari beliau dan beliau pun berasal atau senasab
dengan mereka (keluarga beliau, yakni Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib),
sebagaimana yang diriwayatkan oleh beberapa hadits. Demikian Ash-Shabban.
An-Nabhaniy kemudian mengetengah sebuah hadits Rasulullah
s.a.w. yang menegaskan sebagai berikut:
"Orang-orang pertama yang mengalami bencana adalah
Qureisy, dan orang-orang Qureisy yang pertama mengalami bencana adalah
ahlulbaitku… (riwayat lain mengatakan bukan "bencana" [halak],
melainkan 'kepunahan' [fana]. Dan bukan pula 'ahlulbaitku', melainkan 'Bani
Hasyim')".
Para ahli syarah ilmu hadits, termasuk Al-Manawiy dan
lain-lain menjelaskan makna hadits tersebut seperti di bawah ini:
"Bencana yang menimpa mereka merupakan petanda akan
datangnya hari kiamat, sebab hari kiamat akan terjadi akibat perbuatan
manusia-manusia jahat, sedangkan para keluarga keturunan Rasulullah s.a.w.
adalah orang-orang baik".
Menanggapi penjelasan Al-Manawiy tersebut, An-Nabhaniy
mengatakan:
"Rasanya penjelasan Al-Manawiy itu dapat dijadikan tafsir bagi hadits tersebut di atas, bahkan lebih baik daripada penafsiran kami. Dengan demikian maka teranglah bahawa penafsiran Tirmudziy tidak dapat diterima, iaitu penafsiran yang mengertikan "Zurriyyatu Rasulullah s.a.w." dengan "abdal" (orang-orang keramat) sebagaimana yang terdapat di dalam hadits 'Ali bin Abi Thalib r.a.
"Rasanya penjelasan Al-Manawiy itu dapat dijadikan tafsir bagi hadits tersebut di atas, bahkan lebih baik daripada penafsiran kami. Dengan demikian maka teranglah bahawa penafsiran Tirmudziy tidak dapat diterima, iaitu penafsiran yang mengertikan "Zurriyyatu Rasulullah s.a.w." dengan "abdal" (orang-orang keramat) sebagaimana yang terdapat di dalam hadits 'Ali bin Abi Thalib r.a.
Sebagai reaksi terhadap pernyataan Imam Tirmudziy yang
mengatakan: "Bagaimana bisa dibayangkan bahawa dengan lenyapnya ahlulbait
dari muka bumi ini maka tak akan ada lagi seorang pun dari ummat Muhammad
s.a.w. yang tinggal? Padahal jumlah ummat Muhammad s.a.w. jauh lebih banyak
daripada yang dapat dihitung, dan Allah selalu melindungi mereka dengan berkah
dan rahmat-Nya?"… An-Nabhaniy berkata: "Tidak ada halangan dan tidak
ada salahnya jika orang membayangkan hal sedemikian itu. Lebih-lebih kerana
Rasulullah s.a.w. sendiri telah menegaskan: Orang-orang pertama yang mengalami
bencana adalah Qureisy, dan orang-orang Qureisy yang pertama mengalami bencana
adalah ahlulbaitku.
Hadits itu merupakan salah satu petunjuk tentang rahmat yang
dilimpahkan Allah s.w.t. kepada keluarga dan keturunan Rasulullah s.a.w.
Demikian An-Nabhaniy.
Menanggapi penafsiran Imam Tirmudziy yang mengutip sabda
Rasulullah s.a.w. "Semua sebab dan nasab akan terputus kecuali sebab dan
nasabku", An-Nabhaniy mengatakan sebagai berikut: "kata 'putus' tidak
bermakna 'kepunahan' atau 'kebiasaan' keturunan Rasulullah s.a.w. Itu hanya
dikhususkan pada saat terjadinya hari kiamat, sebagaimana yang dijelaskan oleh
hadits-hadits shahih. Kata 'putus' juga bermakna 'nasab (silsilah) tidak
bermanfaat', sebagaimana ditegaskan Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
"Maka tiada lagi hubungan nasab di antara mereka pada
hari itu". [Al-Mu'minun: 101]
Hanya Rasulullah s.a.w. sajalah yang memperoleh pengecualian
dalam hal nasab – melalui pernikahan dan dalam hal nasab – melalui keturunan –
Bagi beliau s.a.w. kemanfaatan sebab dan nasab tetap berkesinambungan, baik di
dunia mahupun di akhirat. Hal itu diperkuat oleh sabda Rasulullah s.a.w. yang
diucapkan dari atas mimbar:
"Mengapa sampai ada orang-orang yang mengatakan, bahawa kekerabatan Rasulullah s.a.w. tidak bermanfaat pada hari kiamat? Ya…, kekerabatanku berkesinambungan di dunia dan akhirat".
Terhadap uraian Imam Tirmudziy yang mengatakan, bahawa 'Bani
Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib bukan merupakan syarat bagi keselamatan ummat
Muhammad s.a.w. dan bukan pula merupakan syarat bagi keselamatan ummat Muhammad
s.a.w. dan bukan pula merupakan orang-orang yang akan mengakibatkan lenyapnya
dunia bila mereka lenyap",
An-Nabhaniy menjawap sebagai berikut:
"Yang diertikan mereka itu syarat bagi keselamatan ummat ini, bahkan penghuni bumi ini, ialah bahawa dengan masih adanya mereka di dunia bererti saat kepunahan dunia ini belum tiba. Bila mereka telah punah, maka penghuni bumi ini akan menyaksikan apa yang telah dijanjikan Allah dalam Al-Qur'an tentang tibanya hari kiamat dan kepunahan dunia ini",
An-Nabhaniy menjawap sebagai berikut:
"Yang diertikan mereka itu syarat bagi keselamatan ummat ini, bahkan penghuni bumi ini, ialah bahawa dengan masih adanya mereka di dunia bererti saat kepunahan dunia ini belum tiba. Bila mereka telah punah, maka penghuni bumi ini akan menyaksikan apa yang telah dijanjikan Allah dalam Al-Qur'an tentang tibanya hari kiamat dan kepunahan dunia ini",
Mengenai uraian Imam Tirmudziy yang mengatakan:..
" di antara mereka (zuriyyatu Rasulullah s.a.w.) juga terdapat kerosakan (fasad) yang bukan dari unsur mereka, yakni ada yang berlaku baik dan a seperti yang terdapat di dalam golongan-golongan lain yada pula yang berlaku buruk. Jadi, bagaimana dapat dikatakan bahawa mereka itu syarat bagi keselamatan ummat ini dan penghuni bumi"?... An-Nabhaniy menjawap:
" di antara mereka (zuriyyatu Rasulullah s.a.w.) juga terdapat kerosakan (fasad) yang bukan dari unsur mereka, yakni ada yang berlaku baik dan a seperti yang terdapat di dalam golongan-golongan lain yada pula yang berlaku buruk. Jadi, bagaimana dapat dikatakan bahawa mereka itu syarat bagi keselamatan ummat ini dan penghuni bumi"?... An-Nabhaniy menjawap:
"Mereka menjadi syarat bagi keselamatan ummat ini dan
penghuni bumi ini bukan kerana amal kebajikan mereka, melainkan kerana mereka
itu adalah unsur suci kenabian; suatu anugerah yang dikhususkan Allah bagi
mereka sejak azal. Mereka dianugerahi keistimewaan itu ialah rahmat Allah yang
dilimpahkan kepada mereka sebagai anggota-anggota ahlulbait Rasulullah s.a.w.
Di tengah-tengah mereka Allah s.w.t. menurunkan wahyu-Nya. Dalam hal-hal
seperti itu mereka tidak mungkin dapat disamai orang lain".
Mengenai uraian Imam Tirmudziy yang mengatakan "Di bumi
ini ada yang lebih mulia daripada keturunan Rasulullah s.a.w., iaitu Al-Qur'an,
sekalipun hal itu tidak disebut dalam hadits yang bersangkutan",
An-Nabhaniy menjawap sebagai berikut:
"Tidak ada keharusan bagi Rasulullah s.a.w. untuk
menyebut kemuliaan anak cucu keturunan beliau bersama-sama dengan kemuliaan
Al-Qur'an di dalam sebuah hadits, walaupun jelas bahawa kemuliaan Kitabullah
Al-Qur'an jauh lebih besar daripada kemuliaan keturunan Rasulullah s.a.w.
Kendatipun bukan merupakan keharusan, namun beliau menyebut kedua-duanya itu di
dalam hadits Tsaqalain. Lagi pula di antara ahlulbait Rasulullah tak ada
seorang pun yang mengaku dirinya lebih mulia atau sejajar dengan Kitabullah, dan
mereka pun tidak beranggapan bahawa kemuliaan Kitabullah itu disebabkan adanya
keistimewaan yang ada pada diri mereka…
"Kitabullah menjelang hari kiamat pun akan diangkat.
Ibnul Mas'ud r.a mengatakan: "Bacalah Al-Qur'an sebelum diangkat! Hari
kiamat akan terjadi dekat sebelum Al-Qur'an diangkat"! Seorang sahabat
bertanya: "Hai Abu Abdurrahman (nama panggilan Ibnu Mas'ud), bagaimanakah
erti Kitabullah akan diangkat, padahal itu telah menetap di dalam dada dan di
lembaran-lembaran mushaf kita"? Ibnu Mas'ud menjawap: "Kitabullah
memang tetap di dalam dada, tetapi tidak diingat dan dibaca orang"!
Tidak diragukan lagi bahawa Ibnu Mas'ud tidak berkata
menurut pendapatnya sendiri, kerana persoalan itu berada di luar pemikiran
orang. Dari keterangannya itu jelaslah bahawa Kitabullah menjadi syarat bagi
keselamatan ummat manusia. Selama Kitabullah masih berada di tengah-tengah
ummat manusia, dunia ini tidak akan dimusnahkan Allah. Mengenai keturunan suci
Rasulullah s.a.w. tidak boleh diberi penilaian lebih dari apa yang telah kami
terangkan".
Mengenai penegasan Imam Tirmudziy, bahawa 'kemuliaan hanya
ada pada para ahli takwa' berdasarkan dalil sebuah hadits yang meriwayatkan
kedatangan Rasulullah s.a.w. di kediaman Siti Fatimah r.a di saat Shafiyyah
(bibi beliau) berada di tempat itu, kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Hai Bani Abdul Manaf, hai Bani Abdul Mutthalib, hai Fatimah binti
Muhammad, hai Syafiyyah…" dan seterusnya (Silakan baca hadits terdahulu);
mengenai uraian Tirmudziy yang demikian itu, An-Nabhaniy memberi tanggapannya
sebagai berikut:
"Mengenai soal itu Al-Muhib At-Thabraniy telah memberikan
jawapan meyakinkan, yang kemudian dikutip oleh Al-Manawiy dalam kitab
'Al-Kabir' dan oleh Ash-Shabban dalam kitab 'Is'afur-Raghibin'. Jawapan
tersebut mengatakan: benarlah bahawa Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai apa-apa
yang mendatangkan manfaat bagi orang lain, hanya Allah sajalah yang memiliki
hai itu. Namun, dengan kekuasaan-Nya Allah membuat Rasul-Nya bermanfaat bagi
kaum kerabatnya, bahkan bagi semua ummatnya, berupa syafaat khusus dan umum.
Beliau s.a.w. tidak mempunyai suatu apa pun selain yang dikurniakan Allah
kepadanya, iaitu seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadits Al-Bukhariy
mengenai sabda beliau:
"Kalian – yang pria mahupun yang wanita – mempunyai
hubungan silaturrahmi (denganku). Yang akan kusambung hubungannya…"
"Demikian pula makna ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Di hadhirat Allah aku tidak berguna apa pun bagi
kalian".
Maknanya ialah: "Kalau hanya diriku sendiri tanpa
anugerah syafaat dan ampunan yang dilimpahkan Allah kepadaku, aku tidak dapat
memberikan manfaat apa pun kepada kalian". Rasulullah s.a.w. menyatakan
demikian itu untuk memperingatkan mereka agar banyak-banyak berbuat kebajikan,
dan agar mereka memperoleh rahmat Allah kerana kebesaran takwanya
masing-masing.
'Ash-Shabban mengatakan: Konon hadits tersebut di atas
diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum beliau diberitahu Allah mengenai
manfaatnya bernasab kepada beliau. Akan tetapi tampaknya bahasa Arab kurang
membantu At-Tirmudziy dalam menafsirkan hadits-hadits tentang 'ahlulbait'.
Adakah orang yang mengertikan kata 'ahlulbait' dengan 'orang-orang keramat'
(abdal)? Demi Allah, tidak ada! Tidak ada seorang pun yang mendengar kata
'ahlulbait' dari Rasulullah s.a.w. lalu ia memahaminya dengan makna selain
ahlulbait yang bernasab kepada beliau. Memang hanya itu sajalah makna 'ahlulbaitku'
dalam bahasa Arab, bahasa beliau s.a.w. sendiri!...
'Mengenai orang-orang keramat, kemanfaatan mereka bagi kita,
atau mengenai ketinggian derajat mereka dan dekatnya mereka itu dengan Allah
dan Rasul-Nya; tak ada seorang Muslim pun yang meragukannya. Namun orang-orang
keramat itu sendiri tentu merasa tidak senang jika diberi 'perhiasan' yang
dicabutkan dari keluarga atau dari keturunan orang yang paling mereka cintai,
iaitu Rasulullah s.a.w.…'
"Saya yakin – demikian kata Ash-Shabban lebih jauh –
bahawa Imam Al-Hakim At-Tirmudziy sendiri termasuk salah seorang keramat
terkemuka. Kerana itu saya berani memastikan bahawa uraian yang ditulis dalam
kitabnya itu mengandungi salah satu dari dua kemungkinan:
Pertama – dan ini yang paling besar kemungkinannya: Tulisan
tersebut dipalsukan oleh orang yang dengki kepadanya dan kepada ahlulbait
Rasulullah s.a.w. Hal seperti itu sering dialami oleh para ulama dan
orang-orang keramat lainnya, seperti Syeikh Al-Akbar Sidi Muhyiddin bin
Al-Arabiy, Syeikh Abdulwahhab Asy-Sya'raniy dan lain-lain…
Kedua: Imam Tirmudziy pernah bergaul dekat dengan
orang-orang ekstrim Syi'ah yang terlampau berlebih-lebihan dalam
mengagung-agungkan ahlulbait Rasulullah s.a.w. sehingga mereka sesat kerana
tidak mahu mempercayai kejujuran para sahabat Nabi, terutama Abu Bakar
Ash-Shiddiq r.a dan Umar Ibnul-Khatthab r.a. Dengan uraiannya itu mungkin
Tirmudziy hendak mengecam mereka, dan itu tampak jelas pada rumus-rumus kalimat
yang dipergunakan olehnya. Kecaman itu dituangkan olehnya dalam uraian mengenai
'ahlulbait', tetapi bersamaan dengan itu ia tetap mencintai Ahlulbait dan
memberikan penilaian yang baik serta tetap mengakui kemuliaan dan keistimewaan
mereka…' Demikian Ash-Shabban.
0 Response to "AHLULBAIT RASULULLAH KESELAMATAN BAGI UMMATNYA"
Post a Comment
Silahkan komentar yg positip