//

Mesjid Pertama Di India Yang Dibina Pada Zaman Rasulullah Saw






Ini adalah masjid pertama di India yang dibina pada tahun 629 Masihi, terletak di Kerala, India. (lihat gambar yang menunjukkan tarikh pembinaannya).

Jika diambil tarikh kewafatan Rasulullah SAW pada 632 Masihi (Tahun ke~11 Hijrah), ini bermakna masjid ini dibina pada tahun ke~8 atau ke~9 Hijrah.

Ini juga bermakna, Islam telah sampai ke India pada zaman Rasulullah SAW.

Ini tidak mustahil kerana terdapat kisah bagaimana Raja India pada masa itu melihat bulan terbelah dua ketika peristiwa Nabi membelah bulan. Lalu, raja ini menghantar rombongan untuk menyiasat punca berlakunya perkara yang ajaib itu. Akhirnya, mereka bertemu dengan Rasulullah SAW lalu memeluk Islam.

Beberapa orang Sahabat telah dihantar bersama rombongan ini untuk pulang ke India bagi menyebarkan dakwah di sana.

Ada orang mengatakan masjid ini dibina oleh Malik bin Dinar, seorang Tabiin. Tapi admin cuba menyemak tarikh kelahiran Malik bin Dinar adalah pada 658 Masihi dan meninggal pada usia 90 tahun. Jadi, ianya mustahil kerana masjid ini dibina pada tahun 629 Masihi.

KISAH LANJUT

Seorang Raja India yang bernama Raja Rama Kulasekhara telah memerintahkan panglima-panglima istananya untuk mencari bukti kejadian bulan terbelah selepas beliau mendengar peristiwa mukjizat Baginda Nabi SAW membelah bulan..

Setelah beberapa tahun mereka pun sampai di Mekah dan berjumpa dengan Rasulullah SAW, lalu memeluk agama Islam. Bersama-sama dengan mereka juga terdapat daun sireh dan mereka memberinya kepada Rasulullah SAW.

Setelah itu mereka pulang ke Karala India dengan membawa berita tentang ajaran Islam. Pada tahun ke 4 selepas Hijrah (629M) Rasulullah SAW mengutuskan salah seorang sahabat baginda ke Karala India. Di tangan sahabat inilah maharaja Karala Rama Kulasekhara memeluk agama Islam.

Lanjutan dari itu, Raja Rama Kulasekhara mewakafkan sekeping tanah kepada sahabat Nabi berkenaan untuk membina masjid. (seperti di dalam gambar)

Selepas daripada itu beberapa orang Tabien datang ke Karala India selepas pembukaan India oleh Muhamad bin Qasim rah. Ini termasuklah MalIk bin Dinar rah. Kubur beliau terdapat di satu daerah di Kasargod setelah beliau berpindah dari Kodangallur.

NOTA:

1. India telah terima dakwah Islam pada zaman Rasulullah SAW masih hidup, lebih awal daripada Islam di Tanah Melayu.
2. Rasulullah menerima hadiah SIRIH yang sinonim dengan orang India. Justeru, jangan melekeh-lekehkan orang yang memakan sirih. Terdapat wali Allah yang suka makan sirih. Tentu ada sebabnya.

SUMBER:
1. Syeikhul Hadith Maulana Yusof Motala hafidzahullah (murid kepada Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi). Apabila Syeikhul Islam, Mufti Taqi Uthmani hafidzahullah telah dimaklumkan tentang riwayat sejarah ini, maka beliau telah meminta salinan riwayat ini. Maka salinan riwayat ini telah dihantar kepada beliau dan telah diterbitkan dalam majalah Bharuch,Gujerat, India.

2.  http://hambalialorstari.blogspot.com/2011/03/masjid-pertama-di-india-kerala.html

3. Buku, “1001 Kisah Hadraji”, Klang Book Store

Wallahualam.






Nota kaki
Masjid yang nampak dalam gambar ini telah diubahsuai dari semasa ke semasa sehingga hilang bentuk asalnya.


abdkadiralhamid@2016

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mesjid Pertama Di India Yang Dibina Pada Zaman Rasulullah Saw"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip