CARA IQAMAH YANG BETUL DAN SEMPURNA

CARA IQAMAH YANG BETUL DAN SEMPURNA

 



بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Zikir Istighfar Sebelum Iqamah

.
Salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa adalah antara azan dan Iqamah. Sebaik-baik doa adalah Istighfar, iaitu memohon keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى  dari segala dosa yang pernah dilakukan, baik dosa kecil apatah lagi dosa yang besar.
Berikut ini adalah salah satu Istighfar / zikir sebelum iqamah:

 Zikir Istighfar Sebelum Iqamah



Iqamat atau Iqamah disebut juga dengan Qamat ialah seruan dengan lafaz-lafaz ucapan atau bacaan tertentu yang dilakukan ketika sudah hampir mendirikan atau memulakan sesuatu solat. Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah ialah sunat Muakkad.


.

Lafaz Iqamat  




Susunan kalimah-kalimah seruan Iqamat  atau Qamat ialah:-

LAFAZ IQAMAH TERJEMAHAN RUMI .

.

Syarat-Syarat Iqamah




1.  Bacaan iqamah mesti diseru selepas azan.
2.  Iqamah sebaik-baik di baca oleh orang yang azan.
3.  Muazzin perlu mendapat izin daripada imam sebelum iqamah.
4. Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada azan.
5. Diucapkan, cukup sekadar dapat didengari oleh orang yang hadir bersamanya.
6. Dilakukan dalam keadaan berdiri, kecuali uzur atau ada halangan berbuat demikian.
7. Menghadap ke arah kiblat.
.

.

Sunat Iqamah




1. Bacaan iqamah sunat dilakukan ditempat yang lain daripada tempat azan.
2. Sunat mempercepatkan bacaan iqamah dengan menghimpunkan dua baris ayat iqamah dengan satu nafas.
3. Diucapkan dengan suara yang lebih rendah daripada suara azan.
4. Menjawab seruan iqamah.
5. Berselawat ke atas Nabi Muhammad sebaik habis azan.
6. Memohon wasilah bagi Nabi Muhammad kepada Allah.

.

.

Jarak Masa Iqamah




1.  Iqamah  tidak perlu cepat.
2. Jarak antara azan dan iqamah, paling cepat kira-kira satu solat atau orang yang makan dapat menghabiskan makanannya.
3. Imam berhak menentukan masa Iqamah, sama ada ia mengambil masa suku jam, satu petiga jam atau seumpamanya mengikut keperluan.  “Azan itu milik Allah dan iqamah itu milik imam”.
4. Iqamat disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf.





Rasulullah bersabda: “Jika dilaungkan iqamah untuk solat, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.” (Hadis riwayat Ahmad)



Bersabda Rasulullah lagi: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah solat dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

MENJAWAB LAFAZ IQAMAH DENGAN BETUL DAN SEMPURNA


Dalam solat berjemaah, maka cukup hanya seorang sahaja yang menyeru Iqamat itu seperti ditugaskan bilal (muadzin), tidak perlu lagi kita melafazkan Iqamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala, kita disunatkan menyahut, mengikuti bacaan atau menjawab lafaz Iqamat, sama sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin dengan perlahan satu persatu hingga akhir kecuali pada 2 kalimah berikut:
.
1. Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :
 cara jawab iqamah 1
.
Hendaklah dijawab dengan lafaz:
 cara jawab iqamah 2
.
2. Apabila muazzin mengucapkan lafaz Iqamah:
 cara jawab iqamah 3
.
Maka hendaklah dibalas dengan ucapan:
cara jawab iqamah 4.
Atau boleh dijawab Iqamah dengan lafaz yang lebih lengkap :
.
cara jawab iqamah 5.
.
Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila kamu mendengar Iqamah, maka pergilah solat (berjemaah). Hendaklah kamu bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Apa yang kamu dapati, solatlah kamu bersama mereka; dan mana yang terlambat (ketinggalan), maka sempurnakanlah.”

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Artikel Berkaitan:

  1. FADHILAT, CARA & DOA  AZAN
  2. CARA IQAMAH YANG BETUL DAN SEMPURNA

2014@abdkadiralhamid

Subscribe to receive free email updates: