//

Pembina Majlis Darul Murtadza, Malaysia Al Habib Ali Zainal Abidin Bin Abubakar Al Hamid

Pembina Majlis Darul Murtadza, Malaysia
Al Habib Ali Zainal Abidin Bin Abubakar Al Hamid

 


Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau dari keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh banyak ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.
 


Beliau berguru pada:
Ustadz Hasan Baharun
Ustadz Soleh Bal As'ad
Ustadz Abdul Hamid
Ustadz Soleh Bin Agil
Ustadz Ahmad Barakwan
Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.
1993 – 1995.


Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bunda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan belajar ilmu agama, Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:


Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
Al Habib Abubakar Ali Masyhur
Al Habib Salim As Syatiri
Al Habib Hasan As Syatiri
Al Habib Abdullah Bin Syihab
Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
Syeikh Fadal Ba Fadal
Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
Syeikh Umar Husain Al Khatib
Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
 

Beliau termasuk murid Al Habib Umar bin Hafidz angkatan pertama (seperti Habib Mundzir) Dar Al Mustafa. Bakat awal beliau sebagai seorang pendakwah diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

1996 – 2001
Selepas belajar beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir. Selama 5 tahun di Universitas Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril
 

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

2002 – SEKARANG
Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universitas Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universitas Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.
Setelah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan Doktor Falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.



DARUL MURTADZA

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.
Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, dipadu dengan bakat kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan saja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia. 


اللهم صل وسلم على النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


2014@abdkadiralhamid

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pembina Majlis Darul Murtadza, Malaysia Al Habib Ali Zainal Abidin Bin Abubakar Al Hamid"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip