//

Panutan & Peringatan Saadah Bani 'Alawi

Panutan & Peringatan Saadah Bani 'Alawi


Dalam menghadapi fitnah Wahabiyyah, jangan pula kita lupa bahawa puak Syiah juga tidak duduk diam untuk menyebarkan dakyah mereka kepada masyarakat kita yang sedari dahulu majoritinya Sunniyyun Syafi`iyyun. Syiah menyembunyikan kedok dakyah mereka dengan berbagai cara, nama dan samaran, antara yang paling lazim dilaungkan mereka ialah bahawa mereka adalah pengikut Mazhab Ahlul Bait. Benarkah dakwaan dan dakyah Syiah ini??????? Dakwaan dan dakyah ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi segelintir umat, sehingga sempat bikin kecoh di beberapa tempat di Indonesia dan Malaysia. Sebagaimana dimaklumi bahawa bumi kita sebelah Nusantara ini telah diberkati Allah dengan keberadaan sejumlah besar anak cucu Junjungan Nabi kita s.a.w. dan umumnya di Malaysia dan Indonesia, mereka-mereka ini adalah daripada keturunan Imam Ahmad bin 'Isa al-Muhajir yang terkenal dengan gelaran para Habaib dan Saadah Ba 'Alawi. Di samping itu ada juga keturunan Junjungan s.a.w. menurut susur galur nasab yang mulia daripada Imam Hasan r.a., Imam 'Aun r.a. dan Imam Musa al-Kazim.

Melihat ada kelompok Saadah yang berada di Malaysia dan Indonesia yang terpengaruh dan termakan dengan dakyah "Mazhab Ahlul Bait" puak Syiah, maka para ulama, pemuka, munshib dan sesepuh habaib yang berada Hadhramaut dan al-Haramain telah bertindak mengutus sepucuk surat kepada pihak Rabithah al-'Alawiyyah dan segala keturunan Ba 'Alawi di Indonesia dan Asia untuk menegaskan dan mengingatkan para 'Alawiyyin di mana pun mereka berada agar berpegang teguh dengan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah selainnya termasuklah yang bertopengkan Mazhab Ahlul Bait. 


Surat tersebut telah ditandatangani antara lain oleh:-
 

1. Habib 'Abdullah BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
2. Habib Saalim asy-Syaathiri, Mudir Ribath Tarim; 

3. Habib Zain BinSumaith, Pimpinan ribath di Madinah; 
4. Habib 'Ali al-Masyhur BinHafidz, Ketua Majlis Fatwa Tarim; 
5. Habib Muhsin al-Muhdhaar, Pemuka Ba 'Alawi Shan`a; 
6. Habib Hasan al-Haddad, Munshib Maqam Imam al-Haddad; 
7. Habib 'Aidrus al-Kaaf, Mudir Kuliah Syariah al-Ahqaaf; 
8. Habib 'Ali BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim; 
9. Habib 'Aidrus BinSumaith, Pemuka Ba 'Alawi Tarim; 
10. Habib 'Umar BinHafidz, Pimpinan Darul Musthofa Tarim; 
11. Habib Muhammad bin Muhsin bin 'Ali al-Haamid; 
12. Habib Hasan bin Ahmad, Munshib Syaikh Abu Bakar; 
13. Habib Haamid Ba 'Alawi, Imam Masjid Ba 'Alawi Tarim; 
14. Habib Husain 'Aidiid, Imam Masjid Mawlal 'Aidiid Tarim; 
15. Habib Syaikh bin 'Abdullah al-Habsyi; 
16. Habib Sholeh al-Haamid, Munshib al-Haamid; 
17. Habib 'Abdur Rahman al-Habsyi, Munshib Maqam al-Habsyi; 
18. Habib Husain BalFaqih, Munsib BalFaqih; 
19. Habib Hasan BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim; 
20. Habib Haamid BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim; 
21. Habib 'Abdullah al-'Aththas, Munshib al-'Aththas; 
22. Habib Muhammad al-'Aidrus, Imam Masjid as-Saqqaf; 
23. Habib Muhammad as-Saqqaf, Imam Masjid 'Ali as-Saqqaf; 
24. Habib Ahmad al-Habsyi, cucu Imam Ali al-Habsyi; 
25. Habib Haasyim al-Habsyi ar-Rausy, Ketua Ulama Hadhramaut & Munshib ar-Rausy.


Antara pesanan mereka buat sekalian muslimin, umumnya dan Alawiyyin, khususnya, ialah:

Dan kami menegaskan kepada kalian berhubung urusan ar-Rabithah al-'Alawiyyah agar tetap kukuh dan istiqamah atas segala kaedah, peraturan dan susunan yang telah disusun oleh para pengasas dan pengurusnya yang terdahulu yang berjalan atas thoriqah (perjalanan) Ahlus Sunnah wal Jama`ah, mengikut mazhab yang empat lagi Asyaa`irah serta bertasawwuf. Keluarga Abi 'Alawi (Ba 'Alawi) adalah satu bahagian yang tidak terpisah daripada golongan terbanyak umat ini (as-sawadul a'dhzam) iaitu Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Mereka dalam i'tiqad kepercayaan berpegang kepada manhaj al-'Asyaa`irah, dalam furu' fiqh berpegang dengan mazhab Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i al-Mutholibi serta menjalani manhaj tasawwuf yang suci dan jauh dari segala bid`ah dan penyelewengan. Maka jaga-jaga jangan sampai mengubah sesuatu dari apa yang telah mereka asaskan atau menyimpang dari jalan dan kaedah mereka atau menggantikannya dengan manhaj selain manhaj mereka, walau bagaimana pun rupa bentuknya. Maka thoriqah (perjalanan) mereka adalah (sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Haddad):-

Untaian mata rantai mereka yang sanadnya Kepada Junjungan Nabi terpuji lagi pemuji termulia Thoriqah petunjuk yang telah diambilkan dia Dari sir orang-orang mulia Para khalifah orang-orang mulia sebelumnya Ayah mengambil daripada ayahandanya Dan demikianlah berlanjut keadaannya Alangkah mulianya segala ayahanda Serta anak keturunan mereka

Begitulah antara himbauan para Habaib kita agar kita sentiasa berjalan atas jalan para salaf yang terdahulu dari kalangan ulama dan pemuka Ba 'Alawi. Awas jangan ada yang cuba menyimpang dari jalan yang ambilannya cukup terang dan nyata tersebut. Memandangkan silsilah dzahabiyyah para Saadah ini yang telah diambil oleh seorang anak daripada bapanya yang mengambil daripada bapanya sehingga ke para leluhurnya yang ke atas, maka Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi berkata:-

عضو بيخت هئآبا قيرط كلس ال نم

Sesiapa (dari kalangan Ba'Alawi) yang tidak menjalani perjalanan para leluhurnya, nescaya dia akan kecewa dan terhina.

Oleh itu, Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi turut melantunkan doa yang berbunyi:-

نوحلاصلا انفالسأ اهدقتعي ال ةديقع لك نم كيلإ أربأ ينإ مهللا 

Allahumma inni abra-u ilaika min kulli 'aqiidatin laa ya'taqiduhaa aslaafunaash shoolihuun

Ya Allah, sesungguhnya aku berlepas diri kepadaMu daripada segala 'aqidah yang tidak dipegangi oleh para salaf kami yang sholeh.


2013@abdkadiralhamid 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Panutan & Peringatan Saadah Bani 'Alawi"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip