//

Thariqah ‘Alawiyyah Menurut Sejarahwan Hadhramaut Alhabib Muhammad asy'Syatiri


TAREKAT BA'ALAWY

Sejarahwan Hadhramaut Alhabib Muhammad asy'Syatiri menyatakan bahawa:



 
“Mazhab Ibadiyyah adalah mazhab yang dominan di Hadhramaut di mana mereka mempunyai pengaruh dalam pelaksanaan berbagai hal di hadapan mereka. Tetapi Imam Ahmad al-Muhajir dengan ilmunya, kekuatan peribadinya dan keberaniannya mampu menyebarkan Mazhab Sunni Syafi'i di Hadhramaut sehingga akhirnya perlahan lahan dapat menyebarkan mazhab stafi'i berkat jasa beliau dam murid- muridnya dari kalangan ahlussunnah maka berubahlah Tanah Hadhramaut menjadi negeri Sunni Syafi'i Dan sebelum berakhir abad ke 7 Mazhab Ibadhiy telah lenyap sama sekali dari Hadhramaut dan merata Mazhab Sunni Syafi'idi sana.”
Kaum Alawiyyin juga telah mengikuti aliran Imam Abul Hassan al-Asy'ari dalam bab Usuluddin.
Disamping itu kaum Alawiyyin juga mempunyai tariqah yang tersendiri iaitu TARIQAH AS SAADAH AL ABI ALAWIY, ringkasnya Tariqah Alawiyyin atau Tariqah Ba-Alawi. Tariqah Alawiyyah merupakan salah satu tariqah muktabarah dari 41 tariqah yang ada di dunia. Pada hari ini Tariqah Alawiyyah telah tersebar hingga ke berbagai negara, seperti Afrika, India dan Asia Tenggara.



Kesimpulannya;
Kaum Alawiyyin adalah hakikatnya mengikuti ajaran Ahlus-Sunnah Wal Jamaah dari aspek pegangan Iman dan Iktiqad, Ilmu Feqah dan Tasawufnya, iaitu;

“ Mengikut Ahlus-Sunnah Wal Jamaah yaitu ajaran Imam Abul Hassan Al-Asyariee dalam perkara akidah dan kedudukan iman, Imam Syafi'i dalam perkara Fiqih, dan mengikut tariqah Ba’ Alawi yang dipelopori oleh nenek moyang mereka Syeikh Muhammad Al-Faqih Al-Muqaddam itu, menerusi sanad datuk-datuknya sehingga kepada Rasulullah SAW.”
Disebut bahawa pendiri Tariqat Alawiyyin di Hadhramaut adalah al-Imam Muhammad bin Ali Ba 'Alawi yang digelari dengan julukan al-Faqih Muqaddam, lahir di Tarim pada tahun 574 Hijrah dan wafat pada tahun 653 Hijrah atau 1232 Masihi.
Ajaran tasawuf yang diperkenalkan pertama kalinya kepada al-Faqih al-Muqaddam diperolehinya dari seorang arifbillah, iaitu Syeikh Abu Madyan al-Maghribi. Syeikh Abu Madyan merupakan pengikut Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, pendiri Tariqat Qadiriyyah, selain penuntut daripada salah seorang Syeikh dari sanad Tariqat Syaziliyah. Bagaimanapun al-Faqih al-Muqaddam tidak memperolehi ajaran Syeikh Abu Madyan secara langsung, tetapi melalui perantara beberapa pengikutnya yang sampai ke Mekah.
Al-Faqih al-Muqaddam adalah tokoh Alawiyyin pertama yang menyebarluaskan ajaran tasawuf setelah mengenakan 'khirqah' (baju tasawuf) dari Syeikh Abu Madyan melalui seorang perantara yang bernama Syeikh Abdurrahman bin Muhammad al-Muq'ad, seorang murid Syeikh Abu Madyan. Syeikh Abdurrahman telah diutus oleh gurunya khusus untuk tugas itu, tetapi telah wafat di Mekah sebelum sempat menemui Al-Faqih al-Muqaddam. Namun beliau sempat mengamanahkan tugas tersebut kepada seorang rakan yang dipercayainya iaitu Syeikh Abdullah al-Maghribi. Menurut Al-Masyra' Arrawiy, Al-Faqih al-Muqaddam telah mencapai darjat al-mujtahid al-mutlaq dalam Ilmu Syariat dan makam al-Qutbhbiyah dalam bidang tasawuf. Gurunya, Syeikh Muhammad Bamarwan menyebut bahawa: “Al-Faqih al-Muqaddam telah memenuhi syarat untuk menduduki jabatan Al-Imamah 
(dipetik dari risalah Sekilas Sejarah Salaf al-Alawiyyin coretan Sayyid Muhammad Ahmad Assyathiri)

Secara berperingkat Imam Al-Faqih al-Muqaddam telah memberikan inti dan perisian hakikat kepada tariqahnya mengikut caranya yang tersendiri yang kemudian diperturunkan kepada anak cucunya. Sanad Tariqah al-Faqih al-Muqaddam diperolehinya secara turun temurun yang mana induknya adalah Sayyidina al-Hussein RA dari ayahandanya Sayyidina Ali RA yang diperolah daripada Rasulullah SAW. Semenjak dari masa tersebut, tasawuf menjadi terkenal di kalangan keluarga Alawiyyin di Hadhramaut, mahupun pada keluarga-keluarga yang lain.
Berbagai definisi digunakan orang untuk menjelaskan tentang hakikat Tasawuf, namun yang paling tepat dan paling baik ialah seperti yang dinyatakan oleh Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali seperti berikut;
“ Tasawuf ialah pemusatan diri sepenuhnya kepada Allah SWT, seraya meremehkan segala sesuatu selainNya. Sebagai disiplin ilmu, Tasawuf adalah ilmu-ilmu yang menjelaskan tentang doktrin-doktrin tertentu untuk mengukur tingkat kebaikan hati dan seluruh anggota tubuh".
Seorang Muhaqqiq berkata: “Seorang ahli sufi ialah 'alim yang mengamalkan ilmunya dengan ikhlas. Tidak mungkin ia melampaui batasan ini.”
Menurut Muhammad in Abu Bakar as-Syilli, Al-Masya' ar-Rawi: “ Tasawuf adalah ilmu yang terdiri atas Usuluddin dan Hadis. Siapa mendalami kedua-duanya dan mengamalkan apa yang dipelajarinya sementara akidahnya lurus, maka ia adalah seorang Sufi.”


TAREKAT BA'ALAWY / ALAWIYYIN
Semenjak al-Faqih Muqaddam pertama kali mengambil ajarah Tariqah dari Syeikh Abu Madyan al-Maghribi dan kemudian memasukkan perisian mengikut sistem dan cara beliau yang bersanad sehingga kepada Sayyidina Hussein RA yang memperolehinya daripada Sayyidina Ali Ra yang memperolehinya daripada Rasulullah SAW, secara berperingkat jalannya ini telah tersebar dengan meluas dan diikuti pula oleh keturunannya buat beberapa waktu sehingga muncullah karangan-karangan mengenai adab tariqah ini serta petunjuk-petunjuk jalannya seperti al-Kibrit al-Ahmar, al-Juz al-Lathif, al-Ma'arij, al-Barqah dan sebagainya.
Berbeda dengan tariqah-tariqah yang lain, Tariqah Alawiyyin ini diwariskan secara turun temurun oleh leluhur (salaf) golongan ahlul-bait Hadhramaut sebagaimana berikut; iaitu dari datuk diperturunkan kepada ayah, kemudian diperturunkan pula kepada anak-anak dan seterusnya dari anak ke cucu-cicitnya. Demikian seterusnya cara penurunan tariqah ini sehingga masih berlangsung masakini.
Sehingga dengan jalan ini lahirlah pula tokoh-tokoh ahlul-bait Hadhrami yang unggul, mencapai taraf mujtahid dan/atau mempamirkan ciri-ciri kewalian seperti asy-Syeikh Qutb Abdurrahman as-Saqqaf yang dijuluki sebagai al-Muqaddam kedua (wafat 819H), anaknya al-Imam Ghauts Umar al-Muhdhar (wafat 833H), al-Qutb Abdullah bin Abu Bakar al-Aidrus (wafat 865H) dan anaknya Abu Bakar al-Adni (wafat 914H), Syeikh Abu Bakar bin Salim yang terkenal dengan Fakhrul Wujud (wafat 992H), Syeikh al-Imam Umar bin Abdurrahman al-Attas (wafat 1072H) serta tokoh-tokoh Alawiyyin terkemuka yang lainnya.


Sehinggalah tariqah ini sampai kepada pembaharunya iaitu al-Imam Syeikh al-Islam Qutb ad-Dakwah wa al-Irsyad Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H). Dalam tangan beliaulah tariqah ini mengambil metod baru yang dinamainya Thariqah Ahl al-Yamin iaitu: “ Tariqahnya orang-orang yang menghabiskan waktunya untuk ingat dan selalu taat pada Allah dan menjaganya dengan hal-hal baik yang bersifat ukhrawi”. Tariqah Alawiyyah hari ini dikenali juga dengan nama Tariqah Haddadiyah yang dinisbatkan kepada Sayyid Imam Abdullah al-Haddad selaku generasi penerus dan pembaharunya.
Menurut al-Imam al-Haddad, bahawa yang paling sesuai dengan orang-orang di masa itu, yang paling dekat dengan keadaan mereka, dan yang paling mudah untuk menarik mereka menuju ketaatan adalah menghidupkan kehidupan keimanan mereka, yang dengan peranannya dapat menyiapkan mereka untuk meningkat kepada tangga IHSAN. Buah dari cara ini merupakan buah terbaik dalam dakwah, dan perbaikan keadaan keagamaan manusia pada umumnya.
Dalam hal suluk, Imam Abdullah al-Haddad telah membahagikannya ke pada dua bahagian iaitu golongan khashshah dan golongan 'ammah (khusus dan umum).


* Kelompok Khashshah (khusus), iaitu bagi mereka yang sudah sampai pada tingkat muhajadah, mengosongkan diri baik zahir mahupun batin dari selain Allah disamping membersihkan diri dari segala perangai keji hingga sekecil-kecilnya serta menghiasi diri dengan perbuatan-perbuatan terpuji.
* Kelompok ‘Ammah (umum), iaitu mereka yang baru memulai perjalanannya dengan mengamalkan serangkaian perintah-perintah as-Sunnah.
 

Dengan kata lain Tariqah Alawiyyah adalah tariqah ‘ammah, atau sebagai jembatan awal menuju tariqah khashshah. Tariqah Alawiyyah juga memiliki kekhususan tersendiri dalam pengamalan wirid dan zikir bagi para pengikutnya. Iaitu tidak adanya keharusan bagi para murid untuk terlebih dahulu diba’iat atau ditalqin atau mendapatkan khirqah jika ingin mengamalkan tariqah ini. Dengan kata lain ajaran Tariqah Alawiyyah boleh diikuti oleh sesiapa saja. Demikian pula dalam pengamalan zikir dan wiridnya, Tariqah Alawiyyah agak ringan, contohnya pembacaan Wirid Al-Lathif dan Ratib Al-Haddad, kerana tariqah ini lebih banyak menekankan segi-segi amaliah dan akhlak (tasawuf ‘amali, akhlaqi) berbanding dengan tariqah-tariqah lain yang biasanya cenderung melibatkan riyadhah-riyadhah secara fisik dan kezuhudan ketat.
Imam al-Haddad juga mengajarkan bahwa hidup ini adalah suatu safar, atau perjalanan ruhaniyyat menuju Tuhan, iaitu perjalanan melawan hawa nafsu dan pentarbiyahan adab dan akhlak. Maka didalam safar ini, para musafir sekurang-kurangnya memerlukan empat perkara iaitu;
1. Ilmu
2.wara’
4.ikhlas


Berkata al-Imam Ahmad bin Zein al-Habsyi:
“ Tariqah Saadah Al Abi Alawi tiada lain adalah ILMU, AMAL, WARA, TAKUT dan IKHLAS kepada Allah SWT. Tariqah ini tidak menyimpang sehujung kaki semut pun dari aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. “

Ringkasnya, Tariqah Alawiyyah menitik-beratkan pada keseimbangan antara ibadah mahdhah, iaitu muamalah dengan Khaliq, dengan ibadah ghoiru mahdhah, yakni muamalah dengan sesama manusia yang dikuatkan dengan adanya majlis-majlis ta’lim yang mengajarkan ilmu dan adab serta majlis-majlis zikir dan adab. Dengan kata lain, tariqah ini mencakup hubungan vertikal (hubungan makhluk dengan Khaliqnya) dan hubungan horizontal (antara sesama manusia), atau hubungan hablumminallah yang mendalam serta hablumminannas.
Selain itu, Tariqah Alawiyyah mengajar kita untuk bermujahadah atau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu guna menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Dalam hal ini lintasan sejarah menyaksikan bahawa sebahagian dari As-Saadah Bani Alawi pergi ke tempat-tempat yang jauh untuk belajar ilmu dan akhlak dari para ulama, sehingga tidak pula sedikit dari mereka yang kemudiannya menjadi ulama besar dan pergantungan panutan umat Islam di zamannya.
Tasawuf di Hadhramaut yang berintikan ibadah, zikir, akhlak dan zuhud, lebih banyak diterapkan dalam kehidupan sehari-hari dan disampaikan secara langsung oleh syeikh (guru) kepada murid-muridnya daripada diperbincangkan dan dipelajari secara teori. Itulah sebabnya tidak terlalu banyak dijumpai buku-buku yang ditulis oleh mereka tentang doktrin-doktrin Ilmu Tasawuf, walaupun tokoh-tokoh besar mereka lebih banyak jumlahnya dibandingkan dengan dari negeri-negeri lain.
Dengan lain makna, mereka lebih banyak mencurahkan perhatian kepada 'membentuk peribadi manusia' secara langsung daripada mengarang buku-buku untuk tujuan tersebut. Menurut mereka sudah cukup banyak kitab-kitab tentang tafsir al-Quran, kumpulan Hadis-hadis Nabi SAW, Feqah dan Akhlak seperti Sahih Bukhari dan Muslim, Tuhfah,Ihya Ulumuddin dan banyak lagi yang lain, sedangkan yang lebih perlu dan mendesak ialah pengamalan segala isi kandungan kitab-kitab tersebut.

Pada hakikatnya, tindakan seperti itu adalah upaya menyibukkan diri dengan MAKNA yang biasa diistilahkan dengan dirayah (inti pengetahuan) yang tentunya lebih utama dari BENTUK yang biasa diistilahkan dengan riwayah (penyampaian pengetahuan).
Meskipun demikian, bukanlah bermakna alim-ulama Alawiyyin tidak ada yang mengarang kitab, dan jumlahnya pula tidaklah terlalu sedikit terutamanya dalam bidang Aqidah dan Akhlak seperti kitab-kitab yang dikarang oleh al-Habib Imam Abdullah al-Haddad; dan di bidang Ilmu Feqah pula kitab Bughyatul Mustarsyidin karangan Sayyid Abdurrahman al-Masyur yang sampai sekarang masih dipelajari di Indonesia, khususnya di pesantren-pesantren dan Mahkamah Syariah sebagai antara sumber rujukan mereka.
Pada umumnya mereka sangat menekuni kitab-kitab Imam al-Ghazali terutamnya al-Ihya, al-Basith, al-Wasith, al-Wajiz dan al-Khulashah. Pada hari ini pengikut Tariqah Alawiyyin banyak menekuni kitab-kitab dan syair-syair karangan Imam Abdullah al-Haddad. Antaranya ialah:

i. An-Nashaa’ih Ad-Dinniyah Wal-Washaya Al-Imaniyah.
ii. Ad-Dakwah At Tammah.
iii. Risalah Al-Mudzakarah Ma’al-Ikhwan Wal-Muhibbin
iv. Al Fushuul Al-Ilmiyah.
v. Al-Hikam.
vi. Risalah Adab Sulukil-Murid.
vii. Sabilul Iddikar.
viii. Risalah Al-Mu’awanah.
ix. Ittihafus-Sa’il Bi-Ajwibatil-Masa’il.
x. Ad-Durrul Manzhum Al-Jami’i Lil-Hikam Wal-Ulum.

=====================
Thariqah Alawiyyah adalah suatu thariqah yang ditempuh oleh para salafus sholeh. Dalam thariqah ini, mereka mengajarkan Al-Kitab Al-Qur’an dan As-Sunnah kepada masyarakat, dan sekaligus memberikan suri tauladan dalam pengamalan ilmu dengan keluhuran akhlak dan kesungguhan hati dalam menjalankan syariah Rasullullah SAW. Penjelasan di atas dinukil dari buku Qutil Qulub, karya Abul Qosim Al-Qusyairy, dan dari beberapa kitab lain. Mereka menerangkan dengan terinci, bahwa thariqah As-Saadah Bani Alawy ini diwariskan secara turun temurun oleh leluhur (salaf) mereka : dari kakek kepada kepada ayah, kemudian kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Demikian seterusnya mereka menyampaikan thariqah ini kepada anak cucu mereka sampai saat ini. Oleh karenanya, thariqah ini dikenal sebagai thariqah yang langgeng sebab penyampaiannya dilakukan secara ikhlas dan dari hati ke hati. Dari situlah dapat diketahui, bahwasanya thariqah ini berjalan di atas rel Al-Kitab dan As-Sunnah yang diridhoi Allah dan Rasul-Nya. Jelasnya, Thariqah Alawiyyah ini menitik-beratkan pada keseimbangan antara ibadah mahdhah, yaitu muamalah dengan Khaliq, dengan ibadah ghoiru mahdhah, yakni muamalah dengan sesama manusia yang dikuatkan dengan adanya majlis-majlis ta’lim yang mengajarkan ilmu dan adab serta majlis-majlis dzikir dan adab. Dengan kata lain, thariqah ini mencakup hubungan vertikal (hubungan makhluk dengan Khaliqnya) dan hubungan horizontal (antara sesama manusia). Selain itu, thariqah ini mengajarkan kepada kita untuk bermujahadah (bersungguh-sungguh) dalam menuntut ilmu guna menegakkan agama Allah (Al-Islam) di muka bumi. Sebagaimana diceritakan, bahwa sebagian dari As-Saadah Bani Alawy pergi ke tempat-tempat yang jauh untuk belajar ilmu dan akhlak dari para ulama, sehingga tidak sedikit dari mereka yang menjadi ulama besar dan panutan umat di zamannya. Banyak pula dari mereka yang mengorbankan jiwa dan raga untuk berdakwah di jalan Allah, mengajarkan ilmu syariat dan bidang ilmu agama lainnya dengan penuh kesabaran, baik di kota maupun di pelosok pedesaan. Berkat berpedoman pada Al-Qur’an dan As-Sunnah, disertai kesungguhan dan keluhuran akhlak dari para pendiri dan penerusnya, thariqah ini mampu mengatasi tantangan zaman dan tetap eksis sampai saat ini. 
[Diambil dari Al-'Alam An-Nibros, karya Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Atthas, hal. 1-5, penerbit 'Isa Al-Khalabi Mesir]

Thariqah Saadah Bani ‘Alawiy

Al-Habib Abdurrahman bin Abdullah bin Ahmad Bilfaqih Ba’alawi pernah ditanya, 
“Apa dan bagaimana thariqah Saadah Aal Abi ‘Alawi (keluarga Bani Alawy) itu?. Apakah cukup didefinisikan dengan ittibâ’ (mengikuti) Quran dan sunah?. Apakah terdapat pertentangan di antara mereka?. Apakah thariqah mereka bertentangan dengan thariqah-thariqah yang lain?.” Beliau pun menyampaikan jawabannya sebagai berikut : “Ketahuilah, sesungguhnya thariqah Saadah Aal Abi ‘Alawi merupakan salah satu thariqah kaum sufi yang asasnya adalah ittibâ’ (mengikuti) Quran dan sunah, pokoknya adalah sidqul iftiqôr (benar-benar merasa butuh kepada Allah) dan syuhûdul minnah (menyaksikan bahwa semuanya merupakan karunia Allah). Thariqah ini mengikuti ittiba’ manshûsh dengan cara khusus dan menyempurnakan semua dasar (ushûl) untuk mempercepat wushûl. Melihat hal ini, maka thariqah Saadah Aal Abi ‘Alawi lebih dari sekedar mengikuti Quran dan Sunah secara umum dengan mempelajari hukum-hukum dhohir. Pokok bahasan ilmu ini sifatnya umum dan universal, sebab tujuannya adalah untuk menyusun aturan yang mengikat orang-orang bodoh dan kaum awam lainnya. Tidak diragukan bahwa kedudukan manusia dalam beragama berbeda-beda. Oleh karena itu diperlukan ilmu khusus untuk orang khusus, yakni ilmu yang menjadi pusat perhatian kaum khowwash, ilmu yang membahas hakikat takwa dan perwujudan ikhlas.
Demikian itulah jalan lurus (shirôthol mustaqim) yang lebih tipis dari sehelai rambut. Ilmu itu tidak cukup disampaikan secara umum, bahkan setiap bagian darinya perlu didefinisikan secara khusus. Demikian itulah ilmu tasawuf, ilmu yang oleh kaum sufi digunakan untuk berjalan menuju Allah Ta’ala. Dhohir jalan kaum sufi adalah ilmu dan amal, sedangkan batinnya adalah kesungguhan (sidq) dalam bertawajjuh kepada Allah Ta’ala dengan mengamalkan segala sesuatu yang diridhoi-Nya dengan cara yang diridhoi-Nya. Jalan ini menghimpun semua akhlak luhur dan mulia, mencegah dari semua sifat hina dan tercela. Puncaknya memperoleh kedekatan dengan Allah dan fath. Jalan ini (mengajarkan seseorang) untuk bersifat (dengan sifat-sifat mulia) dan beramal saleh, serta mewujudkan tahqiq, asrôr, maqômât dan ahwâl. Jalan ini diterima oleh orang-orang yang saleh dari kaum sholihin dengan pengamalan, dzauq dan perbuatan, sesuai fath, kemurahan dan karunia yang diberikan Allah, sebagaimana syairku dalam Ar-Rasyafaat.” [Diambil dari 'Iqdul Yawaaqiitul Jauhariyyah, Al-Habib Idrus bin Umar AlHabsyi]

Intisari Thariqah ‘Alawiyyah

Kalam Al-Habib Muhammad bin Husin bin Ali Ba’bud Sesungguhnya asas thariqah para salafunas sholihin dari Bani Alawy yaitu adalah Al-Kitab dan As-Sunnah, dan yang menjadi bukti tentang itu semua adalah perjalanan hidup mereka yang diridhoi oleh Allah dan hal ihwal mereka yang terpuji. Secara garis besar, thariqah mereka itu adalah sebagai berikut : 

-Menjaga waktu-waktu yang diberikan Allah dan memanfaatkan waktu tersebut untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada-Nya. -Selalu terikat dan hadir dalam majlis-majlis ilmu dan majlis yang bersifat dapat mengingatkan diri kepada Allah. -Berakhlak dengan adab-adab yang baik, menjauhi ketenaran, meninggalkan hal-hal yang tidak berguna, dan menghilangkan semua atribut kecuali atribut kebaikan.

-Membiasakan diri dalam membaca dzikir terutama dzikir-dzikir Nabawiyyah sesuai dengan batas kemampuannya, seperti amalan-amalan dzikir yang disusun oleh Al-Imam Abdullah bin Alwi Alhaddad. 

-Ziarah kepada para ulama dan auliya baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal, selalu ingin bermaksud menghadiri perkumpulan-perkumpulan yang penuh dengan dzikir khususnya yang mengandung unsur mengingatkan diri kepada Allah, dan menghadirinya dengan penuh rasa husnudz dzon (berbaik sangka), dengan syarat bahwa perkumpulan-perkumpulan tersebut bebas dari perbuatan-perbuatan mungkar yang dipandang oleh agama. 

[Diambil dari Nafaaisul 'Uquud fii Syajaroh Aal Ba'bud, karya Al-Habib Muhammad bin Husin bin Ali Ba'bud, hal. 15, manuskrip]

Dimanakah para salaf Bani Alawy berjalan?

Kitab Ar-Risalah Al-Muawanah, karangan Al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad. Di dalam buku tersebut, Al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad berkata : 

“Hendaklah kamu selalu membaikkan dan meluruskan aqidah dengan mengikuti kelompok yang selamat, yang dikenal di antara berbagai kelompok Islam sebagai Ahlu Sunnah wal Jamaah, yang berpegang teguh pada teladan Rasulullah serta para Sahabatnya.” 

Buku Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang dibiayai oleh Al-Habib Al-Qutub Abubakar bin Muhammad Assegaf Gresik untuk disebarkan. Pada cover depan buku tersebut, Al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad berkata dalam suatu syairnya yang berbunyi : “Jadikankanlah Asy’ariyyah sebagai aqidahmu…” (Asy’ariyyah adalah salah satu dari 2 aliran aqidah dalam Ahli Sunnah wal Jamaah, disamping Maturidiyyah)
Kitab ‘Uquudul Almas, karangan Al-Habib Alwi bin Thohir Alhaddad Mufti Johor, hal. 89. Di dalam buku tersebut, Al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad berkata : 

“Hendaklah kamu membentengi aqidahmu dan memperbaiki pondasinya di atas jalan kelompok yang selamat, yang dikenal di antara seluruh firqoh-firqoh Islam yaitu kelompok Ahlu Sunnah wal Jamaah, yang berpegang teguh dengan apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat beliau.”
Kitab Majmu’ Kalam Al-Imam Abdulah bin Husin Bin Thohir Ba’alawy, karangan Al-Imam Abdulah bin Husin Bin Thohir Ba’alawy, hal. 105. Di dalam kitab tersebut, Al-Imam Abdulah bin Husin Bin Thohir Ba’alawy berkata : 

“Sesungguhnya itulah jalan yang ditempuh oleh sebagian besar para Tabi’in dengan mengikuti jalan para Sahabat, begitu juga hal ini diikuti oleh Tabi’ Tabi’in seperti Al-Imam Asy-Syafi’i, Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Imam Malik, Al-Imam Abu Hanifah, dan juga diikuti oleh orang-orang yang berjalan di atas jalan mereka, dan seperti para Saadah kita. Maka Itulah mereka yang disebut Sawaadhul A’dhom dan golongan yang selamat. Karena mereka berjalan di atas apa-apa yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat beliau dengan sebaik-baiknya aqidah dan suluk di atas jalan kebenaran dan petunjuk dengan tanpa mengecam salah seorang pun dari para Sahabat dan tidak juga mengundat (mencaci/melaknat) mereka…”
kitab Al-’Iqdul Yawaaqit Al-Jauhariyyah, karangan Al-Habib Idrus bin Umar Alhabsyi, juz 1, hal. 28. Di dalam buku tersebut, Al-Imam Idrus bin Umar Alhabsyi berkata : 

“…Maka menjadi sucilah lembah itu (Hadramaut) berkat adanya Al-Fagih Al-Muqoddam. Beliau senantia sa membangun pondasi ketakwaan di masjid yang ada di lembah itu, sehingga semakin tampaklah disana aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah…”
Kitab Al-Maslak Al-Qorib, karangan Al-Imam Thohir bin Husin Bin Thohir Ba’alawy, pada bagian akhir. Di dalam buku tersebut, Al-Imam Thohir bin Husin Bin Thohir Ba’alawy berkata : 

“Sesungguhnya thariqah Alawiyah adalah suatu thariqah dari golongan sufi yang berdasarkan atas aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang bersumber dari para Sahabat yang mulia, Tabi’in dan para pengikut Tabi’in yang utama…” 

(Hal senada di atas juga telah diungkapkan oleh Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz dalam kitabnya Khulasoh Al-Madad An-Nabawi, hal. 26)
Kitab Tadzkiirun Naas, karangan Al-Habib Hasan bin Ahmad Al-Atthas, hal. 24. Di dalam buku tersebut, Al-Habib Hasan bin Ahmad Al-Atthas berkata :

 “Para salaf kita Alawiyyin mengikuti madzhab Al-Imam Asy-Syafi’i dalam sesuatu yang berhubungan dengan permasalahan hukum-hukum Islam, masalah ibadah dan muamalah, dan permasalahan-permalasahan figih.”
Kitab Al-’Alam An-Nibros, karangan Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Atthas, penerbit ‘Isa Al-Khalabi Mesir. 

1. Di dalam buku tersebut, hal. 6-8, Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Atthas berkata :

 “…Dalam segi akidah, mereka tidak menyimpang walau seujung kaki semut pun dari akidah Asy’ariyyah/Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan bermadzhabkan Syafi’i…” 


2. Di dalam buku tersebut, hal. 10-15, Al-Imam Abdulah bin Alwi Al-Atthas berkata : 

“…Mereka itulah yang dikatakan sebagai golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang dikategorikan pada golongan yang selamat bersama Nabi SAW…”
Kitab Maulud Simtud Duror, Al-Habib Al-Qutub Ali bin Muhammad Alhabsyi, pada bagian syair. Dalam syairnya, beliau berkata : “Ya Allah, berilah kekuatan pada kami untuk berjalan di atas jalan yang benar, yaitu di atas jalan Nabi dan jalan yang ditempuh Saadah Syadziliyyah.” Dalam riwayat lain ditulis dengan :

 “…dan jalan yang ditempuh Saadah Alawiyyah.” (Dua-duanya, baik Thariqah Syadziliyyah ataupun Alawiyyah berada dalam koridor Ahli Sunnah wal Jamaah) Kitab Al-Bidh’ah Al-Muhammadiyyah, Al-Ustadz Alwi bin Muhammad Bilfagih, hal. 137-140, dalam bab Madzhab Al-Imam Al-Muhajir.
Di dalam buku tersebut, Ustadz Alwi menuliskan :

“Sungguh teranglah bahwa madzhab Al-Imam Al-Muhajir adalah madzhab Asy-Syafi’i dan tidak berseberangan dengan jalan yang ditempuh oleh para datuknya. Menurut sumber-sumber sejarah di masa itu dikatakan bahwa beliau menganut madzhab Imamiyyah. Akan tetapi menurut sumber-sumber yang lebih dapat terpercaya, pendapat tersebut tidak dapat diterima. Apalagi ada bukti yang lebih kuat bahwa putera beliau Abdulloh (terkenal dengan Ubaidillah) berguru kepada Abu Thalib Al-Makki yang menganut faham Ahli Sunnah. Bagaimana mungkin Al-Imam Al-Muhajir dikatakan bukan menganut madzhab Asy-Syafi’i, padahal beliau adalah orang pertama yang menyebarkan atau memasukkan madzhab Syafi’i ke Hadramaut setibanya beliau disana.”

Menyingkap sifat-sifat aimmah Thariqah Alawiyyah

Kalam Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Atthas Mereka salafunas sholeh lebih cenderung kepada merendahkan diri dengan hidup sederhana dan mereka puas dengan hal itu, padahal mereka adalah para aimmah (pemimpin) keluarga Bani Alawy. Mereka sebagai pemimpin thariqah ini lebih menyukai untuk mengorbankan diri mereka sendiri demi kepentingan orang lain sekalipun mereka mempunyai kebutuhan yang mendesak. Telah berkata salah seorang ulama dari salafunas sholeh tentang keluarga Bani Alawy, “Banyak dari mereka yang menjadi ulama-ulama besar dan iImam sebagai panutan umat di zamannya. Sehingga tidak sedikit di antara mereka yang kita kenal sebagai seorang Wali Allah yang mempunyai karomah. Hati mereka itu tenggelam dalam lembah cinta kepada Allah SWT. Disamping itu mereka mempunyai perhatian yang besar sekali terhadap kitab-kitab karangan Al-Imam Al-Ghazaly, terutama kitab Ihya’, Al-Basith, Al-Wasith dan Al-Wajiz. Lagipula tidak jarang dari mereka yang mencapai derajat Al-Huffadz (orang yang banyak menghafal hadits-hadits Nabi SAW).” Kalau kita teliti sejarah mereka, setiap orang dari aslafunas sholihin berkhidmat kepada orang-orang, makan bersama orang-orang miskin dan anak-anak yatim piatu. Bahkan mereka memikul hajat orang-orang miskin dari pasar, berjabat tangan kepada orang yang kaya dan yang miskin, para pejabat dan rakyat jelata. Oleh karenanya, berkata Al-Imam Abdullah bin Alwi Alhaddad :

“Barang siapa yang melihat salah seorang dari mereka, begitu menatap pandangannya kepada mereka, pasti akan merasa kagum akan keanggunan budi pekerti mereka.” 

Telah diuraikan oleh salah seorang ulama terkenal yaitu Al-Imam Ahmad bin Zain Alhabsyi bahwa dalam diri mereka keluarga Bani Alawy terdapat ilmu dhohir dan batin. Dalam segi akidah, mereka tidak menyimpang walau seujung kaki semut pun dari akidah Asy’ariyyah/Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan bermadzhabkan Syafi’i. Mereka tidak terpengaruh oleh beraneka ragam bid’ah dan kerawanan lilitan harta duniawi. Itulah sebagian daripada sifat-sifat aimmah Bani Alawy dan masih banyak lagi sifat-sifat mereka jika kita mau meninjau jejak mereka dan menyingkap lembaran hidup mereka.
[Diambil dari Al-'Alam An-Nibros, karya Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Atthas, hal. 6-8, penerbit 'Isa Al-Khalabi Mesir]

abdkadiralhamid@2012

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Thariqah ‘Alawiyyah Menurut Sejarahwan Hadhramaut Alhabib Muhammad asy'Syatiri"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip