Wuduk / Mengambil Air Sholat

Wuduk



بِسْـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحْـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
‘Berwuduk’ atau mengambil air sembahyang ini bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Ibadah solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah dan sia-sia.
Diinsafi bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Jangan menganggap remeh jika anda melakukan wuduk dengan tergesa-gesa sehingga terjadi asalkan ambil sahaja. Apabila ada salah satu anggota tubuh kita yang tidak terkena air, maka astagfirullah anggota tubuh yang tidak kena air itu akan terkena api neraka.
.
“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Jika anda sudah berwuduk, maka wajah anda akan menampakkan cahaya, dan air bekas wuduk itu kelak di hari kiamat akan menjadi ‘nur hikmah’.
.

Kegunaan Wuduk

Wuduk merupakan salah satu ibadah khas yang dapat dipakai untuk melakukan solat, tawaf, hendak tidur, jalan keluar rumah, memegang dan membaca Al-Quran serta memelihara jiwa dan raga dari berbagai kecacatan.
.
Apabila anda telah mencampuri isteri, maka dianjurkan berwuduk, InsyaAllah anda akan kembali kuat.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang diantaramu telah mencampuri isterinya dan kemudian ingin mengulangi, hendaklah ia berwuduk.”
Disunatkan juga berwuduk sebelum memasuki masjid kerana hukumnya makruh sekiranya memasuki masjid tanpa berwuduk terlebih dahulu.
.
.

RUKUN WUDUK

.
1.   NiatBerniat mengangkat wuduk atau hadas kecil ketika air sampai ke muka:
.
2.  Membasuh muka - Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri.
3.  Membasuh tangan – Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku termasuk celah-celah jari dan kuku.
4.  Menyapu kepala – Menyapu air ke atas sebahagian kepala.
5.  Membasuh kaki – Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6.  Tertib - Membasuh anggota wuduk mengikut turutan.
.
.

Cara Dan Doa-Doa Wuduk

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sebelum berwuduk hendaklah membersihkan bahagian mulut terlebih dahulu dengan menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan berkumur kemudian basuhlah kesemua anggota wuduk dengan sempurna tanpa pembaziran air.
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak (bersugi) pada setiap kali wuduk.”  (Hadis Riwayat Ahmad)
.
1.   Mulakan dengan bacaan  Bismillah beserta bacaan doanya:

Serulah Allah pada permulaan wuduk dengan berkata: Bismillah (perlahan atau kuat).
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada wuduk untuk mereka yang tidak menyebut nama Allah atasnya.” (Riwayat – Ibn Maajah, At-Tirmizi, Abu Daud, dan lain-lain)
.
.
2.   Membasuh jari-jemari hingga pergelangan tangan sambil membaca:

Humran r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk lalu membasuh tangannya tiga kali … kemudian berkata, “Saya melihat Rasulullah SAW berwuduk, sama seperti yang telah saya berwuduk tadi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 .
.
3.   Berkumur-kumur dan membaca:

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu berwuduk kemudian basuh mulut.” (Riwayat Al-Baihaqi)
 .
.
4. Masukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya kembali (istinsyaq):
     a.   Masukkan air ke dalam hidung sambil membaca;
.
      b.   Mengeluarkan air dari hidung, membaca:

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
.
Abd Khair r.a.berkata: “Kami sedang duduk melihat ke arah Ali r.a., dimana beliau berwuduk dan memasukkan air ke dalam mulutnya dengan tangan kanannya dan membasuh mulut dan hidung, kemudian dikeluarkan dari hidungnya dengan tangan kirinya dia berbuat tiga kali, kemudian berkata: “Sesiapa yang ingin melihat cara penyucian Rasulullah SAW, maka ini adalah penyuciannya.” (Riwayat – Ad-Daarimee)

.
.
5.   Membasuh muka 3 kali sambil berniat mengambil wuduk.
      a.   Niatnya:

    .
     b.   Seiring itu disunatkan juga membaca:

 .
     c.   Bersihkan muka 3 kali dari atas dahi ke dagu dan dari telinga ke telinga.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berniat untuk mendirikan solat, basuh muka dan tangan sehingga ke siku, gosok (dengan melepaskan tangan basah ke atas) kepala kamu, dan (basuh) anda kaki sehingga ke buku lali … ” (Al-Ma’idah 5:06)
.
Humran Ibn Abaan r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk sebagaimana Rasulullah SAW berwuduk. Humran r.a. berkata: “Kemudian beliau mencuci mukanya tiga kali.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim)

.
.
6.   Membasuh kedua tangan sampai ke siku, sambil membaca doa:
         a.  Ketika membasuh tangan kanan:

    .
         b.  Ketika membasuh tangan kiri:

Nu’aim Ibn Mijmar r.a.berkata: “Saya melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia membasuh mukanya dan menyempurnakan wuduk, kemudian mencuci tangan kanannya sehingga dia sampai ke lengan, kemudian tangan kirinya sehingga dia sampai ke lengan.” dan pada akhirnya dia berkata: “Ini adalah bagaimana saya melihat wuduk membuat Rasulullah SAW.” (Riwayat – Muslim)
.
.
7.  Menyapu air ke  sebahagian  kepala sambil membaca:

“Nabi Muhammad SAW menyapu kepalanya dengan dua tangan, menggerakkan ia ke hadapan dan ke belakang, bermula dengan bahagian depan kepala sehingga ke tengkuk Baginda, kemudian kembali semula ke tempat dari mana ia mula.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, dan lain-lain)
 .
.
8. Membasuh bahagian luar dan dalam kedua belah telinga sambil membaca doa:

Daripada Abdullah ibn Amr r.a. tentang cara melaksanakan wuduk Rasulullah SAW: “Baginda SAW menyapu kepalanya dan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinganya dan menyapu belakang telinganya dengan ibu jari.” (Riwayat – Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah)
 .
.
9.   Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
       a.  Semasa membasuh kaki kanan, disunatkan membaca:
.
         b.  Sewaktu membasuh kaki kiri disunatkan membaca:

Ibn Umar r.a. berkata; Rasulullah SAW dalam perjalanan, jauh di belakang kami dan kemudian datang kepada kami ketika sudah tiba masanya untuk solat Asar. Kami mula berwuduk dan lap kaki kami, kemudian baginda menyeru; “Celakalah buku lali dari api neraka. (Dua atau tiga kali).” (Riwayat – Al-Bukhari dan Muslim)
Al-Mustaurad r.a. berkata; “Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan memasukkan air antara jari-jari kaki dengan jari kecilnya.” (Riwayat – Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Maajah).
.
.
10.   Doa Wuduk.  
Menghadap ke arah kiblat dan membaca doa wuduk:
.
Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki. (Hadis Riwayat Muslim).
.
.

SUNAT-SUNAT WUDUK

.
  1. Baca Bismillah
  2. Bersugi atau berkumur-kumur.
  3. Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
  4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
  5. Memasukkan air ke hidung.
  6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
  7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
  8. Menyelati janggut yang tebal.
  9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
  10. Dahulukan anggota kanan.
  11. Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
  12. Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
  13. Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
  14. Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
  15. Berdoa selepas wuduk.
.
.

BATAL WUDUK

.
  1. Tidur baring dan tidur mengiring.
  2. Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
  3. Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
  4. Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
  5. Bersentuh kulit  berlainan jantina yang bukan muhrim  tanpa berlapik.
  6. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
.

Perhatian:

Menurut satu pandangan dalam Mazhab al-Shafie, wuduk hanya terbatal jika bersentuhan yang menimbulkan syahwat.
Pendapat yang kedua ini yang kita pakai ketika berada di Tanah Suci Makkah semasa melaksanakan ibadat haji kerana keadaan yang terlalu sesak yang menyebabkan sukar untuk mengelak daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

HIKMAT WUDUK

.
1.  Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.
2.  Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.
3.  Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.
4.  Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.
5.  Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.
6.  Menghilangkan rasa letih dan malas.
7.  Wajah menjadi  lebih cerah, ceria dan berseri.
8.  Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.




Rahsia Dibalik Wuduk (Air Sholat)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tidak sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan wuduk. Pernahkah kita terfikir mengapakah wuhuk dijadikan syarat wajib?
Mengapa tangan bersama dengan air perlu menyentuh anggota-anggota tubuh? Mengapa muka, kepala dan telinga yang dibasuh? Juga kenapa mesti tangan dan kaki? Setiap perintah Allah SWT memiliki kebaikan dan hikmah tentu disebaliknya. Semua lima pancaindera, tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
.
Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
.
Masih banyak rahsia yang terkandung dalam wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui. Namun begitu terdapat ahli sains dan pakar saraf/ neurologist berjaya mengungkap sedikit rahsia yang terdapat pada anggota wuduk.
.
Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Jika diperhatikan di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, lalu kemudian diamati pula rukun2 wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.
Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.
Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik jika dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyari’atkan sejak 15 abad yang lalu.
.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wuduk
Muka = 84
Tangan =  95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125
Jumlah keseluruhan = 493!
.
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!
Subhanallah!!!  Bayangkan jika kita melakukan itu sekurang-kurangnya 5 kali sehari…
.
Dari ilmu ahli akupuntur, bahagian telinga, tapak tangan atau tapak kaki terdapat titik2 yang merangkumi seluruh sistem tubuh badan. Dan yang istemewanya titik2 di ketiga2 bahagian ini bersamaan jumlah hari dalam setahun.
.
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat kembali, semasa kita membasuh tapak kaki & tangan… apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin dikongsikan di sini.
Di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang dapat mengubati migrain, sakit gigi, bengkak tangan, lengan merah dan jari kaku.
.
Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan utama! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
.
Terdapat 125 titik akupuntur di telinga, apabila disentuh kesemua titik ini semasa mengambil wuduk, ianya seolah2 kita telah merawat seluruh jasad. Subhanallah! Sungguh luar biasa rahsia wuduk …
.
.
Tenaga Wuduk Sembuhkan Kebutaan
Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita dalam usaha penyembuhan. Salah satunya adalah seperti dalam hadis seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk memulihkan pandangan matanya.
.
Baginda SAW berkata kepada orang buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.” Ini bermaksud wuduk adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika tidak memiliki wuduk, usaha untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi minima.
.
.
Tingkat Pertama Wuduk
Ketika kamu mengambil wuduk, selain membaca niat apa yang pertama kali dilakukan? Ia adalah membasuh tangan sampai pergelangan dan di antara jari-jemari. Ketika membasuh kedua tangan, itu bererti gerak pertama yang dilakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy level pertama berada di kedua tangan.
.
Itulah punca mengapa orang lain berusaha belajar dan mengutip cara-cara Islam, khususnya orang India dan China yang meyakini Bhuddism. Pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai sebuah method untuk melepaskan energy dari tubuh mereka, kerana mereka mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti sebuah piring atau sebuah parabola.
.
Mereka mengumpulkan energi ini dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung energy. Melalui olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada keseluruhan tubuh, mereka mulai mendapatkan energy jenis itu dan mengfokuskannya dan melepasnya melalui kedua tangan mereka. Bagi menyembuhkan orang sakit, segala sesuatu yang mereka gunakan dalam penyembuhan memiliki efek penggunaan energy.
.
Contoh terbaik dari hal ini adalah pembedahan laser yang melalui technology moden menggunakan cahaya laser untuk menyembuhkan penyakit mata dan bahkan kebutaan. Mereka tidak lagi menggunakan peralatan (tangan), hanya laser. Jadi orang buta tadi, ketika dia bertanya kepada Rasulullah SAW.
.
Baginda SAW memberinya sebuah petunjuk kunci bahawa melalui pelepasan energy, kebutaan itu akan berlalu pergi. Wuduk dapat melepaskan energy dan membakar (penyakit) nya dengan melepaskannya melalui kedua tangan. Orang buta itu belajar dari situ dan memanfa’atkannya.
.
Empat belas abad yang lalu Rasulullah SAW menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini? Ambil wuduk dan sucikan dirimu.
Rasulullah SAW berkata, “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wuduk.”
Kekuatan wuduk juga boleh digunakan bagi menentang keegoan. Ketika energy negative meninggalkan tubuh, maka energy positive akan bertambah. Dengan berwuduk, energy ribuan kali lebih kuat daripada biasanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyarankan; “Pergilah ambil wuduk.”
.
Semoga rahsia wuduk ini memberi manfaat kepada semua mukmin yang sentiasa mengekalkan wuduknya.
.


.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

2014@abdkadiralhamid

 

Subscribe to receive free email updates: